Friday, 21 December 2012

Malang Berbau

Assalamualaikum...

Hiho guys.. Fuh.. Lama gila gua tak hapdet blog.. Eh, gua pulak.. Ok, sekarang aku nak share tentang MALANG.. Orang pernah kata "Malang Tidak Berbau". Tu semua ada benarnya..Yelah, siapa yang boleh tau dia bakal ditimpa bencana melainkan memang dia sengaja tempah bala.. Hahaha..

Tapi, baru-baru ni aku hampir juga la bau malang tu.. See.. "HAMPIR".. Tapi masih juga gua tak alert yang gua ni malang.. Eh, gua lagi.. mungkin mood panas masih ada lagi.. Apa yang gua pot-pet pot-pet, korang pun pening.. Ok, layanss..

1 hari tu, ini yang terjadi:


Jadi, gua pun pergi la NOVA.. Sila terbalikkan:


 So, gua soping-soping la banyak.. Nak mendapat "reghe" murah punya fasal.. Tapi, gua ada smell something:

 
Tak pernah gua beli perfume NOVA wangi cenggini sampai luar kotak.. Selalu gua beli "Wanita Dunia" takde bau kuat gini.. Tapi, masalahnya gua tak terus buka.. Yela, gua tak jakun a.k.a batak.. Lepas 2,3 hari, gua rasa terigin nak guna..

Sekali gua bukaaaa..............:


Denggg!!! Patut bau kuat semacam.. Kepala sudah putus dari badan bhaii.. Itu minyak sudah keluar.. Gua hira beli botol kosong.. Jilake.. Opps.. Maaf.

So, kesimpulannya.. Malang itu pun berbau. Sekian..
*****
Penyudahnya gua beli perfume cikai jugak. :)

Monday, 5 November 2012

Finally Final

Assalamualaikum..

Hello darlings, hot babes & handsome.

Waduh-waduh.. Ya ampun, lama sungguh tinggalkan darlings. Maklumlah, busy bergelar final year student kononnya. Tapi, hari ini dengan rasminya saya mengumumkan.... *bunyi cak lempang lempong

Berakhirnya Last Paper!!

Yeah, apalah sangat habis last paper kan? Aku takdelah happy sangat nak habis belajar ni sebab aku lepas ni dah tiada peluang nak berkasih senda gurau dengan classmates aku, Cik Rumet.. huuu..sobs..sobs.. Hari ni takde lukis-lukis.. *Kesian kena baca panjang-panjang..

OK, disebabkan aku memahami gelora dan gelodak perasaan nak baca berkajang-kajang, nah!! Aku bagi entry special.. 5 tahun 5 bulan aku bersama mereka. Bukan sekejap beb..huu.. *kesat hingus.ceit! Gambo~~~

My Mentor & Classmates

Fuhh... Kesegaran Nafas dengan mentos

Sebelum ni, aku dok busy fasal Seminar Kajian Tindakan. Yeah, nak membentang tesis dengan bilangan kami yang 5 kelas ni, memang azab nak mengabehkannya. Ada 93 orang, 93 intervensi yang aku dengar. Antara peserta + urusetia seminar:

Sebahagian "budak" major prasekolah

Lepas tu busy annual dinner.. Dalam kebasahan hujan, kami meredah kepekatan malam:

Last Annual Dinner

Then busy makan-makan dengan girlfriends:

Makan Sampai Lebammm: Flamming Shah Alam
Sila abaikan pinggan yang tinggal kulit udang, mangkuk yang tinggal sisa sup & tom yam, meja yang macam baru lepas melepaskan kebuluran.. Sila abaikan.. hahahaha..

Mangsa Kelaparan.. muehehehe

dan akhir sekali, aku nak berkongsi kegembiraan sebab selama 5 tahun setengah ni aku tak pernah dapat.. sob.sob.. Banjir da blog ni dari tadi dok sob..sob.. Well, sebahagian kegembiraan aku kat sini ialah dapat Dean List.. Dean list kat sini sekitar 3.85 baq anggg!!

Aku selaku pelajar yang corot ni memang tak merasa la. Cuma rezeki aku tahun ni dan Cik Rumet. Sama main game, sama tidoq sampai kejung, sama dapat, kira okay la. Hehehe.. Alhamdulillah, rezeki..


