Thursday, 2 August 2012

Prihatin/ jadi perhatian??

Assalamualaikum..

Wah, aku merasakan yang aku ni semenjak dua menjak tiga empat lima menjak ni, bahasa semakin skema seperti ingin mengambil ujian.. Eh,eh..Lihatlah.. =.='

Tengok tajuk pun tau dah.. Kepala sekarang dah tak reti nak bermadah puitis, cari tajuk yang sweet or apa pun..

Oh, ya.. Entri kali ni mengenang zaman aku berpraktikal hari tu. Entah, malam ini teringat kat "anak-anak". Jadi, aku perasan yang mereka ni sebenarnya agak prihatian jugak. Persoalannya, mereka yang prihatin atau aku yang menjadi perhatian mereka??

Yela, terkadang hati ini bajet juga seperti retis. Haha..

Contoh:

1. Melawa:


Ha, yang ni pantang aku melaram sikit. Ada je yang nak menegur, nak mengomen dan mengurat memuji. Puji tudung la, brooch la, baju la, mekap la.. Kadang, stokin aku koyak pun mereka ni tegur.. Bukan tegur je, siap buat pakatan mengutuk beramai-ramai serta ketawa.. Ciss =.='


2. Baju sukan:


Yang ni, mereka paham dah. Kalau aku pakai baju-T, mereka main kat padang pagi tu. Dalam erti kata lain, mereka ada kelas pendidikan jasmani la. Main sukaneka ke, kemahiran-kemahiran asas ke. Tapi, pernah jadi aku pakai baju-T, tapi mereka tak bersenam. Kompius dan penuh tanda tanya serta ketidakpuashatian je mereka sebab tak dapat main kat padang atau taman. Yela, aku heboh nak siapkan projek Rumah Hijau tanam sayur tu. Takkan nak bertukang pakai baju kurung kan??


3. Simple a.k.a sempoii


Baca dialog kat atas. Bukan tu aje, banyak pertanyaan lain lagi. Malas pulak nak taip..hahahahaha :D
Sayang, ada hari cikgu malas nak bergaya, berfesyen, bermekap & bercantik-cantik.. Sebenarnya kalau cikgu simple, muka macam zombie tu, tanda cikgu lewat bangun & kesuntukan masa untuk bersiap. hahahahaha :)

Sekian.

Hari terakhir, 1 hari sebelum puasa
Tatapan: Mereka bukan casting Zombie Kampung Pisang.. Ini party liar suka-suka sukaneka main tepung yang akhirnya bertukar menjadi perang tepung. Dengan aku-aku kena serang dengan dorang.. :P
Jika korang bijak, cari mana aku..




* tak payah cari aku sebab aku yang snap gambar ni..hahahaha

16 comments:

siti sensei said...

marcella..ewahhh!!kemaiin meletops nama..kelaaasssssss kau marcela!!!! do follow my velog okeh
http://tulipsmadly.blogspot.com/

marcella said...

siti sensei:


loh..kak S??? eh,haruslah kelas..marcella lho..hahaha..

ok, i'll..insyaAllah :)

ஜ miss klanika ஜ said...

ni cegu yg disayangi anak murid ni. hehe

Nong Andy said...

saya bijak sebab saya nampak kamu yang terpotong muka mata tak nampak itu hehehe....

marcella said...

miss klanika:


harap-harap begitulah hendaknya..insyaAllah..amin.. :)

marcella said...

nong andy:

hahaha..tu bukan bijak..itu hebat.. :)

Farhana Sukre said...

Cikgu, nyanyi lagu najwa latip satu..keh keh..

marcella said...

farhana sukre:


kosong~~ kosong~~

fadh leyanie said...

budak2 mmg cengini,sikit2 nak tanya..itu la ini la..tudng cikgu terkeluaq2 la.
mak ayah dorg tak marah ke main baling tepung/depa join skaki? :P

marcella said...

fadh:

haha..sebelum balik, kena kasi bersih dulu itu anak-anak..cuak jugak la kang parents bising.. :)

cikgu + murid sama naik sheikh main baling tepung dan belon berair..hahaha

kajaharuna said...

assalamualaikum cekgu..

kenapa cekgu tak pakai tudung yang "keluar-keluar" tu cekgu.. hah yang ni lawak.. hahahah

marcella said...

kaja:

lawak?? letih nak m'jawab :)
yola, cikgu maleh nak pesen-pesen :D

Ibnu Kassim said...

baa~ CAK!!

yg mcm zombie tu an? an? an?

zulhilmi tempoyak said...

mn muka cekgunya ni.. tringin nk tgok.. heee

marcella said...

ibnu kassim:

Roy~~

salah..bukan yang cam zombie tu.. :)

marcella said...

zulhilmi tempoyak:


ada..ada..cer cari..yang tukang snap tu la.. hahahaha :)