Friday, 12 July 2013

Ramadhan Di Perantauan

Assalamualaikum.
Hai cantik dan kacak sekalian.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Ini kali pertama aku menyambut Ramadhan jauh di perantauan.
Ya. Jauh di bumi asing bagiku.
Sarawak.
"Eleh. Sarawak je pun. Macam kat obesi"

Yalah. Walaupun Sarawak je, namun tetap jauh di perantauan.
Tiada lagi iftar bersama keluarga waima hanya di hujung minggu sepeti kebiasaan semasa zaman belajar dahulu.

1 Julai merupakan tarikh keramat.
Aku kini bukan lagi penganggur. Yeay untuk itu.
Syukur. Alhamdulillah.

Aku berkhidmat di daerah Simunjan.
Harus menaiki 2 feri ke sini.
Jarak perjalanan sekitar 2 jam lebih dari bandar Kuching.
Pekan terdekat berjarak 30 minit.

"Mana kau duduk ni?"
PEDALAMAN 1.
Ada tau ka??
(Haruskah aku letak tajuk entri "Ramadhan di pedalaman?") gedik sat.
Segalanya pasti mudah jika ada kenderaan.
Syukur penempatanku tidak sebegitu mencabar dan berliku seperti rakan lain.
Cuma, kesukaran mendapat bahan makanan segar sahaja.
Sejak aku sampai, tika saat ini, hanya makanan dalam tin menjadi santapan.
Syukur ada makanan. :)

Oh ya.
Kawasan ini tiada Bazar Ramadhan.
*Jangan gatai-gatai nak sebut makanan sodap-sodap. Aku piat laju-laju nanti.

Sekian,
Wassalam.

*****
Motif??
Sengaja meraih simpati. kehkehkeh

12 comments:

adzairdawati makdara said...

Selamat menjalani ibdah puasaaa ya

Farhana Sukre said...

cabaran kita berbeza. Persamaannya, kita perlu tabah. huhu

Selamat menjalani ibadah puasa, kawan.

marcella said...

Mak Dara:

Selamat menjalani ibadah puasa

marcella said...

Ana:

betul. cabaran berbeza. Matlamat sama.

Salam Ramadhan

zulhilmi tempoyak said...

lgi jauh lg best kan...

selmat berkhidmat untuk anak bangsa.. :)

marcella said...

zulhilmi:

hehehe.. best sangat :)

oh.. terima kasih

Anonymous said...

mis cuzz: daku mau melawat mu tp jumpa di kuching je blh???

marcella said...

Cik cuzz:

tak payah over sangat aih. datang juga kat simunjan ni. Tak kira. tak kira.

Sang Pencinta said...

hi Marcella.. bertahun tidak komen sini.. masih ingat Sang Pencinta eh?.. Nway Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Aidilfitri... Peace..

marcella said...

Sang pencinta:

Mestilah ingat. Mana boleh lupa.

Selamat berpuasa dan menyambut Lebaran :)

fadh leyanie said...

bukan senang berpeluang merasai pengalaman sedemikian, adventure tu..lama2 akan terbiasa nanti marcella ^^)nak join ..hihi

marcella said...

fadh:

adventerous sungguh.. nak join?? meh le.. :)