Ok.. Rasanya cukuplah nak ganti update yang tertunggak

Sunday, 9 September 2012

Mekap

Assalamualaikum..

Hiho guys.. Tajuk tu macam feminin pula ye?? Yela, aku ni perempuan, haruslah aku cakap pasal mekap. Tapi, zaman sekarang ni lelaki pun ada pakai alat solek, pakai BB cream.. Hehehe.. *Aku pun tak pakai BB cream :)

Aku bukan nak cerita fasal tutorial mekap ke, jenis-jenis mekap ke, mahupun teknik-teknik mekap. Nak cerita macam mana kalau aku pun tak pandai mekap. Takat keluar tepek bedak je. Nak meriah pakai la eye-liner dengan shadow. Dah.

Apa yang aku nak cerita sikit sebenarnya ialah kuasa mekap. Pasai apa?? Pasai ni la..


Normal la bila keluar nak gi jalan ke, kelas ke, kenduri ke, melawa.. Tapi yang tak normalnya bila tak melawa.. Ada sorang adik sedara aku ni boleh komen aku cakap gini:

Budak kenit: Eii akak.. Muka akak..
Aku: Dah, kenapa dengan muka akak??
Budak Kenit: Macam hantu!! Mata hitam.. *dengan jujur
Aku: HA??!!! *dengg!! emosi up side down..


Yela.. Dengan eye bag lagi, jururawat jerawat lagi, parut-parut jujerawat, tona wajah yang tidak sekata, memang harus la dia kata gitu.. Tapi, kalau cakap huduh pun, aku boleh terima. Ni kata aku macam hantu. Anak murid aku pun pernah kata dulu muka aku cam hantu sebab hari tu memang muka aku cam zombi pun.. Hahaha..

Tapi adakah ini tafsiran mereka??


Atau ini??


Tapi aku anggap jela, walaupun aku kusut masai, serabut macam hantu kak limah pun, aku still gojess..wahaha..

Percubaan pertama lepas lama dah tak lukis doodle guna paint..hahaha

Apa pun, syukurilah apa yang ada pada diri kerana cukup sifat. Alhamdulillah. :)
Yakin pada diri, Malaysia Boleh.. eh??
*****
Sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan dan ciptaan Allah yang sempurna :)
Bye guys..lebiuu :)

Tuesday, 4 September 2012

Aku Sepasang Kasut

Assalamualaikum..

Apa khabar semua??
Sihat??
Dah makan??
Raya hari tu dapat kumpul banyak duit raya ke??

Alhamdulillah..

Aku sepasang kasut. Aku adik-beradik dengan tayar sebab aku dari baka yang sama, iaitu getah. Well, jenama aku pun Dunlop. Aku ni hemsem kasutnya. Smart, elegan dengan potongan yang sporty serta empuk dan anjal. Gituuu!!


Al- maklumlah, aku ni sejenis kasut sukan.Saat kali pertama tuan aku terpandang aku, beliau sudah jatuh cinta. Apabila beliau 'menerai' test aku, beliau semakin teruja dengan aku. Yela, sedap je kaki beliau dialas badanku. Warnaku yang memukau juga mengagumkan beliau.

Tuan aku jaga aku bagai binatang minyak yang penuh. Selepas khidmat aku digunakan, beliau letak aku pada rak kasut dengan cantik. Kadangkala, apabila Cik Rumet beliau meminjam khidmatku, berbagai pesanan beliau supaya aku dijaga rapi. Beliau guna aku untuk semua aktiviti beliau. Jogging, lari pecut, skipping, berpendidikan jasmani, berjalan, dan malahan baru-baru ini aku digunakan untuk pulang ke kampung.


Tapi, manisnya madu penjagaan yang beliau beri padaku hanyalah pada ketika awal hubungan kami sahaja. Sudah berapa lama beliau "lanyak" aku, beliau tak pernah membasuh aku. Alasannya, kasut beliau yang terdahulu banyak yang "barai" sebab beliau terlebih rajin basuh kasut. Habis jadi 'crocodile' sebab koyak, menganga kasutnya.

