Wednesday, 29 June 2011

Wordless Wednesday #3

*****
Credit to: Group "Tetua"..hehehe..

Tangan Nakal

AWAS!!: entri SERAM..

Inilah rupa dan keadaan bilik shower di kolej kediaman perempuan di kampus (ku).
Dinding senggat yang memisahkan antara shower yang hingga buku lali sahaja. Boleh nampak kaki orang sebelah yang mandi. Tapi, jangan skodeng. Kalau skodeng pun, bukannya nampak!! Begok..


Di kala malam bulan mengambang, auuuwwwww (efek serigala mengauww) seorang gadis sedang mandi dengan asyiknya. Tika itu, jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Gadis yang baru pulang dari Mid mandi kerana terasa melekit dan berlengas keseluruhan tubuhnya. Rimas!! Maka, tuala dicapai, dan pergilah Gadis membersihkan dirinya.


Dengan penuh asyik dan seronok si gadis mandi. Siap dengan menyanyi-nyanyi lagi..


Tiba-tiba....!!
Ada sesuatu yang mengganggu.. Gadis merasakan ada yang aneh. Sungguh sejuk dan suam pergelangan buku lalinya.
Ada tangan yang menyentuh hingga Gadis menjerit tak hengat donia.. Kaget!! Terkejut yang tak terkojat. Tangan yang asal dari shower sebelah. Gadis takut kerana hanya dia seorang sahaja yang berada di kamar mandi tatkala itu.


Rupa-rupanya...
Bukan tangan hantu mahu tangan sesiapa. Tapi tangan manusia. Itu tangan aku!! hahahaha.. Gadis berang dengan mengatakan "Kurang ajaq, siot, gila, dan lain-lain" setelah menyedari itu bukan hantu. Hahaha.. Nasiblah.. Setiap perbuatan ada risikonya. Tapi, gadis tak marah pun. Gadis teanjat je..

Itu memori aku bersama Gadis semasa duduk 1 floor. Sekarang gadis tinggal di blok lain, aku di blok lain. Wing aku ni pun shower takde senggat gitu. Batu habis sampai lantai. Jadi, aku dah bersara jadi "Tangan Nakal" a.k.a "Hantu Tangan Di Shower".Aku tak buat selalu pun sebab takut aku pula yang kena "kacau" betul-betul dengan "yang sebenar"... Mau pengsan aku dalam shower tu.

Mereka tak dapat balas dendam sebab posisi kena betul di mana boleh nampak insan mana yang try nak dajalkan aku dengan hulurkan tangan mereka dan pegang kaki aku. So, mereka tak berjaya. Dan, aku takkan mandi lewat malam. Takut kena betul-betul. Aku ni penakut. hahahaha..

Maaf kepada Gadis kerana menakutkan kamu ketika itu..
*****
p/s: jangan nakal-nakal.. kena batang hidung sendiri baru tahu..ingat tu.. (cewah!!)

Monday, 27 June 2011

Kesengalan Tahap Pluto

Aku ada seorang sepupu. Kita panggil lah Cik Cuzz ye.. Aku dengan Cik Cuzz ni agak rapat la. Aku ada satu cerita dengan Cik Cuzz ni masa kami form bape ntah iaitu 

MEMUNAHKAN MOTOR ATOK

Tapi, bukan salah aku. Salah Cik Cuzz. Bermulalah ceritera "Kesengalan Tahap Pluto"...(drum roll)..


Pada suatu hari yang indah, setelah bosan duduk di rumah, kami bercadang untuk berjalan-jalan.Cik Cuzz ni reti bawa motor, aku ni tak pandai.Pandai mengarah suruh tukar gear je. Ala-ala cikgu sekolah memandu gitu.. Cik Cuzz ni memang takut nak minta kat atok. Atok kami tu tak la garang mana. Tapi sebenarnya aku pun takot. Kalau tak minta, mana tau dapat ke tak. Jadi, cubalah nasib. Tak sangka permintaan aku dikabulkan. hehehe.. Maka, berjalan-jalan lah kami.


