Thursday, 10 May 2012

Hidung


“Nyum, nyum.. Sedapnya lauk pauk ni,” ujar Tasha berselera.

“Erm, mestilah. Tengoklah air tangan siapa. Tambah lagi lauk tu,” balasku sambil tersenyum.

Sungguh berselera Tasha menjamu hidangan yang ada. Siap menjilat jari lagi.. Ya, hirup kuah tu Tasha, hirup, hirup lagi.. Memang sengaja aku sediakan semua lauk ni untukmu Tasha. ‘Kasih’ku padamu terlalu ‘dalam’ Tasha..

Blerrkkk...

Kedengaran bunyi sendawa Tasha. Wah, sudah kenyang, terus kau tersandar ya Tasha. Bagus, lagi mudah urusanku. Aku hadiahkan senyuman yang paling manis buat Tasha.

“Sedap Miah lauk kau tu.. Kangkung goreng kau memang ‘terangkat’. Belum pajeri nanas kau tu.. Perh!! Sedap siot. Oh ye, sambal kau tu lain macam sikit hari ni, tapi masih sedap gila ah,” kata Tasha bersungguh-sungguh siap dengan tangan membuat isyarat good lagi.

“Ye ke? Bukan selalu aku masak untuk kau. Kira berbaloi aku masak hari ni. Kena puji bagai,” balasku.

“Hari-hari cenggini, gemuk aku Miah,”

“Tak mungkin. Hari ni je Tasha,”
*****
            “Miah, tolong aku Miah. Argh!!!”

            “Kenapa kau ni Tasha?”

            “Gatal gila hidung aku ni. Muka pun. Ah, sudah. Apa kau bubuh dalam lauk tadi?”

            “Bubuh apa? Bahan masakanlah. Takkan racun pulak,”

            “Argh!! Gatalnya.. Hidung aku, muka aku, kulit aku.. Gatal.. Kau ada letak udang ke?”

            “Mana ada.. Sini aku tolong kau,”

Bukk!!

*****
            “Woi, buka mata kau tu Tasha,” sergahku sambil menunjal dahi Tasha.

            “Argh.. Aduh, sakitnya kepala aku,” adu Tasha perlahan sambil membuka mata.

            “Sakit? Lepas ni segala kesakitan dan derita gatal kau akan hilang,”

            “Kenapa aku berikat ni Miah?? Buka ikatan ni. Kau nak buat apa ni ha, bodoh?!” jerit Tasha. Aku hanya membalas soalan itu dengan gelakan yang sukar untuk Tasha mengertikan.

Kau panggil aku bodoh, Tasha?? Dasar perempuan tak sedar diri. Kau tunggu. Aku ada pengajaran untuk perangai kau yang tak beradab ni.. Hahahaha..

“Kau dah gila ke Miah?? Lepaskan ikatan aku ni. Miah!!” jeritnya lagi. Masih tidak kuendahkan jeritan itu. Aku hanya memandang tubuh yang sedang duduk terikat atas kerusi itu. Huh, sayang sekali. Kau sudah kelihatan tidak cantik lagi.

Perlahan-lahan aku berjalan ke arah Tasha yang sedang duduk itu. Aku senyum. Dia memandang benci. Takut atau lebih tepat. Aku rasa sangat berkuasa. Wajah yang angkuh itu sudah semakin kelam.

“Kau tau apa ni Tasha,” soalku sambil menunjukkan objek itu.

“Apa kau nak buat dengan pisau tu bodoh?,” soalnya kembali. Apa aku nak buat? Erm, ini...

Zett!!

            Serentak itu laungan Tasha bergema memenuhi ruang. Hahaha.. Nikmat sungguh kurasakan jeritan itu. Aku lihat darah keluar berjuraian membasahi blaus putih Tasha. Menitik-nitik darah mengalir dari wajahnya menuruni dagu dan terus ke dada blausnya. Ibarat mencurah-curah ke ladang gandum. Hahaha..

