Tuesday, 26 July 2011

Putih-Putih

Putih-putih ni adalah "sesuatu" yang telah disebut oleh anak murid aku selepas waktu Aktiviti Luar di Padang. Apakah putih-putih ni?? Saksikanlah..





Dah tahu putih-putih tu apa??? Putih-putih tu ialah PANAU....
Budak-budak ni tahu konsep. Istilah tu je nak kena betulkan..=)
*****
p/s: Budak-budak... Tanya, tapi buat juga.. Jenuh nak peringatkan..

Monday, 25 July 2011

Kemenangan Pertama

Alhamdulillah....

Itu je yang mampu terucap apabila terbaca yang Memetik Durian ni menang dapat nombor 3..hehehe... Apa mau kecoh?? Eh,eh... Aku tengah gumbira ni..

Semenjak aku berblog, masuk contest, ni kemenangan yang pertama dikecapi.. Wah, bahagianya.. Macam budak-budak dapat makan ice-cream sebelum balik sekolah, macam tulah perasaannya.. Rasa macam ak melompat-lompat dengan bola getah yang besar tu.. Tapi, rilex la kan.. "Bertenang"...tu ayat yang selalu aku pesan kat budak-budak.. ecece..

Gambaran Melompat dengan Bola Getah..Best tu!!

Terima Kasih kepada Dr. Siti Hamidah kerana telah memilih diri ini. Keputusan yang betul tu. Hahaha.. Ehem,ehem..jangan suka sangat..

Menang apa?? Menang bagi contest "Memori Yang Tidak Dapat Dilupakan Sewaktu Kecil"..

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca, mengomen dan menyokong memetik durian.. =)
*****
p/s: dapat berita gembira time penat-penat, hilang semua penat..=)

Thursday, 21 July 2011

Jawapan Tak diDuga

Assalamualaikum..

Isnin lepas, tamat je waktu sekolah, aku memang dah tak sabar yang berkobar-kobar nak balik. Badan letih, opkos nampak bantal je. Jadi, dengan penuh semangat waja aku pun panjat tangga opis, sign nama dan pergi bilik guru nak ajak Cik Rabbit dan Cik D (bukan nama penuh) untuk pulang. Al-maklumlah, aku tumpang Cik Rabbit ke sekolah.

Ok, bila sampai je, aku tengok mereka sedang sibuk. Ye, aku paham. Jadi, aku tarik kerusi dan duduk menghadap mereka dan membantu apa yang patut. Kemudian, Cik Rabbit keluar dengan Cik Eija untuk makan. Maka, tinggallah aku dengan Cik D. Sedang leka menaip, tiba-tiba Cik D bersuara "Ya Allah, Astaghfirullah hal 'azim.." yang mana membuat hati aku teruja nak tengok.

Aku: Pehal?
Cik D: Tengok ni..

Jawapan Murid Cik D

Aku: Ya Allah.. Nape budak ni...(sambil berkira-kira nak gelak).
Cik D: Esok kena tanya budak ni..
Aku: Tadi tak perasan?
Cik D: Tak sempat. Ni baru sempat baca nak semak jawapan.

Untuk makluman, anak murid Cik D adalah murid tahun 5 dan Cik D mengajar Bahasa Malaysia. Amacam? Terduga tak jawapannya? Tapi, aku rasa budak ni tengah emosi sangat-sangat. Tapi, ayat dia lawa.

"..... saya akan mengambil senapang gajah dan menembak mereka secara bertubi-tubi. Selepas itu saya akan renyuk-renyuk dia, gigit-gigit dan telan."

Nasiblah Cik D.. Selamat aku ajar prasekolah dan hari ni aku ajar mereka menghasilkan pencuci mulut untuk slot sebelum pulang.

Sesi Refill

Sekian sahaja.. Wassalam..

Sunday, 17 July 2011

Memanfaatkan Cuti Di Hujung Minggu

Semalam, yakni 16 Julai 2011 adalah cuti hujung minggu yang dimanfaatkan dengan sesungguhnya.. Pagi-pagi hari lagi aku bertolak ke HUKM dengan Cik Rabbit untuk menghadiri satu kursus.. Kurus apa??

Apesal jadik cenggini??

Kursus ni bermula dari jam 08.00 pagi sampai 04.00 petang. Apakah Pesakit Piawai ni?? Pesakit piawai ni ialah menjadi pesakit untuk doktor pelatih buat amali atau exam. Pesakit piawai harus berlakon seperti pesakit real tapi doktor pelatih tak tahu pun kita ni pesakit olok-olok (kalau berlakon real sangat-sangat). Setiap lakonan adalah rahsia kerana itu adalah exam mereka. Kerahsian itu penting. Itulah ceritanya.. Dan!!! Jadi pesakit piawai ni dibayar dengan harga minimum RM15 sejam.

Nak duit lebih?? Pandai berlakon?? Boleh simpan rahsia?? Pergilah ke HUKM dan daftarkan diri sebagai pesakit piawai.(macam promote da...) Tak rugi apa pun. Pengalaman tu yang best sebenarnya.. Nak tahu lebih lanjut, pergilah cari brosur pesakit piawai ni kat HUKM. Aku join pun sebab Cik Rabbit ajak. Kalau tak, aku pun tak tahu ada benda ni. Berminat?? Berminat??