Ronda tak boleh jauh2..sekitar kawasan kampung je.. Barulah namanya minah rempit kampungan.. Takde la laju mana pun. Cikgu memandu kat belakang, Cik Cuzz bawa ala kadar je. Walaupun kami kanak-kanak ribena, kami tahu erti "bahaya kemalangan" tau..


Ronda punya ronda, Cik Cuzz tengok, minyak motor dah tinggal sikit. Jadi, kami pun pergilah kedai nak isi minyak. Aku tak sure zamn dulu memang macam tu, ataupun kampung aku je buat macam tu. Minyak petrol dijual di kedai runcit biasa. Siap ada rak lagi. Jual macam mana?? macam ni..


Ada la dalam botol Mirinda, Sarsaparilla, Pepsi waima Coca-Cola yang 1.5 liter botolnya. Pilih nak bape banyak. Kuantiti mengikut harga dan saiz botol. Jadi, kami pun beli la RM2.00.. Aku dan Cik Cuzz ada la juga bawa duit. Dah reti pinjam, tak kan tak reti tuang kan. Ni semua sivik dan moral je.. Jadi, aku membuat pembayaran dan bagi botol tu pada Cik Cuzz. Sebab dia bawa, dia la isi. Aku jadi mandor dok tepi.

Tengah-tengah Cik Cuzz isi, aku melangak-langak menghayati pemandangan. Memang tabiat. Aku toleh ke arah Cik Cuzz. Aku tengok motor. Tiba-tiba hatiku terdetik.

"Aik, pasal apa tutup tank minyak ni tak buka. Cik Cuzz ni isi kat mana"

Maka, tergeraklah hati aku nak tengok Cik Cuzz tuang kat mana minyak tu. Sekali aku tengok dia isi kat bahagian minyak 2T tu.. Adoi.. Parah, parah..

"Woi, ko isi kat mana tu?" tanyaku cuak.

"Betul la" jawab Cik Cuzz konfiden.

"Ko isi kat mana tu?? Tngok betul-betul. Minya petrol kat sini la" ujarku seraya menunjukkan tangki. Walaupun aku ni jahil bab-bab permotoran ni, aku tau juga tank minyak kat mana.

"Alamak!!!!" jerit Cik Cuzz yang baru tersedar salahnya. Berangan kuat sangatlah ni.

Kami sangat cuak okay.. Dah la ni motor atok. Rosak karang, isapa nak jawab?? Ha, jawab.. Maka, setelah berbincang yang soalan lazimnya "macam mana ni, nak buat apa ni" aku menyuruh Cik Cuzz start motor walaupun aku tak sure boleh hidup ke tak dan apa efek minyak petrol dalam tank yang salah tu.

"Start je la" ujarku sambil menjauhkan diri daripada Cik Cuzz. Adalah dalam berdepa-depa juga.

"Ko nak pegi mana?" soal Cik Cuzz sambil mahu meng "start" motor.

"Aku lari jauh sikit. Aku takut motor tu meletop la. Tak mau la mati. Jadi, kalau motor tu meletop, ko sorang je yang kena" jawabku memberikan alasan yang sangat bernas hasil pemikiran efek minyak motor tu. Mana nak tahu, sebarang kemungkinan boleh terjadi.

"Hampeh punya sepupu. Tak naklah aku start. Kang meletop, aku yang mati." jawab Cik Cuzz beralasan.

"Try jelah. Siapa suruh ko salah isi. Kalau ko tak start cam mana nak balik?" getusku.

"Tolak jela motor ni" balas Cik Cuzz. Ewah-ewah... Banyak songeh. Dah la jarak kedai dengan rumah sikit punya jauh. Setelah bertikam lidah, Cik Cuzz start juga motor. Masa Cik Cuzz start, aku dah standby tutup telinga, pejam mata. Cam haram punya perangai. Alhamdulillah, tak jadi apa-apa.