Mengapa aku menjadi mangsanya?? Bau badanku sudah, uh..tak perlu aku cakap. Mujur baru-baru ni beliau ada kesedaran sivik yang tinggi. Beliau basuh aku sebelum beliau pulang berhari raya. Takpe, aku anggap ini hadiah syawal dan kemerdekaan padaku. =.='

Sebenarnya point utama aku ialah, beliau merasa kurang enak menggunakan khidmatku kini. Ini semua gara-gara:

A: Awak ni suka hiking ke??
Tuan aku: Takdelah. Kenapa?
A: Kasut awak tu..
Tuan aku: 'demm' (dalam hati- sambil nak sorok aku)

Tergores hatiku.. Itulah, masa beli aku tak tanya aku ni kasut jenis apa.. Dah lanyak aku berbulan-bulan makan tahun, sekarang baru sedar takde jodoh?? Ingat aku ni apa?? Habis madu sepah dibuang, join dengan Jepp dan Shuib masuk Kumpulan Sepah. Melalut pulak.

Aku ni sejenis Kasut Hiking. Ya.. kasut yang orang guna nak mendaki bukit, gunung. Tuan aku ni pompuan, apa dia tau. Asal nampak je, terus rembat.


Itu sahajalah ceita aku sebagai sepasang kasut. Sedih bila mengenangkan nasib diri aku ni.. Tapi lagi sedih dengan tuan aku.. Sengal ya amat!!

******
Aku rasa, kalau tulisan ni dalam exam UPSR sure BM gagal woo :)

Wednesday, 15 August 2012

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum.

Indahnya sungguh di hari raya,
ramainya orang bersuka ria,
adikku manis cantik bergaya,
bolehkah abang ikut bersama.....

Lalalalala~~

opss..terlebih sudah..
 
Sempena bulan Ramadhan mulia ini,
yang sudah menghampiri penghujung nikmat keberkatannya,
marilah kita bersama-sama,
menggandakan usaha untuk mencapai keredhaan-Nya..

Dikesempatan ini, sepuluh jari kususun rapat,
ingin memohon keampunan,
andai ada salah dan silap,
andai ada yang terguris hati dan rasa,
sepanjang membaca coretan ini.

Kata orang, terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kereta boleh reverse or u-turn,
terlajak kata, "ni makan dia"!!!
akhir kalam:
 
Cantik sungguh berbaju kebaya,
Kebaya dipakai pergi ke pekan,
Ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,
Salah dan silap harap dimaafkan
.


Tuesday, 7 August 2012

Aktiviti Bersama Cik Rumet

Assalamualaikum..

Hai uolls.. Sihat?? Puasa apa cerita?? Ok?? Berapa hari dah ponteng?? Penuh?? Alhamdulillah..

Ok la.Sebelum merepek meraban lebih jauh, aku terus terjah point utama la ye.. Erm tengok tajuk pun dah tau yang aku nak cerita tentang Cik Rumet.. Cik Rumet ni seorang yang istimewa bagi aku.. Lebih daripada rumet.. Dialah tempat aku mengadu domba, bermanja, bertekak.. Dia dah macam ahli keluarga..

Cik Rumet dengan aku dah menjalin hubungan selama 4 tahun.. Selama 4 tahun ni dah macam-macam yang kami tempuhi.. Cewah!! Gaya macam hubungan terlarang plak.. Hahaha.. Yela, orang lain mungkin tukar-tukar rumet.. Aku dengan rumet aku, 4 tahun hidup sebilik dan 1 tahun hidup 1 tingkat (berjiran.) Total, 5 tahun la.. Wa!!

AWAS: INI ENTRI YANG PALING BANYAK GAMBARNYA.. SELAMAT MELOADING.. :)

 Banyak aktiviti yang kami buat bersama selain "Tido aje kojenya.." hehehe.. Antaranya ialah:


1. Mengurut:



2. "Cleaning Services"


Ya.. Cik Rumet ni memang suka korek telinga aku.. Ahli keluarga sendiri pun belum tentu sanggup.. Ah, suka hati korang la nak pikir geli ke, kotor ke, apa ke.. Bukan aku yang minta.. Cik Rumet yang offer..

CR: Awok.. meh ah sini.. Saya nok korek telinga awok ni..
MD: Malas ah.. Esok- esok la..
CR: Saya tengah rajin ni awok.. Esok, malah doh..
MD: ermm~~~ *sedang diservis telinganya.. euww..hahaaha


3. Solat Jemaah:



4. Main Game:


Aku dengan Cik Rumet memang pemain game tegar.. Tapi, bukan la game tembak-tembak ke hape.. Game bodoh-bodoh yang untuk kanak-kanak naif pun kitorang layan.. Tak kisah la.. Janji game.. Buat assignment 5 baris, main game 1 jam.. hehehe..