Dapat sijil lagi...

Ok!! lepas tu kami pun pulang sebentar merehatkan badan sebelum berjoli lagi untuk akiviti seterusnya.. Apakah???


I-city!!

Tengok lampu-lampu dah tengok tahun lalu.. Percutian kali ini (cewah!!) ialah bermain dengan suhu dan agak bajet overseas..hahaha




Barulah merasa sikit ala-ala Winter Sonata atau bajet belajar kat luar negara. Sebelum masuk, teruja. Lepas masuk, tak tahan nak keluar. BEKU kot!!! Masuk poyo tak pakai glove. Baru bape minit pegang ais, dah kejung kaki tangan aku. Keluar kejap beli glove. Mak aih...sejuk gila. Jadi, tak belajar kat negara salji pun takpelah. Janji aku tak mati beku.. Hehe.. Bagus tak aku dalam memanfaatkan cuti di hujung minggu??? Lepas ni nak pergi ambil adik aku kat hostel dan celebrate besday adik aku yang harinya dilahirkan ke dunia pada tanggal 16 Julai 1995 (kirala umurnya berapa). Takde celebrate apa pun. Nak pergi makan-makan je..



Cuti Hujung Minggu Yang Sangat Bermanfaat!!!

*****
p/s:hilang serabot kepala aku....

Monday, 11 July 2011

Bahagianya Hari Ini!!

Bahagia

Itu je yang mampu terluah selepas selama seminggu aku ni busy mengalahkan boss besar.. Mana tidaknya.. Keluar hostel 6.30 pagi, sampai hostel 8.30 malam.. Tak nampak matahari.. Semuanya gara-gara latihan sukan yang telah pun selesai pada Khamis dan Jumaat yang lalu.. Hari ini

CUTI!!!!

Apa yang boleh buat time cuti-cuti dan orang lain sibuk pergi kerja, kuliah dan sekolah?? 

1. Meng-update blog
Dah macam anak tiri blog ni. Terabai.. Maaf semua pembaca, pengomen dan followers.. Tak sempat nak hupdet..


2. Laundry
Kebizian yang melampau telah menyebabkan ketidaksempatan untuk membasuh.. Laundry Time!!


3. Library
Memandangkan esaimen harus dibuat semasa menjalani praktikum, maka haruslah ke pusat sumber untuk mencari bahan rujukan..


Itu sahaja yang mampu dilakukan memandangkan date dengan partner tinggal beberapa minit sahaja lagi. Lewat nanti makan amarah pula..Choww...=)
*****
p/s:tak sempat nak lukis banyak-banyak..masa ni pun curik-curik je..=)

Monday, 4 July 2011

Praktikum

Assalamualaikum..

Praktikum Fasa 2... Di sekolah bandar.. Dulu di sekolah kampung.. Apakah bezanya antara sekolah kampung dan bandar??













*****

Duduk sekolah kampung boleh rilek-rilek sebab tak payah fikir nak hadap jammed.. Sekolah tengah-tengah bandar, belum nampak matahari dah kat jalan.. Tabahkah 2 bulan begini.. =)

*****
p/s: Praktikum yang sangat menguji segala-galanya.. Semoga dipermudahkan urusan..Amin..

Friday, 1 July 2011

Trauma

Al-kisah, terdapat seorang kanak-kanak yang sangat comel sedang bermain dengan gumbiranya. Ketika itu, semua saudara mara dan sanak keluarga sedang bersembang. Al-maklumlah, sudah lama tidak bersua muka. Pasti banyak story-mory yang ingin dikongsikan.

Di suatu sudut, ada seekor kucing yang tak kurang baik mood nya. Kucing itu menghampiri kanak-kanak yang sedang bermain seorang diri itu. Lalu budak itu pun pandang dengan tidak puas hati lalu berkata:

"Apa hal??"

Sejurus sahaja kanak-kanak itu berkata, kucing itu terus menerkam ke arahnya. Apa lagi.. Terkejut tenuk kanak-kanak itu lalu terus memulakan langkah seribu dengan ,melarikan diri. Rupa-rupanya kucing itu mengejarnya dengan kelajuan kuasa kuda. Mencicit budak itu berlari.


Habis satu kampung ditawafnya dengan juraian air mata yang tidak terperi sehingga pak ciknya datang dan berjaya menangkap kucing itu. Kucing itu kucing gila. Orang melayu kata "gila meroyan". Kucing itu baru kematian anaknya. Apa motif kucing itu mengejar masih kekal misteri hingga ke hari ini. Sejurus kejadian itu, budak itu amat trauma dengan kucing. 5 batu jauh pun jika terlihat kelibat kucing, pasti akan menghilangkan diri.

Selama bertahun-tahun juga mahu pulih daripada keadaan itu. Tapi kini, budak itu sadah pulih daripada tarumanya. namun, sifat sayang yang berlebihan terhadap makhluk itu seperti gadis lain yang berjumpa kucing amatlah minimun peratusnya.

JANGAN BERMAIN API DENGAN KUCING GILA!!

*****
p/s:nak letak lukisan, tapi tak buleh pulak. tak tau nape lembap sangat. kuciwa!!