Wednesday, 22 February 2012

Makan

Assalamualaikum..

Hello geng.. Erm, ngam-ngam je aku update hari rabu. So, tak payah citer banyak, Wordless Wednesday.. hahaha.. ( Intro yang hampeh.. =.=' )





Korang pula macam mana????
********
ps: Lama dah tak lukis-lukis ni.. wahahaha.. Tetiba rasa entry ni takde motif. Sekian. Bye. :) Thanks sudi baca..

Tuesday, 14 February 2012

Anime

Assalamualaikum..

Argh.. Aku menghapted sebab kekeringan idea mahu membuat kerja..hahaha.. Jadi, berehat sebentar bersama kit-kat..


AWAS: ENTRI MERUPAKAN KISAH BENAR

Ya.. Betul tu.. Tak dinafikan ramai yang suka tengok anime tapi ramai juga yang lebih rela layan jiwa-jiwa.. Aku layan semua.. Hehe.. So, kalau cakap pasal minat ni, tak kira umur. Begitu juga anime ni. Kenapa anime?? Lain takde ke??

Aku nak cerita pasal anime sebab ada seorang penjaga anak muid aku yang namanya ada unsur anime Naruto..Well, minggu lepas semasa aku dok ajar budak-budak ni, aku tanya la nama parents dorang. Heh, ramai yang tak ingat daripada yang ingat. Sampai kat sorang murid ni, D (nama pangkal) aku tanya

Aku: Siapa nama ayah D?
D: Ala, saya tak nak cakap. Nama ayah saya ada Naruto.
Aku: Ha? Kenapa? Cakap la. Mana cikgu nak tahu.
D: Tak nak. Malu..
Aku: Tak nak cakap takpelah. Tak payah sebut yang nama naruto tu. Nama ayah je..
D: Ala.. (gelak-gelak malu)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
D: Saudin Sasuke

****** 
P/s: Bahaya juga nama gelaran dipanggil depan anak-anak.. 

Sunday, 12 February 2012

Hot-Dog

Assalamualaikum..

Ye, aku tau lama tak update.. Praktikal.. Bizi.. (alasan). Harap maaf.--cukup la pendahuluan aku panjang ni.. Hahaha..


Cerita yang nak disampaikan ni adalah kisah benar yang memang benar-benar belaka. Ni terjadi masa aku dok pujuk sorang budak perempuan prasekolah untuk makan. Fasya (nama yang korang tak tau betul ke tidak) merupakan kanak-kanak prasekolah yang berumur 5 tahun dan baharu mendaftar. (Ayat gila skema). Okeh2.. Aku skip je la.. Senang citer.

Aku: Fasya tak nak makan ke? Sedap tau. Cuba tengok kawan-kawan.
Fasya: (geleng kepala sambil tengok kawan-kawan)
Aku: Sedap Fasya.. Uih.. Nasi lemak.. Makan sikit ye sayang..
Fasya: Tak nak.. Nak mama.. (perlahan je suara dia)
Aku: Eh, dalam nasi lemak ada sosej la.. Sedapnya.. Nak??
Fasya: Tak nak..
Aku: Sedap tau hotdog tu..

Aku bab pujuk-pujuk ni memang failed. Bukan sikit, failed habis.. Hancus. Korang jangan salah faham. Aku tak makan pun. Aku saje cakap sedap sebab konon nak umpan. Tapi, Fasya yang suka menangis "nak mama" ni memang kalis pujuk.

Fasya ni berat mulut. Senyap je.. Suara pun keluar perlahan je.. Tapi, ada satu ayat yang keluar dari mulut Fasya yang buat aku terkedu sebelum geli hati. Terkedu yang amat sangat tau. Bukan sikit punya..



Fasya: Saya tak makan anjing..


  =.='    ish..
******
Dah lama tak update, ayat pun tunggang langgang macam kena langgar todak. :)

Wednesday, 1 February 2012

WW: Iklan

Assalamualaikum.


*****
Kejelitaan adalah hak milik setiap insan

Maka,

Ukurlah sendiri...