Monday, 28 October 2013

Ringkas Je

Assalamualaikum.

Hiho guys.. Waduh-waduh.. Rindu gila aku pada anak angkat aku ni. Lama sangat terbiar tanpa kasih sayang. Apakan daya.

Hapdet ringkas sengaja nak memeriahkan post. Nak maklumkan yang masih sihat. Al-maklumlah, hidup mengharapkan wifi free, gini la ghopenya. Hehe.

Ok, sekian. Wassalam.

Saturday, 31 August 2013

Merdeka!! Merdeka!!

Assalamualaikum..

Tanggal 31,
Bulan 8,
57.

Merdeka!!! Merdeka!!!



 Sekian.

*Sengaja memeriahkan blog :)

Friday, 12 July 2013

Ramadhan Di Perantauan

Assalamualaikum.
Hai cantik dan kacak sekalian.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Ini kali pertama aku menyambut Ramadhan jauh di perantauan.
Ya. Jauh di bumi asing bagiku.
Sarawak.
"Eleh. Sarawak je pun. Macam kat obesi"

Yalah. Walaupun Sarawak je, namun tetap jauh di perantauan.
Tiada lagi iftar bersama keluarga waima hanya di hujung minggu sepeti kebiasaan semasa zaman belajar dahulu.

1 Julai merupakan tarikh keramat.
Aku kini bukan lagi penganggur. Yeay untuk itu.
Syukur. Alhamdulillah.

Aku berkhidmat di daerah Simunjan.
Harus menaiki 2 feri ke sini.
Jarak perjalanan sekitar 2 jam lebih dari bandar Kuching.
Pekan terdekat berjarak 30 minit.

"Mana kau duduk ni?"
PEDALAMAN 1.
Ada tau ka??
(Haruskah aku letak tajuk entri "Ramadhan di pedalaman?") gedik sat.
Segalanya pasti mudah jika ada kenderaan.
Syukur penempatanku tidak sebegitu mencabar dan berliku seperti rakan lain.
Cuma, kesukaran mendapat bahan makanan segar sahaja.
Sejak aku sampai, tika saat ini, hanya makanan dalam tin menjadi santapan.
Syukur ada makanan. :)

Oh ya.
Kawasan ini tiada Bazar Ramadhan.
*Jangan gatai-gatai nak sebut makanan sodap-sodap. Aku piat laju-laju nanti.

Sekian,
Wassalam.

*****
Motif??
Sengaja meraih simpati. kehkehkeh

Monday, 24 June 2013

Get Well Soon, Fahmi

Assalamualaikum

Hai gojes mojes semua.Oh, tak lupa juga kepada kacakss sekalian.
Tajuk entri sudah seperti tajuk cerpen gamaknya.
Lupakan.

Ini intisari cerita sebenarnya.
Sebuah kisah tentang dia:


Kami mula kenal masa aku menjadi akak fesi untuk kumpulan Fahmi. Yelah, minggu orientasi katakan. Dari situlah segalanya bermula. Cewah.


Memang terharu bila adik-adik aras buat surprise kat aku.Sampai demam esoknya. (Demam sebab penat paktikum sebenarnya). Tambah lagi, bila dapat tau, Fahmi teman adik aras cari kek. Tapi,ni besday tahun lepas lah :)


Ok, jangan nak gossip sangat. Masa aku konvo, Fahmi jadi AJK. Bahagian protokol gamaknya. So, dia kenalah tegur and repaired yang selebet-selebet macam aku ni. Alang-alang tu, dia tolonglah pakaikan hood tu. Diva sangat aku masa tu. Macam retis. Semua orang buat, aku hanya mampu berdiri dan tunggu siap je. Hehehe.. Curlass

Baru-baru ni, aku terbaca status-status FB Fahmi yang dia tidak berapa sihat. Sayu hatiku.



Itu sahaja yang aku mampu lakukan. Jadi,di sini aku ingin memohon jasa baik kalian supaya mendoakan Fahmi cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Terima kasih aku ucapkan untuk kalian.

GET WELL SOON, FAHMI!!

