Saturday, 30 June 2012

Kettle Serba Guna

Assalamualaikum..

Yo, Wassup?? Erm, tengok tajum macam ala-ala Doaremon.. Aku percaya, kebanyakan yang duduk hostel mesti ada kettle tak kisahlah sendirian berhad, rumet, dorm mates, floor mates, classmates, dan mates-mates yang lain..

Dalam hal aku, Kettle ni, Cik Rumet yang punya.. Aku hanya menumpang kesenangan beliau. Entri ni aku dedikasikan kepada Cik Rumet dan Kettle Ajaibnya.. Kelas ayat aku Jahh..

Ok, cerita fasal Kettle, apa aktiviti korang dengan kettle??? Ye..aku paham.

Ketle Ajaib Cik Rumet

Rebus Air:

Ya, ni kegunaan utama Mr. Kettle. Yedak?? Rebus air ni sebab nak buat apa?? Mesti sebab nak buat air Milo cicah biskut kering

apasal tertunggeng pun tatau
ATAU

digunakan untuk masak Megi..


Tapi, aku dan Cik Rumet menggunakan kuasa Kettle Ajaib semaksimum dan se-optimum mungkin.. Sebab kitorang bukan sahaja rebus air, malah lebih dariapda tu.. Keh, keh, keh..

1. Rebus Hotdog/Sosej:


sosej cilok dr Mr. Google
Ni, kerja gila kitorang yang pertama. Masa tu ngidam nak makan hotdog. Kitorang beli sepaket, rebus dalam Kettle. Lepas tu, agih-agih bilik sebelah sebab banyak sangat. Hahaha.. Proses peneutralan rasa air rebusan adalah 3 hari sebab kettle dah tercemar.. Hahah..

2. Rebus Bendi/ Ulam-ulaman:


Rembat Mr. Google gak
Ni, Cik Rumet yang buat sebab beliau teringin sangat nak makan ulam rebus. Masuk je Bendi dalam kettle dan rebus seperti biasa. Rebus ala-ala macam dalam periuk jahh.. Tapi, air rebusan yang korang jerang lepas aktiviti ni rasa jamu abaq ang..Aku yang testimoni. Siot. Seminggu proses pembersihan semula kettle..

3. Panaskan Lauk pauk/ Kuah-muah/ Makanan yang seangkatan:


Ni, jangan gatal-gatal tuang isi lauk/ kuah dalam kettle.. Kompom korang layak campak je kettle tu. Kitorang rebus dengan plastik.. Sangatlah tidak sihat. Nak buat cam mana, hostel ni forbidden bawa rice cooker. Tu la kitorang guna kettle sungguh-sungguh.. :)

Gambar tunggang-langgang, tak sempat edit, Maaf. Quick Update.

Oh, ya.. Entri ni sebab aku nak mengenang jasa Mr. Kettle Cik Rumet yang telah menaburkan jasanya pada aku selama 4 Tahun.. Jangan risau, Mr. Kettle masih bernyawa hingga hari ini dan masih mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik..

AWAS: kalau korang dah buat macam-macam pada kettle, nak bersihkan pun macam-macam jugak. Kitorang terpaksa rebus air berulang-ulang kali untuk buang bau dan rasa yang melekat pada kettle. Macam mana?? Rebus, buang air rebusan, rebus semula, buang lagi, dan lagi berterusan selama beberapa hari..

Tak pe.. Ni kenangan dan pengalaman.. :)
*****

p/s: malam ni aku ada projek untuk gelandangan. InsyaAllah, aku update kalau berkesempatan. Doakan misi kami berjaya.. Amin.. :)

Monday, 25 June 2012

Dan Sebenarnya

Assalamualaikum..

Yahooo!! Ok, pehal lu tetiba nak jadi berok Tarzan ni? Ok, fine. Nak eksaited sikit pun tak boleh.

Sebenarnya, aku merasa agak teruja sikit sebab semester ni, final sem aku. Tapi, bila memikirkan banyak sangat urusannya, di situ hati ada gundah gulana sikit.. <---- ayat pening.

Oh, ye. Sebenarnya esok aku harus menjalani internship selama 4 minggu. Internship lebih kurang macam praktikal. Sebenarnya, tu je aku nak inform. Perasaan tu tak dapat nak tafsirkan..Hohoho..

Buah Hati Pengarang Jantung

Sebenarnya, macam-macam perasaan ada nak jumpa "kekasih" hati ni.. Rindu, sayang, eh macam-macam la.. Nebes pun ada sebab matlamat asal tu agak berat untuk digalas. Sebenarnya, aku dah merepek..

Yelah, apakah maknanya kalau aku menaip ni dengan hingus meleleh, mata merah, kepala pusing, tulang menggigil-gigil, badan seram sejuk?? Sebenarnya aku demam ni.. :(

Sebenarnya, aku harap esok semuanya berjalan lancar. Dan sebenarnya, keseluruhan entri tiada kaitan mula dari tajuk hingga ending.. Haha..

* sebenarnya anak murid aku semuanya 22 orang :)

Sebenarnya, aku takde motif nak buat entri. Tapi, aku nak buat jugak.. haha

SELAMAT MENJALANI INTERNSHIP

buat yang tiada

SELAMAT HARI SELASA
*****
p/s: Ya Allah, Kau permudahkan urusan hambamu ini. Amin..

Thanks kepada Cik Rumet sebab da tolong iron baju.. :)

Saturday, 23 June 2012

Antara Lampu dan Angin

Assalamualaikum..

Wassup.. Ya, aku mohom maaf sebab jarang update. Maklumlah, sekarang line tak berapa bagus. Makanya aku tak berkesempatan nak update.. *alasan apakah yang kau cuba berikan ni?? Klise ah.. Oh, ya, tu alasan semata.

Baiklah, sekarang kita masuk ke topik utama. Ya.. Antara lampu dan angin. Apa kaitannya?? Ada kaitannya.. Cerita ni, Enche Abah yang cerita masa aku kecik dulu.. Tapi, tak tahulah kalau kalian pernah mendengar ceritanya. Ceritanya begini...

Deng!! *efek gong

Al-kisah bermulanya cerita antara seorang penunggang motor dan polis. Kejadian dilaporkan berlaku pada malam hari dan ketika road-block dilakukan.

Polis: Opp, opp.. Setop!!

(efek brek motor berbunyi) Skreeetttt...

Penunggang motor: Apa pasai tahan sama saya?

Polis: Kenapa tara buka lampu?

Penunggang motor: Oh, apa guna mau buka lampu?? Sana lampu, sini lampu, suma lampu juga ada.. (merujuk pada lampu jalan yang ada)

Polis: Oh, ok.. Baiklah.

(Polis pun membongkokkan badannya lalu mengcangkung. Polis juga telah....)

Ssssstttttt....

Penunggang motor: EH!! Apa pasai pancit saya punya tayar?? (Tahan geram)

Polis: Oh... Apa guna mau angin? Sana angin, sini angin, suma angin juga ada..

Maka, terlepaslah penunggang tersebut daripada pihak polis. Tapi, penunggang tersebut juga terpaksa menerima hakikat yang tayar motornya tiada angin.. Hahaha..

Amaran:
1) Sila buka lampu kenderaan pada malam hari walaupun jalan raya mempunyai lampu jalan.
2) Jangan suka sangat menjawab..

Entri: Tiada motif

Sekian, Tamat.. Wassalam..

*****
p/s: cerita tersebut tidak sahih kebenarannya samaada betul terjadi atau rekaan semata.. :)

Lebiu olls.. :)