Rasakan!! Padan muka kau.

“Nah, ambil ni. Hilang dah gatal tadi kan?” soalku sambil tergelak kuat selepas kulemparkan hidung mancung Tasha ke pangkuannya. Terbeliak mata bundarnya. Menahan sakit atau menahan rasa terkejut, aku kurang pasti.

“Oh, nanti dulu. Gatal di bahagian lain pasti ada bukan? Sekejap,” tuturku sambil menuju ke arahnya. 

Sap!! Sap!! Sap!!

Ah, Tasha kelihatan sungguh ‘cantik’ dengan rias wajah yang sudah tersiat kulitnya. Melolong-lolong Tasha bagaikan nampak Si Polong. Teruja barangkali wajahnya di touch-up. Dan, sekian kalinya darah terus membasahi bajunya hingga bertukar menjadi merah. Baru cantik. Nampak garang dan berani. 

“Ap... Ap.. Apa kkk.. kau buat ni Miah?,” soalnya tergagap. Terlalu terharu mungkin.

Make-over kau la sayang,” jawabku meleret.

“Hei pompuan setan!! Kau tanya aku apa yang aku buat?? Aku buat ni sebab nak bagi kau kesedaran la bangang!!” jeritku sambil mencengkam rambutnya kuat. Terdongak-dongak Tasha.

“Kkkk... Ke.. Ke.. Kenapa?” tanya Tasha. Kenapa?? Apa punya bodoh soalan itu?

“Aku tak mungkin lupa kata-kata kau Tasha. Kau hina aku depan coursemate kita. Kau kata aku buruk sebab muka aku berjerawat, hidung aku penyek, pesek dan kulit aku gelap. Kau bangga sangat sebab hidung kau mancung kan?”

“Nah, kau tengok puas-puas hidung kau yang mancung ni,” jerkahku sambil menonyoh-nonyoh hidungnya yang sudah berpisah daripada wajahnya. Sudah pasti aku tonyoh di mukanya. Tergeleng-geleng Tasha. Lemah-lemah pun nak melawan lagi.

“Tengoklah bodoh!!” ujarku geram. Aii, degil pulak budak ni.

“Kkk.. Kau me.. me.. mang iblis,” ujar Tasha keras dengan bebola matanya menikan aku. Dengan wajah yang sudah rompong tanpa hidung dan kulit muka yang tersiat-siat pasti mengerikan sesiapa sahaja yang melihatnya. Buruknya rupa kau sekarang Tasha.

“Hahahahaha.. Ya!! Aku iblis sebab kaulah iblisnya!!”

“Aku sengaja letak udang kering banyak-banyak dalam pajeri tu. Tak cukup tu, sayur kangkung yang kau puji ‘terangkat’ tu aku letak belacan. Oh ya, sambal yang lain macam rasanya jugak aku letak udang. Kau alahan dengan udang kan?? Apa rasanya? Gatal lagi?”

Hahahaha.. 3 semester aku derita sebab kau. Kerana kau, aku dapat gelaran Miah Pesek. Sebab gelaran itu juga aku takde boyfriend. Aku tahu hidung aku tak mancung, tapi kau lupa aku tetap ada hati dan perasaan. Ah, derita hati aku tak berakhir setakat tengok kau macam ni Tasha. Sial!!

Terus kuhunuskan pisau tadi tepat ke dadanya. Lebih tepat ke jantungnya. Kubenamkan dengan sekuat rasa hatiku dan sehabis daya. Aku tekan lagi, dan lagi dan lagi hingga sampai ke hulunya. Sakit hatiku tak mungkin terbalas Tasha.

Kurenung wajah Tasha yang terbeliak matanya dan ternganga mulutnya itu. Huh, apa guna muka cantik dengan hidung mancung. Last-last, kau mati buruk jugak rupa kau Tasha. Aku ambil hidung mancung Tasha lalu kusumbatkan dalam mulutnya. Geram!!