5. "Dating"- Soping, Makan, Jenjalan:


Ni kira pakej ber"in" 1 la.. Kalau dah berjalan tu, mesti ada benda yang dibeli dan mesti ada slot makan-makan.. Yedak?? hehehe.. Tapi, satu persamaan aku dengan Cik Rumet ialah, kami ni malas keluar dan jalan-jalan.. Apatah lagi window shopping.. Ramadhan kali ni, sekalipun kami tak pernah jejak kat bazar ramadhan lagi.. Ish..

So, memandangkan tempoh kami bersama tinggal beberapa bulan je lagi, aku dedikasikan entri kali ini KHAS untuk CIK RUMET yang TERSAYANG.. Awak, terima kasih kerana sudi hidup dengan saya selama 4 tahun dan bersabar dengan setiap kerenah saya.. Saya tahu saya ni bukan betul sangat kepalanya.. Mungkin ada masa awak rimas atau bengang dengan saya, tapi awak tak pernah lost temper pada saya.. Terima Kasih awak.. Hanya Allah yang mampu membalas semua kebaikan awak pada saya :) Tapi, bila saya nangis tak tentu hala, awak biarkan je saya?? =.='


Last!! Aku revealed la Cik Rumet.. Suka?? Suka?? Suka??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Aku Skandal :)
Sori guys.. Tak boleh dedahkan sebab TOP SECRET.. Itu pasailah SULIT.. kehkehkeh.. :)
Thanks sudi baca :)
*****
p/s: Lepas ni nak buat entri dedicated pada blogger yang banyak menyokong aku pada awal penglibatan aku dalam dunia blogging :) tapi, tunggu dulu la yea gengs..

Wassalam :)

Thursday, 2 August 2012

Prihatin/ jadi perhatian??

Assalamualaikum..

Wah, aku merasakan yang aku ni semenjak dua menjak tiga empat lima menjak ni, bahasa semakin skema seperti ingin mengambil ujian.. Eh,eh..Lihatlah.. =.='

Tengok tajuk pun tau dah.. Kepala sekarang dah tak reti nak bermadah puitis, cari tajuk yang sweet or apa pun..

Oh, ya.. Entri kali ni mengenang zaman aku berpraktikal hari tu. Entah, malam ini teringat kat "anak-anak". Jadi, aku perasan yang mereka ni sebenarnya agak prihatian jugak. Persoalannya, mereka yang prihatin atau aku yang menjadi perhatian mereka??

Yela, terkadang hati ini bajet juga seperti retis. Haha..

Contoh:

1. Melawa:


Ha, yang ni pantang aku melaram sikit. Ada je yang nak menegur, nak mengomen dan mengurat memuji. Puji tudung la, brooch la, baju la, mekap la.. Kadang, stokin aku koyak pun mereka ni tegur.. Bukan tegur je, siap buat pakatan mengutuk beramai-ramai serta ketawa.. Ciss =.='


2. Baju sukan:


Yang ni, mereka paham dah. Kalau aku pakai baju-T, mereka main kat padang pagi tu. Dalam erti kata lain, mereka ada kelas pendidikan jasmani la. Main sukaneka ke, kemahiran-kemahiran asas ke. Tapi, pernah jadi aku pakai baju-T, tapi mereka tak bersenam. Kompius dan penuh tanda tanya serta ketidakpuashatian je mereka sebab tak dapat main kat padang atau taman. Yela, aku heboh nak siapkan projek Rumah Hijau tanam sayur tu. Takkan nak bertukang pakai baju kurung kan??


3. Simple a.k.a sempoii


Baca dialog kat atas. Bukan tu aje, banyak pertanyaan lain lagi. Malas pulak nak taip..hahahahaha :D
Sayang, ada hari cikgu malas nak bergaya, berfesyen, bermekap & bercantik-cantik.. Sebenarnya kalau cikgu simple, muka macam zombie tu, tanda cikgu lewat bangun & kesuntukan masa untuk bersiap. hahahahaha :)

Sekian.

