Monday, 14 January 2013

Tangan Tak Berbedung??

Assalamualaikum..

Hello guys n girls... Memandangkan aku ni pompuan, kena tegur guys dulu.. Takde motip.

Ok la, aku rasa layak intro tu ditong sampahkan kalau cenggini jawab exam. Tangan tak berbedung? Apakah? Adakah ular tedung ada tangan?
 
Bukan. Selalu, baby yang baru lahir kan mesti kelubung satu badan, bebungkus. Tu namanya bedung. Bedung, bukan Bedul. Ayo..

Aku rasa sejak dua tiga empat menjak ni, tangan aku semacam ada extra poweroot tongkat ali la. Yela, apa yang aku pegang semuanya semacam punah. Dulu, kalau ada kes cam ni, orang cakap "tangan tak berbedung ke apa masa kecik-kecik?"

Tapi, aku rasa bukan kes bedung tak bedung, tapi kes terlebih tenaga jantan dalam diri aku ni.. piuu.. Padia ni, padia ni?? Layans~~


Syok-syok main, tiba-tiba:


Aii, gelap skrin.. Pe kes?? Bukan TV je..malahan ini juga:


Dan ini juga:


Lappy aku yang mula-mula arwah.. Sekarang aku menumpang ihsan lappy adik aku..sobs..sobss

Tapi, paling RARE dalam sejarah tangan hikmat super power aku ialah:


Ha!! Konci grill umah yang berjaya tangan halusku ini punahkan.. Ya!!
******
Ini namanya TANGAN BADANG. Sekian. :)

Friday, 4 January 2013

C.O.B.A.A.N

Assalamualaikum...

Wassup uolls.. Rasanya tak terlambat lagi nak ucap "Selamat Tahun Baharu".. Ala, lewat 3 hari je.. Aku memang suka jadi orang yang last ni. Baru thriller.. theehehehe..

Bercakap soal cobaan ni, malam ni aku teringat pulak dialog Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam salah 1 karya agung beliau:

"Ini bukan cobaan, ini betul-betul"
 
"CO-BA-AN"

Berguling-guling itu pak cik cakap "Ini bukan cobaan, ini betul-betul". Aku pun rasa nak guling-guling juga sambil guna dialog yang sama. Biasa la, baru lepas belajar ni, dugaan dan COBAAN yang nak hadapi ialah saat menunggu untuk ditemu duga dan mendapat kerja, yakni MENGANGGUR. 
 
Lumrah hidup:
bila tengah belajar asik tanya "Bila nak habis belajar?"
bila dah habis belajar asik tanya "Bila nak kerja?"
 
Skema jawapan aku bila dok tanya "bila nak kerja" ialah:
1. Entahlah~~
2. Tak tau..
3. Penganggur terhormat jawatan sekarang ni
4. Biar masa yang menentukan. *cewah
 
Ya, agak annoying jawapan aku. Nasiblah. Yela, sekarang ni banyak sangat info tentang hal-hal kepostingan aku ni. *Kepostingan?? Suka suki je.. Jadi, aku pun tak ada jawapan untuk setiap persolan. Hanya mampu pasrah. Ya.. Paseghah itu beseghah.. :)
 
 Jadi, kepada rakan-rakan yang seperti diriku ini yang masih tercari-cari tapak dalam alam pekerjaan,
 
"Bersabarlah. Mungkin rezeki kita belum kita kerana Allah telah merencanakan yang terbaik untuk hambaNya. Anggaplah ini sebagai ujian, dugaan, dan cobaan. Janganlah rasa terbeban kerana Allah tidak menurunkan ujian melainkan Dia tahu kita mampu menanganinya. Be postive" - Marcella, 2013 *cewah
 
 Jadi, kalau ada yang bertanya azam aku tahun ni. Jawapan yang pasti ialah:
 1. NAK KERJA: hari-hari makan tanggung berak cangkung, kang jadi pemalas lak aku ni.
 2. NAK KAWEN: dah gatai.hahaha
 
 Sekian. Wassalam ;)
 
lebiuolls