Terima kasih daun keladi,
Lain entri singgahlah lagi.

Love ya!!

Monday, 17 June 2013

Mafia vs. Taiko (Ini Entri Nasihat)

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

Ha, tengok tajuk yang panajang kemain tu macam bajet bagus pun ada. Percayalah, ini adalah sebuah entri penuh nasihat dan pedoman berdasarkan cerita sebenar. Hahaha..

AMARAN: ENTRI PENUH KEGANASAN SESUAI UNTUK TATAPAN UMUM (kot)

Saya menulis entri ini kerana merasa terpanggil (cewah) untuk memberi nasihat dan tips-tips untuk mengatasi kes buli. Sesungguhnya saya berasa berdebor pula menaip entri ini.

Okaylah. Terus kepada perkara utama. Sebelum ni kita pernah digemparkan dengan video-video buli dalam kalangan murid sekolah tanpa mengira jantina. Kenapa aku menulis seperti ingin menjawab karangan peperiksaan??

Aku pun hampir menjadi mangsa buli. HAMPIR je, tapi pembuli tu sudah tersalah pilih mangsa la beb. Memang malang mereka hari tu. Ya, MEREKA. Pembuli ni selalunya datang secara berkumpulan, geng, ramai-ramai, kelompok & seangkatan. Bukan gangsta sejati! pui

Waktu rehat yang hening, aku disapa rakan kelasku. Selaku anak baharu dalam kelas (ye, aku baru je pindah sekolah masa tu) aku agak heran mengapakah "taiko" sekolah nak jumpa:


Aku yang baru nak jadi perempuan melayu terakhir, nampaknya terpaksa post-pone dulu niat tu sebab "sarang tebuan" sudah diganggu. Hehehe. (aku bukan pindah sekolah sebab aku budak jahat okeh..reset minda tu) hehe


HAHA!! Silap besar la yong.. Aku mungkin nampak macam "angel" tapi dalam gua ada jugak ke"devil"an nya.. Aku pernah terpikir, adakakah aku ada "Split Personality":


Apa yang harus adik-adik lakukan sekiranya ada orang (geng) nak jumpa apabila:
  1. beri surat layang
  2. beri memo
  3. beri SMS/ telefon
  4. pesanan melalui rakan
Adik-adik haruslah bertenang dahulu. Jangan gubra tak tentu fasal. Rangka strategi menawan musuh. (Macam nak berperang ghopenya). Apa yang harus adik-adik buat ialah:

1. LOKASI:
  • Pastikan lokasi perjumpaan tidak terpencil & sunyi seperti belakang sekolah, semak samun, wat eva.
  • Lokasi haruslah laluan utama/ laluan orang ramai. (aku jumpa menghadap pejabat & bilik guru: bijak kn??)
  • Sekiranya rasa tidak selamat, JANGAN "BIJAK" sangat nak pergi juga. PERSETANkan semua itu.
 2. ADA YANG TAHU:
  • Pastikan rakan tahu yang adik-adik jumpa seseorang. Minta rakan back up "5 minit aku pergi, kalau tak balik tolong panggil cikgu"- contohnya.
  • Sebaiknya LAPOR kepada guru. Nak best pedajai pembuli ni, BERPAKAT dengan guru & berdrama sedikit. Apabila pembuli mulakan langkah, cikgu pun serbu "Anda dikepung"- pengaruh drama
3. MASA:
  • Jangan berjumpa selepas tamat waktu/ sesi persekolahan. Jumpalah time rehat. Masa pun tak panjang. Bukan apa ye adik-adik yang akak sayang, kalau jumpa time gini, kompom-kompom tak ada orang yang boleh tolong sekiranya ada kemungkinan yang berlaku.
4. KEYAKINAN/ AURA/ FIGURE:
  • Pembuli cepat mengesan kalau adik-adik takut, muka pucat sebab cuak sangat. Sebaiknya adik-adik tunjuk muka TENANG seperti "AKU TAK GENTAR" walaupun dada sudah dub dab dub dab.
  • Keluarkan AURA BERANI. sebenarnya, adik-adik dah pun berani apabila sanggup menghadap pembuli ni.Cuma, adik-adik TIDAK BERANI nak MELAWAN je.
  • Berdiri dengan yakin!
  • Jangan terlalu lancang menjawab, nanti kena belasah. Tengok situasi dulu ye sayangss.
5. LAPORKAN!!:
  • Jangan diamkan jika serius mahupun tidak serius. Laporkan kepada kawan, keluarga, guru. Jangan pendamkan kerana itu akan membuatkan pembuli lebih berleluasa. Jangan Biarkan Diri Anda Menjadi Mangsa Buli!!

