Saturday, 30 June 2012

Kettle Serba Guna

Assalamualaikum..

Yo, Wassup?? Erm, tengok tajum macam ala-ala Doaremon.. Aku percaya, kebanyakan yang duduk hostel mesti ada kettle tak kisahlah sendirian berhad, rumet, dorm mates, floor mates, classmates, dan mates-mates yang lain..

Dalam hal aku, Kettle ni, Cik Rumet yang punya.. Aku hanya menumpang kesenangan beliau. Entri ni aku dedikasikan kepada Cik Rumet dan Kettle Ajaibnya.. Kelas ayat aku Jahh..

Ok, cerita fasal Kettle, apa aktiviti korang dengan kettle??? Ye..aku paham.

Ketle Ajaib Cik Rumet

Rebus Air:

Ya, ni kegunaan utama Mr. Kettle. Yedak?? Rebus air ni sebab nak buat apa?? Mesti sebab nak buat air Milo cicah biskut kering

apasal tertunggeng pun tatau
ATAU

digunakan untuk masak Megi..


Tapi, aku dan Cik Rumet menggunakan kuasa Kettle Ajaib semaksimum dan se-optimum mungkin.. Sebab kitorang bukan sahaja rebus air, malah lebih dariapda tu.. Keh, keh, keh..

1. Rebus Hotdog/Sosej:


sosej cilok dr Mr. Google
Ni, kerja gila kitorang yang pertama. Masa tu ngidam nak makan hotdog. Kitorang beli sepaket, rebus dalam Kettle. Lepas tu, agih-agih bilik sebelah sebab banyak sangat. Hahaha.. Proses peneutralan rasa air rebusan adalah 3 hari sebab kettle dah tercemar.. Hahah..

2. Rebus Bendi/ Ulam-ulaman:


Rembat Mr. Google gak
Ni, Cik Rumet yang buat sebab beliau teringin sangat nak makan ulam rebus. Masuk je Bendi dalam kettle dan rebus seperti biasa. Rebus ala-ala macam dalam periuk jahh.. Tapi, air rebusan yang korang jerang lepas aktiviti ni rasa jamu abaq ang..Aku yang testimoni. Siot. Seminggu proses pembersihan semula kettle..

3. Panaskan Lauk pauk/ Kuah-muah/ Makanan yang seangkatan:


Ni, jangan gatal-gatal tuang isi lauk/ kuah dalam kettle.. Kompom korang layak campak je kettle tu. Kitorang rebus dengan plastik.. Sangatlah tidak sihat. Nak buat cam mana, hostel ni forbidden bawa rice cooker. Tu la kitorang guna kettle sungguh-sungguh.. :)

Gambar tunggang-langgang, tak sempat edit, Maaf. Quick Update.

Oh, ya.. Entri ni sebab aku nak mengenang jasa Mr. Kettle Cik Rumet yang telah menaburkan jasanya pada aku selama 4 Tahun.. Jangan risau, Mr. Kettle masih bernyawa hingga hari ini dan masih mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik..

AWAS: kalau korang dah buat macam-macam pada kettle, nak bersihkan pun macam-macam jugak. Kitorang terpaksa rebus air berulang-ulang kali untuk buang bau dan rasa yang melekat pada kettle. Macam mana?? Rebus, buang air rebusan, rebus semula, buang lagi, dan lagi berterusan selama beberapa hari..

Tak pe.. Ni kenangan dan pengalaman.. :)
*****

p/s: malam ni aku ada projek untuk gelandangan. InsyaAllah, aku update kalau berkesempatan. Doakan misi kami berjaya.. Amin.. :)

16 comments:

fadh leyanie said...

sama la beb,kettle zaman la ni bukan hanya untuk merebus air malah merebus telor,merebus ulam dan sbagainya..projek untuk gelandangan? macam best bunyiknya.:P

Farhana Sukre said...

memang kettle ajaib..hidup di asrama, macam tu lah..haha

Edy Fee said...

wah byki betul la yer kegunaan kettle. hahahaha ni kes duk asrama

Nong Andy said...

hahaha.. MEMANG GELAK TGK PIC YG TERTONGeng itu ahah

marcella said...

fadh:

betul tu..

erm, projek untuk gelandangan ni ada tiap-tiap hari. kita bagi mereka makanan..best tu best..insaf la jugak tengok dorang yang tido kat tepi jalan, kaki 5, bawah jambatan.. :(

marcella said...

farhana:

hahaha..tau takpe :)

marcella said...

edy fee:

hahaha..tu la..apa nak buat, kettle je yang ada :)

marcella said...

nong andy:

usah ditertawakan..kompius tengok gambar tu :P lalala

semutsengal said...

jenuh nak pusing kepala tengok gambar kau, tu bukan kettle ajaib, tu kettle multipurpose lah.


hihihih

marcella said...

anep:


hahaha..exercise sket..kettle multipurpose pun boleh jugak.. :)

Alieza Dayasari said...

hotdog pun boleh?

marcella said...

alieza dayasari:

boleh...cuba try test.. :)
hehehhe

Edy Fee said...

berbaloi baloi beli

Marcella said...

edy fee:

rugi lau takde..meh beli meh :)

Nysa Ariff Hazizan said...

Salam . nk tnya, kalo nak panaskan lauk pun kena masukkan air jgk ek dlm water heater tu? Sorry, soalan noob mungkin ��

Nysa Ariff Hazizan said...

Salam . nk tnya, kalo nak panaskan lauk pun kena masukkan air jgk ek dlm water heater tu? Sorry, soalan noob mungkin ��