Hari terakhir, 1 hari sebelum puasa
Tatapan: Mereka bukan casting Zombie Kampung Pisang.. Ini party liar suka-suka sukaneka main tepung yang akhirnya bertukar menjadi perang tepung. Dengan aku-aku kena serang dengan dorang.. :P
Jika korang bijak, cari mana aku..




* tak payah cari aku sebab aku yang snap gambar ni..hahahaha

Wednesday, 1 August 2012

Nite

Assalamualaikum..


Hari tanpa kata:




p/s: setelah sekian lama tak lukis guna paint..maaf..huduh :)

Tuesday, 24 July 2012

Mitos, Bida'ah, @ Apekah???

Assalamualaikum..

Apa khabar?? Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan, Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa..


Tak payah nak intro bagai yang konon blog berhabuk, bizi la, apa la kan?? Kita terus masuk isi-isi penting je.. <-- Ini pun intro jugak kan?? =.='

Ok, masa aku zaman persekolahan yang hingus selet kat tudung *tipu je, kita pernah tak dengar ungkapan "JANGAN bla,bla,bla, NANTI bla, bla, bla".. *bla, bla, bla tu ada ayatnya.. Pernah tak?? Erm, masa tu aku tak terpikir kalau itu adalah mitos, khayalan, momokan, bida'ah, dongeng atau apakah?? Yang penting aku hampir percaya juga.. Bodoh Tenuk jugak aku ni.. Ok, contohnya:


1. Payung:

"Jangan pakai payung dalam rumah,
nanti kepala berkuping"
 Wohoho..aku mencari relevan pakai payung dengan kepala berkudis.. Mungkin "mereka" berkata sedemikian sebab mahu mengelakkan kemalangan. Yola, payung tu kan bahayo, ado tajam-tajam bosi ae tuh..

2. Pelangi:
*harap maaf. kesilapan teknikal

"Jangan tunjuk pelangi,
nanti jari kudung"
Yang ini, masa aku berumur 13 tahun ada seorang insan yang cakap. Aku tengah eksaited nampak pelangi, aku tunjuk la.Buleh lak dia kata gitu. Mau aku tak takut.. Haruslah.. Terus aku sorok jari aku =.='

3. Gagak:

"Jangan tiru bunyi gagak, aak, aak, aak, (*sila buat sound effect)
nanti mulut luka"
*malas hurai

4. Lidi:

"Jangan bakar lidi,
nanti telinga luka.
ni luka tang cuping tu.. *malas lagi nak hurai

*****
So, pernah tak kalian mendengar apa-apa omongan seperti itu mahupun yang lainnya??? ('',)

Sekian, tamat.  heeee :)


p/s: Selamat beramal :)

Tuesday, 10 July 2012

Project ft Monkey

Assalamualaikum

Wassup Uollss.
Ye, kebiziam aku dalam internship dan kemalasan aku adalah punca utama.. :)

Ok, tamau kona-kona.. Kita straight je cerita.. Internship ni, my friends and I cewah!! buat projek. 3 projek merangkumi 1 projek grouping mega punya dan 2 projek kecil.

Nah!!

apa yang penting, KERJASAMA!!

Gambar atas ni merupakan projek mega kami iaitu membina rumah hijau.. Huih, penat toksah kira.. Berapa banyak peluh jantan aku menitik.. =.='

Angkut kayu, gali lubang, gergaji kayu, tanggam kayu, paku pakis memaku, eh, banyak la.. :) Tapi, bohonglah aku cakap aku buat sorang kan?? Hahaha.. Apa tak nampak gambar yang masing-masing buat kerja??

Maka, demi kenangan ni, aku edit guna perisian Gambar Monyet ni untuk tolong meringankan kerja.. Sila cuba :) ---> Malas taip

Sekian. Wassalam. Bye uollss.. Muahs :)
*****

p/s: cuba update entri jugak :)

Friday, 6 July 2012

Homeless...

Assalamualaikum..

Hi sexy boys, macho girls.. :)

Hari tu aku pernah cakap yang aku akan update entri tentang homeless a.k.a Gelandangan a.k.a orang yang tiada berumah hidup di jalanan.

Ya, agak lambat sikit sebab aku tiada gambar dan harus menunggu kelulusan dahulu daripada Saudara Fairul ni untuk mengunakan gambar-gambar yang di klik si hemsem DSLR. Haha.. Ok, mari serius sikit.