INGAT!!!

MEMBULI BUKAN GURAUAN, USIKAN, SUKA-SUKA ATAU MENGISI MASA LAPANG. MEMBULI ADALAH JENAYAH!!! Pesanan tulus ikhlas ini dibawa oleh: Marcella Memetik Durian.

******************

Apa yang aku katakan semasa berdepan pembuli ialah

Aku: Ada apa nak jumpa aku? Aku rasa aku tak kacau sape-sape.

Pembuli: Kau tak kenal kitorang. Aku nak warning kau. Baru, buat cara budak baru.

Aku: Jadi? Apa masalahnya? (Buat muka kerek, tak takut.Psiko sikit)

Pembuli: Ada orang mengadu, kau kecilkan hati dia.

Aku: (tu je? *maki.maki.maki) Jadi?? (angkat kening Ziana Zain)

Pembuli: Aku nak warning la. Kau baru kat sekolah ni... (aku potong)

Aku: Apa masalah baru tak baru? Kau pikir sekolah ni bapak kau punya? Ni kau jumpa aku semata-mata nak settle hal orang lain? Suruh budak tu settle sendiri. Lagi satu.. Kalau kau berani, jumpa aku sorang-sorang. Tak payah bawa ramai-ramai macam ni. Korang budak suruhan dia ke? TAIKO SEJATI DATANG SORANG. APA BARANG BAWA GENG. NAMPAK SANGAT BUKAN GANGSTA SEJATI. Ni aku nak WARNING!! jangan tayang muka depan aku lagi. Sekarang korang boleh BLAH sebelum aku lempang sekor-sekor.

Pembuli: Kau ni... (nak cakap aku da lebih la tu)

Aku: BERAMBUS!! (dengan perlahan tapi tegas)
         Biar muka huduh, perangai pun jangan huduh jugak,BODOH.

Ikutkan, memang ada nada POYOS SANGAT. Tapi, MOTTO aku bila jumpa Gangsta Hingusan ni: BIAR AKU YANG BULI, JANGAN AKU KENA BULI. Abang aku pesan, kita kena KUAT. Kalau LEMAH, kita kena TINDAS.

Aku bajet berani sebab aku jumpa dorang dengan kedudukan aku menghadap pejabat & bilik guru. Kalau dorang belasah aku, banyak saksi. hehehehehehe.. Umur baru 14 tahun ada hati jadi taiko, gangsta. Tak matang lagi mungkin.

BERTINDAKLAH DENGAN BIJAK.

**Panjang sungguh entri ni. sigh

Friday, 31 May 2013

Lesen oh Lesen

Assalamualaikum.

Hai hensem and cantik cantik sekalian.

Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam ruangan ini.
(Pasaipa intro bajet pengacara??)
* Biarkan..

Hokeyyh.. Sepanjang aku jadi "Maid Ohsem" ni, antara kerja yang aku buat ialah hantar adik aku ambil ujian komputer sebelum boleh dapat Lesen "L". Jadi, semasa menunggu tu, terimbas memori semasa aku ambil lesen.


Pada hari kejadian, dimaklumkan aku ini sesi kedua mengambil ujian. Dalam pukul 11 pagi la turn aku.. Seperti biasa, ujian dalam litar yang dijalankan dulu.

Memula bukit:


LULUS!

Lopeh tu parking:


LULUS!!

