Monday, 22 August 2011

Melody Monday #1

"You can count on me like one, two, three
I'll be there"


Bruno Mars- Count On Me 

Sayangi persahabatan anda, sayangi sahabat anda!!! =)


p/s:mengikut jejak langkah si alien, maka aku yang ketandusan idea dan masa menge-post ini.. Inchik Alien, cedok idea ye...peace..=)

Thursday, 4 August 2011

Pelik

Assalamualaikum..

Bercakap fasal pelik, memang ada banyak perkara pelik. Tanpa membuang masa menaip, saksikanlah kepelikan yang telah aku alami Isnin lalu.
Murid-murid sedang kusyuk mendengar cerita. Tapi, kekusyukan itu telah diragut apabila seorang budak yang namanya dirahsiakan telah memecah keheningan dan kedamaian suasana ketika itu.

Walaupun suaranya tidak cukup kuat untuk didengari seisi kelas, namun suaranya cukup jelas dipendengaranku. Telah ku cuba alihkan perhatiannya supaya kembali menumpukan perhatian di depan.

Malangnya, suara murid itu didengari oleh dua rakan yang berada di hadapannya. Lalu mereka menoleh ke arah "mangsa" dan sedap pula budak bertiga tu mengusha "bebird" mangsa. Pengushaan yang penuh kehairanan itu telah menimbulkan tanda tanya yang besar kepada diriku.

Mengapakah mereka perlu merenung begitu. Macamlah tak sama. Ei, geram betul!! Lalu, kuarahkan  mereka pandang ke hadapan. Karang, habis satu kelas nak usha. Selamat budak tu membelakangi aku. Tak la aku terlibat sama. Masaalahnya, yang dok tengok tu pun sejenis. Heran.. heran..

Pelik betul budak zaman sekarang..
*****
p/s:kalau aku nampak pun, tak teringin nak tengok..