Friday, 6 July 2012

Homeless...

Assalamualaikum..

Hi sexy boys, macho girls.. :)

Hari tu aku pernah cakap yang aku akan update entri tentang homeless a.k.a Gelandangan a.k.a orang yang tiada berumah hidup di jalanan.

Ya, agak lambat sikit sebab aku tiada gambar dan harus menunggu kelulusan dahulu daripada Saudara Fairul ni untuk mengunakan gambar-gambar yang di klik si hemsem DSLR. Haha.. Ok, mari serius sikit.

AWAS: Entri agak panjang, berat dan segala mungkin yang boleh mendatangkan perasaan.

Jangan kata di Kuala Lumpur ini, tiada insan yang merempat di jalanan. I've seen it with my eyes. Mereka bukanlah semuanya penagih dadah, atau apa-apa tanggapan negatif. Mereka hanyalah insan yang mempunyai masalah tertentu yang telah mengheret mereka ke situ.

Jam 12 tengah malam, kami bergerak ke lokasi tertentu. Sepanjang itu, aku melihat ada yang tidur di jalanan, di bawah jambatan, di dataran dan di kaki lima. Mereka beralaskan kotak, berbantalkan beg pakaian dan hanya diselimuti angin malam.

Sorotan Gambar

Taklimat sebelum penghantaran

Antara yang terlibat






Mat Salleh dalam gambar 1 tu merupakan insan yang menganjurkan program ni. Beliau ialah Peter, telah memeluk Islam dan menganjurkan program Reach Out ini. Beliau mengatakan bahawa ini bukan charity kerana beliau melakukan ini bagi membantu mereka keluar dari kepompong masalah yang membelenggu mereka.

Food for homeless merupakan satu langkah bagi mendekati mereka, mengenali mereka dan membantu mereka. Reach out berjaya membawa mereka keluar dari dunia gelandangan, memberi mereka kerja, dan membantu segala keperluan fisiologi mereka. Seramai 98% daripada 400 orang gelandangan berjaya keluar dari "kawasan itu". Hanya 2% yang kembali menjadi gelandangan.

*****
Peter kata, kalau mereka tidur jangan dikejutkan. Letak sahaja makanan dan mereka akan automatik bangun dan makan. It's true!! Tengok gambar di atas. Hati aku rasa sayu melihat kebanyakan gelandangan ialah WARGA EMAS. Kebanyakan mereka juga FASIH BERBAHASA INGGERIS dan sempoi je SEMBANG dengan Peter. Kagum gila aku tengok. Aku pun tak berani nak sembang dengan Peter cause my english is Oh My English!! :)

Hati ini juga dijentik hiba apabila mereka menerima bungkusan makanan dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Cuma sebahagian yang agak rakus dan mengeluh. Aku anggap yang mereka tu lapar sangat. Ikut hati yang jahat nak je aku cakap tak reti bersyukur. Haish!!

Ada juga insiden mencuit hati aku di mana ada gelandangan yang dengki sesama sendiri.
Gelandangan 1: Dik, yang ada payung tu tak payah bagi. Tak payah bagi. Ha, yang payung tu.
Aku: *terkedu, heran, tahan tawa dan senyum.
Gelandangan 2: *buat bodoh, buat tak dengar.

Semasa mengedarkan makanan, aku lihat ada juga beberapa bekas makanan di sisi mereka. Menurut Peter, makanan tersebut tidak halal dan ada juga yang berasaskan sayuran sahaja. Sebab itu, semasa makanan kami bertukar tangan, mereka terus makan. Itu kenyataan. Ada juga yang menolak apabila kami beri tapi kebanyakan yang tidak tidur lagi terus makan.

Oh ya!! Aku rasa ada antara mereka yang dijadikan mangsa sindiket meminta sedekah. Aku harap aku tersalah tafsir dan mata aku menipu dan menidakkan apa yang aku lihat. Semasa kami baru tiba di 1 lokasi, aku lihat ada beberapa lelaki berhelmet hanya tunggu di tepi dengan gelisah. Semasa kami ingin pulang ke kawasan lelaki helmet berdiri, aku nampak lelaki helmet suluh lampu pada seorang gelandangan dan kejutkan gelandangan itu bangun. Gelandangan tu membuka plastik yang di dalamnya mempunyai sampul berisi wang dan memberi kepada lelaki helmet. Ikut hati yang rasa ingin tahu membuak-buak, nak je aku pergi dekat. Tapi, keselamatan tu penting. Aku buat tak nampak je dan terus berjalan. Nak beritahu Peter pun mulut aku seperti terkunci. Dayus gila aku ni. =.='

Program ini berjalan setiap hari dan pada weekend, jadual masa program dilanjutkan hingga 2 atau 3 pagi. Kepada sesiapa yang ingin join boleh join. Aku sertai program ini bawah Majlis Belia Malaysia (MBM). Keselamatan dijamin sebab bergerak dalam kelompok dan tidak berpecah. Bergerak ke lokasi tertentu juga menggunakan kenderaan melainkan menggunakan kudrat kaki semasa mengedar makanan.

Last but not least. Haiwan peliharaan gelandangan di bawah jambatan CM:
Cuba teka hewan apakah itu???
*****
p/s: Entri carca marba seiring dengan hati sebab aku nak cerita semua, tapi terlalu banyak. Maka, alamilah sendiri. Barulah anda boleh rasa dan kata apa sahaja. :)

16 comments:

Nong Andy said...

ular???

ni kisah realiti......

Farhana Sukre said...

Nak join....nasib insan tak berumah di negara kota yang mana pemimpinnya hidup mewah.

semutsengal said...

ramai jugek kan, hmm.hmm

marcella said...

nong andy:

ya!! 10 markah..anak ular sawa..

realiti & kenyataan kehidupan :)

marcella said...

farhana:

nanti aku bagi butir-butir cara nak join..aku pun ikut bit.. :)

marcella said...

anep:

ya..ramai..kawasan sekitar CM, Pudu, Kotaraya, Masjid jamek, Masjid Negara dll.. :)

Edy Fee said...

aku pon pelik ramai golongan ni..
tak paham
tak cemar imej negara kew?
hurmmm mkin bertambah2

marcella said...

edy fee:

ntahla..antara sebab mereka jadi begitu sebab kena tipu, tak mampu nak menyewa sebab kos hidup di KL tinggi, & macam-macam lagi..

sebab tu program reach out ni nak bantu mereka keluar daripada masalah tu :)

CintaKhadijah said...

kadang-2 teringin nak join.. :)

marcella said...

cinta khadijah:


meh la.. :)

cik nurul said...

yunk, macam mana cara nak join ni?
memang suka buat aktiviti2 macam ni..

marcella said...

cik nurul:

ahad ni kt KLCC..nk agih baju terpakai :)

cik nurul said...

pukul berapa? kumpul di mana?

fadh leyanie said...

mmg kesian kalau tgk gelandangan ni,tapi bukan semua gelandangan macam pengemis,ada diantara mereka ada kerja pakaian pn elok je,tapi malam tido bawah bangunan.Mungkin kos sara hidup kat kota tinggi.

Marcella said...

fadh:

betul tu.. ada yang tak mampu bayar sewa. So, bawah jambatanlah penyelesaiannya :)

siti sensei said...

mimi..
wow!!speechless..nk join buleh??
kesiannya bila baca ni..
nnti mimi bgtau ya cmna cara nk join ni