AWAS: Entri agak panjang, berat dan segala mungkin yang boleh mendatangkan perasaan.

Jangan kata di Kuala Lumpur ini, tiada insan yang merempat di jalanan. I've seen it with my eyes. Mereka bukanlah semuanya penagih dadah, atau apa-apa tanggapan negatif. Mereka hanyalah insan yang mempunyai masalah tertentu yang telah mengheret mereka ke situ.

Jam 12 tengah malam, kami bergerak ke lokasi tertentu. Sepanjang itu, aku melihat ada yang tidur di jalanan, di bawah jambatan, di dataran dan di kaki lima. Mereka beralaskan kotak, berbantalkan beg pakaian dan hanya diselimuti angin malam.

Sorotan Gambar

Taklimat sebelum penghantaran

Antara yang terlibat






Mat Salleh dalam gambar 1 tu merupakan insan yang menganjurkan program ni. Beliau ialah Peter, telah memeluk Islam dan menganjurkan program Reach Out ini. Beliau mengatakan bahawa ini bukan charity kerana beliau melakukan ini bagi membantu mereka keluar dari kepompong masalah yang membelenggu mereka.

Food for homeless merupakan satu langkah bagi mendekati mereka, mengenali mereka dan membantu mereka. Reach out berjaya membawa mereka keluar dari dunia gelandangan, memberi mereka kerja, dan membantu segala keperluan fisiologi mereka. Seramai 98% daripada 400 orang gelandangan berjaya keluar dari "kawasan itu". Hanya 2% yang kembali menjadi gelandangan.

*****
Peter kata, kalau mereka tidur jangan dikejutkan. Letak sahaja makanan dan mereka akan automatik bangun dan makan. It's true!! Tengok gambar di atas. Hati aku rasa sayu melihat kebanyakan gelandangan ialah WARGA EMAS. Kebanyakan mereka juga FASIH BERBAHASA INGGERIS dan sempoi je SEMBANG dengan Peter. Kagum gila aku tengok. Aku pun tak berani nak sembang dengan Peter cause my english is Oh My English!! :)

Hati ini juga dijentik hiba apabila mereka menerima bungkusan makanan dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Cuma sebahagian yang agak rakus dan mengeluh. Aku anggap yang mereka tu lapar sangat. Ikut hati yang jahat nak je aku cakap tak reti bersyukur. Haish!!

Ada juga insiden mencuit hati aku di mana ada gelandangan yang dengki sesama sendiri.
Gelandangan 1: Dik, yang ada payung tu tak payah bagi. Tak payah bagi. Ha, yang payung tu.
Aku: *terkedu, heran, tahan tawa dan senyum.
Gelandangan 2: *buat bodoh, buat tak dengar.

Semasa mengedarkan makanan, aku lihat ada juga beberapa bekas makanan di sisi mereka. Menurut Peter, makanan tersebut tidak halal dan ada juga yang berasaskan sayuran sahaja. Sebab itu, semasa makanan kami bertukar tangan, mereka terus makan. Itu kenyataan. Ada juga yang menolak apabila kami beri tapi kebanyakan yang tidak tidur lagi terus makan.

Oh ya!! Aku rasa ada antara mereka yang dijadikan mangsa sindiket meminta sedekah. Aku harap aku tersalah tafsir dan mata aku menipu dan menidakkan apa yang aku lihat. Semasa kami baru tiba di 1 lokasi, aku lihat ada beberapa lelaki berhelmet hanya tunggu di tepi dengan gelisah. Semasa kami ingin pulang ke kawasan lelaki helmet berdiri, aku nampak lelaki helmet suluh lampu pada seorang gelandangan dan kejutkan gelandangan itu bangun. Gelandangan tu membuka plastik yang di dalamnya mempunyai sampul berisi wang dan memberi kepada lelaki helmet. Ikut hati yang rasa ingin tahu membuak-buak, nak je aku pergi dekat. Tapi, keselamatan tu penting. Aku buat tak nampak je dan terus berjalan. Nak beritahu Peter pun mulut aku seperti terkunci. Dayus gila aku ni. =.='

Program ini berjalan setiap hari dan pada weekend, jadual masa program dilanjutkan hingga 2 atau 3 pagi. Kepada sesiapa yang ingin join boleh join. Aku sertai program ini bawah Majlis Belia Malaysia (MBM). Keselamatan dijamin sebab bergerak dalam kelompok dan tidak berpecah. Bergerak ke lokasi tertentu juga menggunakan kenderaan melainkan menggunakan kudrat kaki semasa mengedar makanan.

