Saturday, 23 June 2012

Antara Lampu dan Angin

Assalamualaikum..

Wassup.. Ya, aku mohom maaf sebab jarang update. Maklumlah, sekarang line tak berapa bagus. Makanya aku tak berkesempatan nak update.. *alasan apakah yang kau cuba berikan ni?? Klise ah.. Oh, ya, tu alasan semata.

Baiklah, sekarang kita masuk ke topik utama. Ya.. Antara lampu dan angin. Apa kaitannya?? Ada kaitannya.. Cerita ni, Enche Abah yang cerita masa aku kecik dulu.. Tapi, tak tahulah kalau kalian pernah mendengar ceritanya. Ceritanya begini...

Deng!! *efek gong

Al-kisah bermulanya cerita antara seorang penunggang motor dan polis. Kejadian dilaporkan berlaku pada malam hari dan ketika road-block dilakukan.

Polis: Opp, opp.. Setop!!

(efek brek motor berbunyi) Skreeetttt...

Penunggang motor: Apa pasai tahan sama saya?

Polis: Kenapa tara buka lampu?

Penunggang motor: Oh, apa guna mau buka lampu?? Sana lampu, sini lampu, suma lampu juga ada.. (merujuk pada lampu jalan yang ada)

Polis: Oh, ok.. Baiklah.

(Polis pun membongkokkan badannya lalu mengcangkung. Polis juga telah....)

Ssssstttttt....

Penunggang motor: EH!! Apa pasai pancit saya punya tayar?? (Tahan geram)

Polis: Oh... Apa guna mau angin? Sana angin, sini angin, suma angin juga ada..

Maka, terlepaslah penunggang tersebut daripada pihak polis. Tapi, penunggang tersebut juga terpaksa menerima hakikat yang tayar motornya tiada angin.. Hahaha..

Amaran:
1) Sila buka lampu kenderaan pada malam hari walaupun jalan raya mempunyai lampu jalan.
2) Jangan suka sangat menjawab..

Entri: Tiada motif

Sekian, Tamat.. Wassalam..

*****
p/s: cerita tersebut tidak sahih kebenarannya samaada betul terjadi atau rekaan semata.. :)

Lebiu olls.. :)

8 comments:

Nong Andy said...

hahahaha... bagus. menceriakan tengah malamku :)

terima kasih :)

Farhana Sukre said...

Sabarnya polis tu, tapi lagi sabar ayah hang nak usung moto tak ada angin..hahaha

manggosteen said...

cerita dongeng zaman sekolah.haha

fadh leyanie said...

kejadian menyayat hati.buat penunggang motor nah terimalah angin free dari aku,treet tong3..(kentot)

marcella said...

nong andy:


hehe..tenkiu,tenkiu, tenkiu :)

marcella said...

farhana sukre:


hoho..tapi, bukan ayah aku insan dalam kejadian tu.. :)

marcella said...

mangosteen:


haha..dongeng purba kala

marcella said...

fadh:


lu jangan nak buang angen kat sini..kang gua mintak bayaran.. hehehe