Thursday, 25 April 2013

Takde Kogheje

Assalamualaikum :)
hello hemsem boys and taff girls..

Ikut hati yang menggebu-gebu seperti gebunya saiz aku sekarang ni akibat mengambil makanan secara tidak terkawal, memanglah hendaknya ku hapdet blog ni dengan sekerap yang mungkin.
Tapi, apakan daya. Gebu lagi perasaan malas tu.. Bahaha :)

Ye, aku bukan nak canang tiga ploh patploh kali yang aku ni tak kerja lagi. 
"Habis tu, pahal tajuk entry lu tu TAKDE KOGHEJE?"

Dahnya, jobless pun ada kerja lain yang menunjukkan dia tu TAKDE KOGHEJE a.k.a banyak noo masa terluang.. hahahaaha.. Memandangkan aku dah bosan tahap Ultraman Taro Tora datang lagi ni, aku pun tergolong dalam golongan yang BANYAK NOOO MASA terluang.

Namun, tak dinafikan yang aku ni kadang-kadag bizi jugak. 
"Dah tu, mananya yang TAKDE KOGHEJE sangat tuh??"

Baiklah, ni ha!!


YA!! Main GAME...
"Ek eleh..main game bodoh budak tadika"

Ya.. nama pun release tensen.. Janji hati happy :)
Baiklah anak-anak sekalian, saksikanlah~~~~ ewah.. (dangdut pula)

Next level please..

tengok arahan dulu

boleh main.. YEAY!!

Dah sampai destinasi

Tamat

"ARGH!!! nyesei buka.. ntah hape-hape"

Maaf kawan. Saje nak buat point. hahahaha
*****
Geram dengan adik yang main game kat henpon canggih, nak compared henpon aku yang suku kaum 3310.

Monday, 1 April 2013

Eskrem Mesia

Assalamualaikum..

Uhuk..uhuk.. (lame sangat pendahuluan tuh)
Okeyhh!!
terus
terjah
point
isi
penting
la
ye..

Saje mau bagi panjengg..heheh.. Okehh, aku dapat ilham setelah menghabiskan masa stalk orang.. Idea datang masa aku syok berbalas komen dengan seorang adik floor semasa aku menunut suatu ketika dahulu (padahal baharu 5 bulan habis belajar).. Namanya Ainz Brutaz (nama glamour), yang pastinya takde brutal mana. Ayu gitu.

Aku mengimbau nostalgia bila teringat Aiskrim Mesia. Disebabkan kesempitan hidup semasa zaman kanak-kanak aku, aku dan Cik Mak jual eskrem mesia ni.


Banyak flavor ada. Milo, Asam boy, bandung, Kacang hijau, bubur pulut hitam.. Nak spesel tunggu musim durian, ada la flavor  Bubur durian.. Sodap camano pon, bisnes kami hanya seposen sebatang eskrem.

Aku la insan yang nolong Cik Mak ikat eskrem ni selain memasukkan asam boy ataupun kacang hijau. Bab menuang dalam plastik, kerja Cik Mak. Aku masih kecil, kang banyak yang tumpah daripada masuk dalam plastik. 

ececeh..baik la konon..ahaks

Selalunya aku amek order waktu sekolah pagi. Jadi, semasa sekolah agama petang-petang tu,aku deliver la order. Kadang-kadang, petang tu juga ada yang ngoder tok esoknya. Kebanyakan yang order budak-budak yang tunggu trak nak pergi sekolah (memandangkan duduk kem askar, pergi sekolah naik trak askar a.k.a FERI SEKOLAH). Tu pun aku kompius. Naik trak, tapi panggil Feri.. Ok, biarkan saja..


Selain order, kasteme juga datang ke rumah berbekalkan "assalamualaikum, acik nak eskrem" dengan mengetuk pintu rumah. Hehe.

Aku juga menyarankan Cik Mak meniaga eskrem pop selain eskrem mesia. Kena ikut arus semasa. Tapi,
Eskrem mesia ni ada tarikan sendiri.
Eskrem pop tak dapat tandingi.


Sekarang susah nak jumpa Eskrem Mesia.. Itu je kesimpulannya. (hampagas konklusinya). Sekian, berita dilaporkan oleh MemetikDurian. :)