Friday, 12 July 2013

Ramadhan Di Perantauan

Assalamualaikum.
Hai cantik dan kacak sekalian.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Ini kali pertama aku menyambut Ramadhan jauh di perantauan.
Ya. Jauh di bumi asing bagiku.
Sarawak.
"Eleh. Sarawak je pun. Macam kat obesi"

Yalah. Walaupun Sarawak je, namun tetap jauh di perantauan.
Tiada lagi iftar bersama keluarga waima hanya di hujung minggu sepeti kebiasaan semasa zaman belajar dahulu.

1 Julai merupakan tarikh keramat.
Aku kini bukan lagi penganggur. Yeay untuk itu.
Syukur. Alhamdulillah.

Aku berkhidmat di daerah Simunjan.
Harus menaiki 2 feri ke sini.
Jarak perjalanan sekitar 2 jam lebih dari bandar Kuching.
Pekan terdekat berjarak 30 minit.

"Mana kau duduk ni?"
PEDALAMAN 1.
Ada tau ka??
(Haruskah aku letak tajuk entri "Ramadhan di pedalaman?") gedik sat.
Segalanya pasti mudah jika ada kenderaan.
Syukur penempatanku tidak sebegitu mencabar dan berliku seperti rakan lain.
Cuma, kesukaran mendapat bahan makanan segar sahaja.
Sejak aku sampai, tika saat ini, hanya makanan dalam tin menjadi santapan.
Syukur ada makanan. :)

Oh ya.
Kawasan ini tiada Bazar Ramadhan.
*Jangan gatai-gatai nak sebut makanan sodap-sodap. Aku piat laju-laju nanti.

Sekian,
Wassalam.

*****
Motif??
Sengaja meraih simpati. kehkehkeh