Last but not least. Haiwan peliharaan gelandangan di bawah jambatan CM:
Cuba teka hewan apakah itu???
*****
p/s: Entri carca marba seiring dengan hati sebab aku nak cerita semua, tapi terlalu banyak. Maka, alamilah sendiri. Barulah anda boleh rasa dan kata apa sahaja. :)

Saturday, 30 June 2012

Kettle Serba Guna

Assalamualaikum..

Yo, Wassup?? Erm, tengok tajum macam ala-ala Doaremon.. Aku percaya, kebanyakan yang duduk hostel mesti ada kettle tak kisahlah sendirian berhad, rumet, dorm mates, floor mates, classmates, dan mates-mates yang lain..

Dalam hal aku, Kettle ni, Cik Rumet yang punya.. Aku hanya menumpang kesenangan beliau. Entri ni aku dedikasikan kepada Cik Rumet dan Kettle Ajaibnya.. Kelas ayat aku Jahh..

Ok, cerita fasal Kettle, apa aktiviti korang dengan kettle??? Ye..aku paham.

Ketle Ajaib Cik Rumet

Rebus Air:

Ya, ni kegunaan utama Mr. Kettle. Yedak?? Rebus air ni sebab nak buat apa?? Mesti sebab nak buat air Milo cicah biskut kering

apasal tertunggeng pun tatau
ATAU

digunakan untuk masak Megi..


Tapi, aku dan Cik Rumet menggunakan kuasa Kettle Ajaib semaksimum dan se-optimum mungkin.. Sebab kitorang bukan sahaja rebus air, malah lebih dariapda tu.. Keh, keh, keh..

1. Rebus Hotdog/Sosej:


sosej cilok dr Mr. Google
Ni, kerja gila kitorang yang pertama. Masa tu ngidam nak makan hotdog. Kitorang beli sepaket, rebus dalam Kettle. Lepas tu, agih-agih bilik sebelah sebab banyak sangat. Hahaha.. Proses peneutralan rasa air rebusan adalah 3 hari sebab kettle dah tercemar.. Hahah..

2. Rebus Bendi/ Ulam-ulaman:


Rembat Mr. Google gak
Ni, Cik Rumet yang buat sebab beliau teringin sangat nak makan ulam rebus. Masuk je Bendi dalam kettle dan rebus seperti biasa. Rebus ala-ala macam dalam periuk jahh.. Tapi, air rebusan yang korang jerang lepas aktiviti ni rasa jamu abaq ang..Aku yang testimoni. Siot. Seminggu proses pembersihan semula kettle..

3. Panaskan Lauk pauk/ Kuah-muah/ Makanan yang seangkatan:


Ni, jangan gatal-gatal tuang isi lauk/ kuah dalam kettle.. Kompom korang layak campak je kettle tu. Kitorang rebus dengan plastik.. Sangatlah tidak sihat. Nak buat cam mana, hostel ni forbidden bawa rice cooker. Tu la kitorang guna kettle sungguh-sungguh.. :)

Gambar tunggang-langgang, tak sempat edit, Maaf. Quick Update.

Oh, ya.. Entri ni sebab aku nak mengenang jasa Mr. Kettle Cik Rumet yang telah menaburkan jasanya pada aku selama 4 Tahun.. Jangan risau, Mr. Kettle masih bernyawa hingga hari ini dan masih mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik..

AWAS: kalau korang dah buat macam-macam pada kettle, nak bersihkan pun macam-macam jugak. Kitorang terpaksa rebus air berulang-ulang kali untuk buang bau dan rasa yang melekat pada kettle. Macam mana?? Rebus, buang air rebusan, rebus semula, buang lagi, dan lagi berterusan selama beberapa hari..

Tak pe.. Ni kenangan dan pengalaman.. :)
*****

p/s: malam ni aku ada projek untuk gelandangan. InsyaAllah, aku update kalau berkesempatan. Doakan misi kami berjaya.. Amin.. :)