Friday, 23 September 2011

Parenting

Assalamualaikum..

Update dengan kadar segera kerana kejar masa. Nepe tiba-tiba parenting ni? Dah gataii sangat nak kawen?? atau nak dapat baby?? Salah, semuanya salah..Okeh.. Apa itu gaya keibubapaan?? Gaya keibubapaan a.k.a. Parenting Style kata omputeh.. Kenapa aku sibuk-sibuk ni?? Saje nak bajet, semester ni aku belajar tentang keibubapaan..hahaha..Okeh, hentikan repekan.. Layan penerangan berserta gambar untuk kefahaman yang lebih jelas. Cewah!!..=)

Mari kilta lihat apakah gaya ibu bapa yang ada sebenarnya??

1. Autoritarian

Gaya ini mengharapkan kanak-kanak mengikut segala peraturan ketat yang dirangka oleh ibu bapa. Kegagalan mengikut peraturan mengakibatkan hukuman. Ciri-ciri:
  • Autokratik
  • Asertif
  • Mengongkong
  • Strict
  • Rigid
  • Kurang fleksibel
  • Gemar memberi hukuman tanpa penjelasan atau rasional
  • High demands
  • Kurang responsif

2. Autoritatif

Gaya ini: Ibu bapa menyatakan peraturan dan guideline kepada anak seperti gaya autoritarian, namun lebih fleksibel dan demokratik. Ciri-ciri:
  • demokratik
  • responsif
  • asertif
  • nurturing & forgiving rather than punishment
  • supportive
  • cooperative
  • fleksibel
  • mendengar & menerima luahan/ pendapat anak

3. Permissif

Gaya ini: dikenali juga sebagai indulgent parents. (bukan chocolate indulgent kat secret resipi). Mereka kurang demands dan lebih responsif. Kebanyakan gaya ini menyebabkan anak menjadi spoiled. Ciri-ciri:
  • bersifat terbuka
  • supportive
  • respectful
  • too lenient
  • too time-consuming
  • mengelakkan konfrontasi
  • tidak memerlukan tingkah laku yang matang
  • kurang disiplin
  • lebih menjadi rakan kepada kanak-kanak daripada ibu bapa.
*****
Jadi, fikirlah sebaik-baiknya.. Bukan senang nak menjadi ibu bapa. Parenting ni bergantung juga kepada keadaan semasa, situasi, dan jenis anak tu. Ni, pendapat aku la. Tapi, yang penting, jadilah ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Cuma, perlu ingat. Anak ni, masa kanak-kanak kita perlu bertindak sebagai ibu bapa, bersikap tegas dan penyayang. Ibu bapa menjadi kawan kepad anak-anak apabila anak-anak menginjak usia remaja..

Jadi, fikir-fikir kan dan selamat mengaplikasi..=)

Thursday, 8 September 2011

Raya, Raya, Raya

Assalamualaikum...

Masih tidak terlewat untuk aku ucapkan

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Aku meyusun jari memohon kemaafan andai ada silap dan salah sepanjang aku berbelog. Mungkin ada tulisan enrti aku yang menggores hati dan perasaan kalian secara tidak sengaja. Atau mungkin juga ada komen aku yang tak berapa center yang mengecilkan hati korang.

Ok, musim-musim raya ni orang memang tak habis cerita hal raya. Baju raya, kasut raya, bertandang raya, duit raya.. Cakap bab duit raya, aku rasa raya tahun ni paling best beraya kategori Bukan Kanak-Kanak Lagi. Majoriti dalam kalangan kita ni dah masuk beraya kategori ni. Kan??

Jadi sedia maklum memang kurang sikit dapatan pengumpulan duit raya. Tapi, tahun ni aku secara tidak sengaja telah beraya kategori Macam Aku Masih Kanak-Kanak Lagi. Ialah, tahun lepas, aku beraya kategori di atas, aku dapat duit raya RM3.50. Lepas buat makan nasi bujang je. Tapi, tahun ni dengan rasa riak sedikit (padahal baru lepas minta maaf) aku nak umumkan aku dapat ratusan juga.

Bukan apa, aku nak tunjukkan jurang nilai mata wang tu je..So, apakah ciri-ciri dan tips Kategori Macam Aku Masih Kanak-Kanak Lagi ni??

1. Muka tebal
Ni bukan muka kulit cam kamus dewan tu. Tapi, buat muka tak tau malu, muka selamba dan senaif yang mungkin.. Sebab apa?? Tengok no.2..

2. Beratur dengan kanak-kanak
Ini memerlukan ketabahan yang tinggi. Dipandang keji oleh sepupu kategori bukan kanak-kanak memerlukan kesanggupan yang tinggi. Lebih baik jika anda berjaya memujuk sepupu anda untuk join anda. Lebih berkat. kata orang, buat benda baik..

Jadi, pastikan anda orang pertama dan berada di barisan hadapan masa beratur tu.. AHAHA..

3. Senyuman Manis
Ini penting supaya pemberi duit raya merasa tenang dan sejuk hati melihat anda. Selain itu, senyum itu satu sedekah. Apa salahnya kan.. Ingat, senyum semenawan, secantik, selebar dan semanis mungkin yang bila mana semut tengok pun rasa hurung..=)

Jangan lupa. Sambil salam tu ucapkan "Selamat hari raya. Minta maaf atas segala silap dan salah". Then, cium tangan. Lepas dapat duit raya tu, cakap "terima kasih" sambil tesenyum bahagia walaupun dapat RM1 walaupun dapat 50 sen. Lepas tu dengan keriangan, lonjak sedikit dengan penuh rasa kebahagiaan sambil cakap "yeay, yeay, dapat duit raya"...

Cukup lah tu.. Lain kali, bagi tips lagi.. Tapi yang penting di hari raya ni bukan duit raya sebenarnya. Kemaafan itu lebih berharga dan lebih penting. Tapi, kalau dah ada yang hulur tu, rezeki..Alhamdulillah.. Jangan dok pulun sangat dengan mengutip wang ye adik-adik..cewah!!

Ada sape-sape nak hulur wang raya kepada student macam aku ni??
*****
p/s: baru ni nak balik umah.sepanjang raya, hanya beraya di kampung...