Thursday, 21 February 2013

Diari Seorang Penganggur Gitu

Assalamualaikum..

~Berkumandang lagu "Diari Seorang Lelaki"

Dari semalam kutunggu,
panggilan interview,
ku lihatkan kata "maaf",
terus ku buka pesbuk,
tak cukup dengan tu,
ku update juga blog,
yang da lama terabai.. lalalaala~~ abaikan pitching aku yang merdus

Klise. Hehehe.. Tengok tajuk pun tau dah klise.. Ahaks..

Jadi, rutin aku tiap-tiap hari sekarang ni sama je. 24/7.. Boring sungguh hidup berutin, berpola ni walaupun sebenarnya teratuq la jugak.. Eh?? cakap pusing-pusing ala merry go round pulok.. =.='

So, aku rasa ramai rakan sejawatan aku di luar sana yang rutinnya lebih kurang sama je. Mungkin lebih menarik, mencabar, daring, classy, sexy? pejadah dan tak lupa juga yang lebih lame,boring and hambar gitu. Jadi, apakah rutin yang konon "hebat" sangat tu?? hehe

TADAA...!!
  
1. Pagi-pagi bangun tidor (6.15- 7.30 pagi):
    - Solat
    - Buat sarapan

Sekadar gambar hiasan??

2. 7.30 pagi- 12.00 tengah hari:
    - tengok TV
    - online



3. 12.00 t/hari- 1 petang:
    - masak "lunch"

ikan goreng yoo..

4. 1 petang- larut malam:
    - Tengok TV
    - online
    - merempit/ menghancuskan keta mak aku
    - "membuta"


Fuhh... Sangat padat sunggguh jadual harian seorang penganggur ni.. Yedak?? wadepish sungguh. =.='
Makanya... Rakan-rakan "penanam anggur" sekalian, how's your day??? Geng yang tak tanam anggur pun ai nak tanya juga "how's your day??" hehehe..

Oh, ya. Aku juga nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang bertunang, bernikah, menimang cahaya mata, dan seumpanya yang menggumbirakan hati kalian. Ai pun gembira duduk umah je uollss.

Ok, sekian sahaja laporan berita ini. Have a good day.. Wassalam :)