Last ujian litar 3 penjuru. Status: LULUS!!
**(malas nak melukis & menampal)

Selepas tu, aku pun menunggu berjam-jam untuk ujian jalan raya. Ni yang hazab sikit bukan sebab apa. Dari tengah hari, turn aku jam 4.20 petang. Untuk kereta yang aku dapat, aku yang TERAKHIR. Bajet lah aku seperti perempuan melayu terakhir gamaknya..hahaha.

Nampak penegasan terakhir kat atas tu? Nak jadi cerita, abang JPJ (abang gitu..hahah) pun dah naik letih agaknya. Beliau pun membuka radio dengan bajet macam aku nak bawa dia makan angin petang lagaknya. Sebaik aku masuk:

10 perkara sebelum jalan

Selepas aku siap cek 10 hal tu, kedengaran lagu PUSHPA-ST 12 di corong radio. Aku ni pantang dengar muzik. MAKA!!:


Eh eh!! TERMENYANYI pulak!!!! Dimaklumkan bahawasanya saya TER ok.. TER!! Disebabkan "TER" itulah aku stop nak tunjuk bakat suara kilauan perak aku ni dan fokus memandu.

Alhamdulillah, aku lulus.. Selamat abang JPJ tak gagalkan aku sebab ingat aku gila..hahaha


Jadi, kepada adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, mak cik- mak cik, pak cik- pak cik, brader-brader, & semua yang ingin mengambil lesen, SELMAT MAJU JAYA saya ucapkan DAN!! JANGAN TIRU AKSI INI..

*****
ps: Dah lama nak hapdet tapi line tenet nazak.mahap, mahap, mahap.
** Alhamdulillah aku dah selamat konvo 2 hari lepas dan terjumpa rakan blogger CIK BELLA BELL pemilik blog: Si Sengal Yang Jiwang

Thursday, 25 April 2013

Takde Kogheje

Assalamualaikum :)
hello hemsem boys and taff girls..

Ikut hati yang menggebu-gebu seperti gebunya saiz aku sekarang ni akibat mengambil makanan secara tidak terkawal, memanglah hendaknya ku hapdet blog ni dengan sekerap yang mungkin.
Tapi, apakan daya. Gebu lagi perasaan malas tu.. Bahaha :)

Ye, aku bukan nak canang tiga ploh patploh kali yang aku ni tak kerja lagi. 
"Habis tu, pahal tajuk entry lu tu TAKDE KOGHEJE?"

Dahnya, jobless pun ada kerja lain yang menunjukkan dia tu TAKDE KOGHEJE a.k.a banyak noo masa terluang.. hahahaaha.. Memandangkan aku dah bosan tahap Ultraman Taro Tora datang lagi ni, aku pun tergolong dalam golongan yang BANYAK NOOO MASA terluang.

Namun, tak dinafikan yang aku ni kadang-kadag bizi jugak. 
"Dah tu, mananya yang TAKDE KOGHEJE sangat tuh??"

Baiklah, ni ha!!


YA!! Main GAME...
"Ek eleh..main game bodoh budak tadika"

Ya.. nama pun release tensen.. Janji hati happy :)
Baiklah anak-anak sekalian, saksikanlah~~~~ ewah.. (dangdut pula)

Next level please..

tengok arahan dulu

boleh main.. YEAY!!

Dah sampai destinasi

Tamat

"ARGH!!! nyesei buka.. ntah hape-hape"

Maaf kawan. Saje nak buat point. hahahaha
*****
Geram dengan adik yang main game kat henpon canggih, nak compared henpon aku yang suku kaum 3310.

Monday, 1 April 2013

Eskrem Mesia

Assalamualaikum..

Uhuk..uhuk.. (lame sangat pendahuluan tuh)
Okeyhh!!
terus
terjah
point
isi
penting
la
ye..

Saje mau bagi panjengg..heheh.. Okehh, aku dapat ilham setelah menghabiskan masa stalk orang.. Idea datang masa aku syok berbalas komen dengan seorang adik floor semasa aku menunut suatu ketika dahulu (padahal baharu 5 bulan habis belajar).. Namanya Ainz Brutaz (nama glamour), yang pastinya takde brutal mana. Ayu gitu.

