Friday, 4 January 2013

C.O.B.A.A.N

Assalamualaikum...

Wassup uolls.. Rasanya tak terlambat lagi nak ucap "Selamat Tahun Baharu".. Ala, lewat 3 hari je.. Aku memang suka jadi orang yang last ni. Baru thriller.. theehehehe..

Bercakap soal cobaan ni, malam ni aku teringat pulak dialog Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam salah 1 karya agung beliau:

"Ini bukan cobaan, ini betul-betul"
 
"CO-BA-AN"

Berguling-guling itu pak cik cakap "Ini bukan cobaan, ini betul-betul". Aku pun rasa nak guling-guling juga sambil guna dialog yang sama. Biasa la, baru lepas belajar ni, dugaan dan COBAAN yang nak hadapi ialah saat menunggu untuk ditemu duga dan mendapat kerja, yakni MENGANGGUR. 
 
Lumrah hidup:
bila tengah belajar asik tanya "Bila nak habis belajar?"
bila dah habis belajar asik tanya "Bila nak kerja?"
 
Skema jawapan aku bila dok tanya "bila nak kerja" ialah:
1. Entahlah~~
2. Tak tau..
3. Penganggur terhormat jawatan sekarang ni
4. Biar masa yang menentukan. *cewah
 
Ya, agak annoying jawapan aku. Nasiblah. Yela, sekarang ni banyak sangat info tentang hal-hal kepostingan aku ni. *Kepostingan?? Suka suki je.. Jadi, aku pun tak ada jawapan untuk setiap persolan. Hanya mampu pasrah. Ya.. Paseghah itu beseghah.. :)
 
 Jadi, kepada rakan-rakan yang seperti diriku ini yang masih tercari-cari tapak dalam alam pekerjaan,
 
"Bersabarlah. Mungkin rezeki kita belum kita kerana Allah telah merencanakan yang terbaik untuk hambaNya. Anggaplah ini sebagai ujian, dugaan, dan cobaan. Janganlah rasa terbeban kerana Allah tidak menurunkan ujian melainkan Dia tahu kita mampu menanganinya. Be postive" - Marcella, 2013 *cewah
 
 Jadi, kalau ada yang bertanya azam aku tahun ni. Jawapan yang pasti ialah:
 1. NAK KERJA: hari-hari makan tanggung berak cangkung, kang jadi pemalas lak aku ni.
 2. NAK KAWEN: dah gatai.hahaha
 
 Sekian. Wassalam ;)
 
lebiuolls  

4 comments:

sabella mohamad said...

sabar la kak . nanti dapat nye kerja tu . hehe . cecepat kawen ! :B

marcella said...

sabella:


tq..itu la..nak kerja dengan kawen, sama semangatnya..menggebu..haahaha :P

Ibnu Kassim said...

baa~ CAK!!

klu kerja i xleh tlg.. tp klu kawen i leh tlg.. hik hik hik XD

marcella said...

roy:

cak~~

u nk tlg i apa roy???u nk tlg bg blnja kwen ke??luas tapak tangan mesia i tadahkan~~ ho ho ho :P