Friday, 31 May 2013

Lesen oh Lesen

Assalamualaikum.

Hai hensem and cantik cantik sekalian.

Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam ruangan ini.
(Pasaipa intro bajet pengacara??)
* Biarkan..

Hokeyyh.. Sepanjang aku jadi "Maid Ohsem" ni, antara kerja yang aku buat ialah hantar adik aku ambil ujian komputer sebelum boleh dapat Lesen "L". Jadi, semasa menunggu tu, terimbas memori semasa aku ambil lesen.


Pada hari kejadian, dimaklumkan aku ini sesi kedua mengambil ujian. Dalam pukul 11 pagi la turn aku.. Seperti biasa, ujian dalam litar yang dijalankan dulu.

Memula bukit:


LULUS!

Lopeh tu parking:


LULUS!!

Last ujian litar 3 penjuru. Status: LULUS!!
**(malas nak melukis & menampal)

Selepas tu, aku pun menunggu berjam-jam untuk ujian jalan raya. Ni yang hazab sikit bukan sebab apa. Dari tengah hari, turn aku jam 4.20 petang. Untuk kereta yang aku dapat, aku yang TERAKHIR. Bajet lah aku seperti perempuan melayu terakhir gamaknya..hahaha.

Nampak penegasan terakhir kat atas tu? Nak jadi cerita, abang JPJ (abang gitu..hahah) pun dah naik letih agaknya. Beliau pun membuka radio dengan bajet macam aku nak bawa dia makan angin petang lagaknya. Sebaik aku masuk:

10 perkara sebelum jalan

Selepas aku siap cek 10 hal tu, kedengaran lagu PUSHPA-ST 12 di corong radio. Aku ni pantang dengar muzik. MAKA!!:


Eh eh!! TERMENYANYI pulak!!!! Dimaklumkan bahawasanya saya TER ok.. TER!! Disebabkan "TER" itulah aku stop nak tunjuk bakat suara kilauan perak aku ni dan fokus memandu.

Alhamdulillah, aku lulus.. Selamat abang JPJ tak gagalkan aku sebab ingat aku gila..hahaha


Jadi, kepada adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, mak cik- mak cik, pak cik- pak cik, brader-brader, & semua yang ingin mengambil lesen, SELMAT MAJU JAYA saya ucapkan DAN!! JANGAN TIRU AKSI INI..

*****
ps: Dah lama nak hapdet tapi line tenet nazak.mahap, mahap, mahap.
** Alhamdulillah aku dah selamat konvo 2 hari lepas dan terjumpa rakan blogger CIK BELLA BELL pemilik blog: Si Sengal Yang Jiwang

4 comments:

Farhana Sukre said...

kereta kontot. haha.

marcella said...

Ana:

konon-konon kancil atau viva :)

Shawn Razaleigh said...

terelnya. tadak kreta ku bawa kau jalan2.

rumah pun tadak, ada pun apak punya.


hahah

marcella said...

shawn:

hahahaha..gua lenjan keta mak gua je :P