Aku mengimbau nostalgia bila teringat Aiskrim Mesia. Disebabkan kesempitan hidup semasa zaman kanak-kanak aku, aku dan Cik Mak jual eskrem mesia ni.


Banyak flavor ada. Milo, Asam boy, bandung, Kacang hijau, bubur pulut hitam.. Nak spesel tunggu musim durian, ada la flavor  Bubur durian.. Sodap camano pon, bisnes kami hanya seposen sebatang eskrem.

Aku la insan yang nolong Cik Mak ikat eskrem ni selain memasukkan asam boy ataupun kacang hijau. Bab menuang dalam plastik, kerja Cik Mak. Aku masih kecil, kang banyak yang tumpah daripada masuk dalam plastik. 

ececeh..baik la konon..ahaks

Selalunya aku amek order waktu sekolah pagi. Jadi, semasa sekolah agama petang-petang tu,aku deliver la order. Kadang-kadang, petang tu juga ada yang ngoder tok esoknya. Kebanyakan yang order budak-budak yang tunggu trak nak pergi sekolah (memandangkan duduk kem askar, pergi sekolah naik trak askar a.k.a FERI SEKOLAH). Tu pun aku kompius. Naik trak, tapi panggil Feri.. Ok, biarkan saja..


Selain order, kasteme juga datang ke rumah berbekalkan "assalamualaikum, acik nak eskrem" dengan mengetuk pintu rumah. Hehe.

Aku juga menyarankan Cik Mak meniaga eskrem pop selain eskrem mesia. Kena ikut arus semasa. Tapi,
Eskrem mesia ni ada tarikan sendiri.
Eskrem pop tak dapat tandingi.


Sekarang susah nak jumpa Eskrem Mesia.. Itu je kesimpulannya. (hampagas konklusinya). Sekian, berita dilaporkan oleh MemetikDurian. :)

Thursday, 21 February 2013

Diari Seorang Penganggur Gitu

Assalamualaikum..

~Berkumandang lagu "Diari Seorang Lelaki"

Dari semalam kutunggu,
panggilan interview,
ku lihatkan kata "maaf",
terus ku buka pesbuk,
tak cukup dengan tu,
ku update juga blog,
yang da lama terabai.. lalalaala~~ abaikan pitching aku yang merdus

Klise. Hehehe.. Tengok tajuk pun tau dah klise.. Ahaks..

Jadi, rutin aku tiap-tiap hari sekarang ni sama je. 24/7.. Boring sungguh hidup berutin, berpola ni walaupun sebenarnya teratuq la jugak.. Eh?? cakap pusing-pusing ala merry go round pulok.. =.='

So, aku rasa ramai rakan sejawatan aku di luar sana yang rutinnya lebih kurang sama je. Mungkin lebih menarik, mencabar, daring, classy, sexy? pejadah dan tak lupa juga yang lebih lame,boring and hambar gitu. Jadi, apakah rutin yang konon "hebat" sangat tu?? hehe

TADAA...!!
  
1. Pagi-pagi bangun tidor (6.15- 7.30 pagi):
    - Solat
    - Buat sarapan

Sekadar gambar hiasan??

2. 7.30 pagi- 12.00 tengah hari:
    - tengok TV
    - online



3. 12.00 t/hari- 1 petang:
    - masak "lunch"

ikan goreng yoo..

4. 1 petang- larut malam:
    - Tengok TV
    - online
    - merempit/ menghancuskan keta mak aku
    - "membuta"


Fuhh... Sangat padat sunggguh jadual harian seorang penganggur ni.. Yedak?? wadepish sungguh. =.='
Makanya... Rakan-rakan "penanam anggur" sekalian, how's your day??? Geng yang tak tanam anggur pun ai nak tanya juga "how's your day??" hehehe..

Oh, ya. Aku juga nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang bertunang, bernikah, menimang cahaya mata, dan seumpanya yang menggumbirakan hati kalian. Ai pun gembira duduk umah je uollss.

