Friday, 28 October 2011

Menyakat Adik

Assalamualaikum..

Dengan penuh kelajuam kuasa kuda laut, aku wat entri ni sambil mata tengok keyboard, skrin laptop, dan skrip tv.. Telinga pula dengar suara kat TV.. Maharaja Lawak Mega dah start.. Cakap pasal rancangan ni, adik aku beria-ria nak tengok, tapi malangnya dia tak dapat balik sebab ada bengkel esok kat sekolah dia.. buidak hostel, standard la kan..

Dengan mukadimah pengenalan perenggan pertama yangsuper duper panjang dan merepek.. Sabar.. Jap.. OK..OK.. Aku teringat pulak kat adik aku bila tengok TV ni.. Jadi, sebagai bukti aku ingat, aku buat entri tentang dia.. Ni, flashback masa kitorang kecil ye..

Hai.. Saya Marcella. Ni adik saya,  Budak Mengada..

Profil
Nama: Dirahsiakan..
Umur: Muda 6 tahun
Jantina: Lelaki
Kegemaran: Menangis je kojenya..

Ok, berbalik kepada topik asal. Masa kecil, adik aku opkos duduk dengan aku sebab mak aku kerja. Jadi, sepeninggalannya dia dengan aku, kerjanya kena sakat je.. Peristiwa ni berlaku gara-gara dia cerah macam anak cina masa kecik. Tapi bila da besar aku yang cerah sebab aku guna fair n lovely berkontena.. Hahaha..

Jangan tertipu, gambar ni saja aku wat efek cerah. Tak nak ada diskriminasi.. Hahaha.. Sila percaya, ni semua takde unsur dengki, busuk hati dan sebagainya.. hehehe..

1. Menuduh:


2. Memulangkan:

Lanjutan yang atas, senang aku nak auta.. Apalagi..Melalak...

3. Menyamar:

Dengan menyamar sebagai hantu, rambut dikusutkan, muak ditepek bedak ibarat tepung gomak, dan buat efek darah dengan pensil warna Luna yang dicelup pada air.. hahaha..

4. Mengejut- Cak, Cak:
Ni memang hobi aku.. memeranjatkan orang..
*****
Aku budak baik..(Sila percaya..) hehehe..
p/s: aku tak rindu adik aku..aku teringat je.. berbeza kan.. hahaha..

Selamat Berhujung Minggu

Tuesday, 18 October 2011

Standard lah tu..

Assalamualikum... Hai..

Manusia ni sukar untuk difahami.. Bila ada A, nak B.. Bila dapat B, nak A balik.. Apa yang aku merepek petang-petang ni?? Aku pun tak faham.. Haha..

Bila ada kelas, ada kuliah, gini ragamnya...


Tapi..

Bila takde kelas, takde kuliah, gini pula mintanya..


*****
Tapi, standard lah tu kan.. =)

p/s:esok aku ada amali keyboard.. cet!! wish me luck... =)

Tuesday, 11 October 2011

Buku Teks

Assalamualaikum...

Ye, aku faham. Aku agak bersopan setelah sekian lama biarkan blog ni berhabuk.. Nak buat macam mana, busy nak jadi musician.. Okeh, hari ni aku nak share satu cerita..


Dulu masa sekolah, kita semua dapat buku teks pinjaman. Kan?? Tak de?? Ok, kamu orang kaya, tu tak dapat pinjaman. Berbalik kepada ceritanya:

Pada suatu hari yang indah, aku dan rakanku pulang lewat hari itu. Sudah menjadi hobi kami pulang lewat kerana kami membuat ulang kaji bersama-sama. Kawan aku tu opkos perempuan okeh.. Jadi, setelah tamat dan penat mencari ilmu (cewah), kami pun ingin pulang.

Namun, mataku tertancap akan sesuatu objek di bawah meja salah seorang penghuni kelas itu. Wow, ini meja budak baharu yang baru mendaftar. (harap maklum, pemilik meja ini seorang lelaki, agak tamapan, bijak dan memenuhi kriteria idaman gadis sekolah)..hahaha..

Jadi, dengan penuh kerajinan dan baik hatinya aku mengambil buku itu. Eh, dalam diri aku ni memang penuh dengan sifat-sifat terpuji tau.. Bukan ada sebab lain mahupun niat "udang disebalik batu". Dalam kepala aku ni dok pikir kalau buku ni kena rampas, kesian budak tu. Dah la baru sampai, kang kena denda lagi. Rosak reputasi. (aku memang jaga betul bab-bab reputasi ni).. So, aku kutip la buku tu dengan niat nak pulangkan. mungkin dia tertinggal bawah meja.

Maka, nak menunjukkan yang aku ni memang takde niat lain, aku tengok la meja lain kot2 ada lagi insan lain yang tinggalkan buku. Kalau aku tahu rumah budak2 ni, aku tolong hantar. Kalau tak tahu, aku sorokkan la tempat yang selamat. Aku ni kan pelajar yang berdedikasi dan pengawas yang baik hati..
Tapi, takde pun yang tinggal buku melainkan budak tu je. Jadi, aku pun minta tolong kawan aku ni hantar buku ni dulu sebelum hantar aku. Oh, aku tumpang kawan aku ni gi sekolah sebab dia bawa motor. BIla sampai kat rumah mamat ni, dengan penuh semangat aku bagi salam.

"Assalamualaikum... A(nama hadapan sahaja),"

"Waalaikumussalam..." mak A jawab.

"A ada makcik?? Dia tertinggal buku. Saya nak pulangkan," kaedah aku ni..padahal boleh je bagi kat mak dia..

Pastu, A pun kuar and aku pun bagi buku tu siap dengan pesanan ikhlas:

"Jangan tinggal buku bawah meja lagi"
*****
Selepas beberapa tahun.. baru-baru ni aku terbaca blog yang pemiliknya cakap yang beliau memang suka tinggal buku teks bawah meja sebab malas nak bawa balik rumah..

Oh. NO!!!!! Apa yang aku buat dulu tu??? Ceh..ceh...

So, itu namanya baik dan rajin tak bertempat. Bila pikir balik, bodohnya aku ni.. Ntah apa la perasaan A masa aku pulangkan buku tu.. Terharu ke, marah ke, bengang ke, apa ke?? Aku pun kompius lagi ni..

Mana satu??
*****
Maaf la kalau entri ni membosankan..

p/s: kepada A, aku minta maaf. memang takde niat lain seprti mahu mengorat ko ke apa. jadi, jangan salah paham, dan maafkan aku atas sifat aku yang naif tu ye...

Wednesday, 5 October 2011