“Makan kau hidung mancung kau ni!!” kataku terus berlalu meninggalkan Tasha keseorangan dalam pondok usang di pinggir hutan ini. Rest in peace Tasha...

                    Seremban- Seorang gadis telah ditangkap atas tuduhan membunuh rakannya dengan memotong hidung mangsa dan menyiat kulit wajah mangsa sebelum mangsa  ditikam di dada. Tertuduh dipercayai mengalami gangguan jiwa yang kronik.


*****
 p/s: Cerpen psiko aku yang pertama. Akhirnya berjaya juga menyiapkan. Maaf sebab tak ngeri & psiko mana pun..

18 comments:

Farhana Sukre said...

Mohon dialog si tasha dalam nada sengau..

Aku harap aku tak mimpi babak siat hidong tu..waaaa..ngeri siot..

Farhana Sukre said...

Amaran, ayat di bawah adalah skema:

Cerpen ni boleh guna imbas kembali, imbas kembali babak si Miah ni kena bahan dengan tasha dan geng2 tasha. Letak dialog yang berkesan. Nampak lebih dramatik. Hehe

Boleh tambah juga part macam mana dia masak, letak feel 'psiko'. (kalau ada sound effek lagi best) haha.

Apa pun, menarik. Bagi aku yang bersifat 'hati halus' - tak boleh tengok banyak darah ni, boleh meremangkan!

marcella said...

farhana:


aku pun fikir nak nak wat imbas kembali miah kena bahan tu, tapi aku malas nak tulis sebab nanti jadi panjang sangat..

sound efek?? nanti blog buruk ni berat..

suara sengau tasha: sila imagine sendiri.takde hal..

masak dengan feel psiko?? aku malas.hahaha..


terima kasih..saya akan pertimbangkan cadangan cik untuk cerpen yang akan datang.. :)

Farhana Sukre said...

maksud aku dengan kesan bunyi tu bukan pi bubuh bunyi dalam blog. Letak penceritaan ditambah dengan kesan bunyi. Cth:

Hilaian Miah sekuat guruh di langit tatkala melihat Tasha mengerang kesakitan..

contoh ja kot..aku pun masih belajar..

marcella said...

farhana:


oh..begitu..baiklah..

betul tu..baru rare..maklumlah, wat cerpen sebelumtido..mamai ja..

Nong Andy said...

wah! memang gila tekanan jiwa si Miah tu.. aku tak berani buat citer mcm ni hehe.. ampun aku tak berani :)

Nong Andy said...

aku rasa ko patut listkan cerpen ko kat tepi tu.. supaya mudah ku terjah hehehe...

marcella said...

nong andy:


hehehe..ni pun cubaan pertama..saja nak try..hehe..

jiwa dah sakit, semua boleh jadi..


list kat tepi?insyaAllah.. :)


thanks..

fizakamaludin said...

haha, NICE...

kalau saya wat macam tu boleh tak???

heee ~

marcella said...

fiza:


wat pe??meh akak wat dulu..


sap!! Sap!! Sap!!


domo tercabot.. :)

Bidadari Syurga said...

adoiiiii gila tul.... best...

♥ MS ♥ said...

siott. seriau gua baca. rasa ditikam tikam pun ada.

marcella said...

bidadari syurga:



gila??hehehe..


thanks :)

marcella said...

MS:


rasa ditikam?? dasat tu :)

terima kasih ye :)

fadh leyanie said...

pergh..aku dah terbayang2 kekejaman yg menghasut rakan tasha,ngeri..

marcella said...

fadh:


toksah ngeri sangat..kang kau trauma.. :)

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

oii.. oii.. hidung2 jgn sebut.. sensitip tau...

marcella said...

roy:


hahaha..eh,apa yang sensitipnya tu??huhu:)