Ok, sekian sahaja laporan berita ini. Have a good day.. Wassalam :)

Monday, 14 January 2013

Tangan Tak Berbedung??

Assalamualaikum..

Hello guys n girls... Memandangkan aku ni pompuan, kena tegur guys dulu.. Takde motip.

Ok la, aku rasa layak intro tu ditong sampahkan kalau cenggini jawab exam. Tangan tak berbedung? Apakah? Adakah ular tedung ada tangan?
 
Bukan. Selalu, baby yang baru lahir kan mesti kelubung satu badan, bebungkus. Tu namanya bedung. Bedung, bukan Bedul. Ayo..

Aku rasa sejak dua tiga empat menjak ni, tangan aku semacam ada extra poweroot tongkat ali la. Yela, apa yang aku pegang semuanya semacam punah. Dulu, kalau ada kes cam ni, orang cakap "tangan tak berbedung ke apa masa kecik-kecik?"

Tapi, aku rasa bukan kes bedung tak bedung, tapi kes terlebih tenaga jantan dalam diri aku ni.. piuu.. Padia ni, padia ni?? Layans~~


Syok-syok main, tiba-tiba:


Aii, gelap skrin.. Pe kes?? Bukan TV je..malahan ini juga:


Dan ini juga:


Lappy aku yang mula-mula arwah.. Sekarang aku menumpang ihsan lappy adik aku..sobs..sobss

Tapi, paling RARE dalam sejarah tangan hikmat super power aku ialah:


Ha!! Konci grill umah yang berjaya tangan halusku ini punahkan.. Ya!!
******
Ini namanya TANGAN BADANG. Sekian. :)

Friday, 4 January 2013

C.O.B.A.A.N

Assalamualaikum...

Wassup uolls.. Rasanya tak terlambat lagi nak ucap "Selamat Tahun Baharu".. Ala, lewat 3 hari je.. Aku memang suka jadi orang yang last ni. Baru thriller.. theehehehe..

Bercakap soal cobaan ni, malam ni aku teringat pulak dialog Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam salah 1 karya agung beliau:

"Ini bukan cobaan, ini betul-betul"
 
"CO-BA-AN"

Berguling-guling itu pak cik cakap "Ini bukan cobaan, ini betul-betul". Aku pun rasa nak guling-guling juga sambil guna dialog yang sama. Biasa la, baru lepas belajar ni, dugaan dan COBAAN yang nak hadapi ialah saat menunggu untuk ditemu duga dan mendapat kerja, yakni MENGANGGUR. 
 
Lumrah hidup:
bila tengah belajar asik tanya "Bila nak habis belajar?"
bila dah habis belajar asik tanya "Bila nak kerja?"
 
Skema jawapan aku bila dok tanya "bila nak kerja" ialah:
1. Entahlah~~
2. Tak tau..
3. Penganggur terhormat jawatan sekarang ni
4. Biar masa yang menentukan. *cewah
 
Ya, agak annoying jawapan aku. Nasiblah. Yela, sekarang ni banyak sangat info tentang hal-hal kepostingan aku ni. *Kepostingan?? Suka suki je.. Jadi, aku pun tak ada jawapan untuk setiap persolan. Hanya mampu pasrah. Ya.. Paseghah itu beseghah.. :)
 
 Jadi, kepada rakan-rakan yang seperti diriku ini yang masih tercari-cari tapak dalam alam pekerjaan,
 
"Bersabarlah. Mungkin rezeki kita belum kita kerana Allah telah merencanakan yang terbaik untuk hambaNya. Anggaplah ini sebagai ujian, dugaan, dan cobaan. Janganlah rasa terbeban kerana Allah tidak menurunkan ujian melainkan Dia tahu kita mampu menanganinya. Be postive" - Marcella, 2013 *cewah
 
 Jadi, kalau ada yang bertanya azam aku tahun ni. Jawapan yang pasti ialah:
 1. NAK KERJA: hari-hari makan tanggung berak cangkung, kang jadi pemalas lak aku ni.
 2. NAK KAWEN: dah gatai.hahaha
 
 Sekian. Wassalam ;)
 
lebiuolls