Maka, pulanglah aku bersama Cik Cuzz. Sepanjang perjalanan, aku risau juga motor tu meletop. Nsib baik selamat sampai rumah, Elok je sampai rumah, kami pergi jumpa sepupu Cik Cuzz , Hakim(belah ayahnya. aku belah emaknya) yang ada sebelah rumah.

Kami sorong motor bawah pokok dan jauh pada penglihatan atok. Hakim pun godek la motor atok. Minyak tu disalurkan dalam besen dan kami campak minyak yang berwarna hitam pekat tu bawah pokok atok. Selamat pokok tu tak mati. Hahaha..

Rupanya kami buang minyak hitam. Punyalah bijak Cik Cuzz merepot. Konon nak settle masalah. Tapi bertambah masalah. Tengah kusot, aku pula mengiyakan je. Sama-sama pandir. Perkara ini diketahui setelah ayah Cik Cuzz belek motor tu. Opkos la kami report. Minta backup. Takut motor tu tak bernyawa.

Tu la kejadian yang sangat nebes, kurang bijak dan penuh ketakutan la aku rasa setakat ni. Ye la. Nak isi minyak petrol dalam tank minyak 2T pastu pergi buang minyak hitam. Kan semua saling takde kaitan. Aku rasa lepas tu ayah Cik Cuzz yang kasi settle kot.  Yang aku ingat, motor tu ok je lepas tu. Lega..lega..

Motor itu masih bernyawa hingga hari ni dan atok masih tak tau percubaan menjahanamkan motornya itu..

Sekian tamatlah kesengalan aku dengan Cik Cuzz yang tahap planet Pluto.
*****
p/s:dah takde lukisan sebab malas lukis..

Friday, 24 June 2011

SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ...

Kelik sini untuk maklumat tambahan

Pak Cak (singkatan bagi Pak kacak) memandu kereta Mersedit Ban pulang ke rumah. Pak Cak memandu dengan penuh keberhatian yang sangat tinggi.  Takut tercalar kereta mahal dan barunya. Pak Cak memandu dengan penuh fokus. Matanya sentiasa melihat ke depan.  Risau sangat. Kereta baru la katakan. Pak Cak terus memandu, memandu dan memandu. Radionya tidak dipasang sebab tak jimat bateri katanya. Air Cond pun tak dibuka. Di dalam kereta yang bertutup rapat tu, Pak Cak terus memandu.

Setibanya di hadapan rumahnya, Mak Tiful (singkatan untuk Mak Beautiful) berdiri megah di hadapan pintu. ...
 *
*
*
Al-maklumlah, Pak Cak ini teramatlah kedekut. Jadi, sudah menjadi rasmi Mak Tiful menjadi Mak Guard menggantikan pak JAGA yang diidamkan untuk membuka gate sejak mereka berkahwin 30 tahun dahulu. Pernah juga Mak Tiful komplen dah tua-tua kena jalan 200 meter dari pintu rumah ke pintu pagar untuk membuka gate dan membuat tabik tabik hormat apabila Pak Cak pulang. Tapi aduan Mak Tiful sikit pun tak diendahkan. Duit tu nak upah pak guard.

"Selamat pulang bang," sapa Mak Tiful mesra dengan muka separa cover sakit pinggang akibat berdiri lama dan jalan jauh. Sapaan Mak Tiful dibalas dengan anggukan sahaja. Kedua pasangan itu jalan beriringan ke ruang tamu

Pak Cak menghenyakkan punggungnya ke sofa yang dibelinya 20 tahun lalu. Dah rupa apa ntah sofa tu. Tak pernah bertukar. Elok lagi sofa tu katanya. Membazir beli baharu. Datanglah Mak Tiful terkedek-kedek bawa air untuk suaminya minum. Sedang Pak Cak minum, Mak Tiful pun membuka stoking yang dipakai Pak Cak. Isteri mithali Mak Tiful ni.

"Sayang, nah.." kata Pak Cak seraya menghulurkan beg kertas kepada Mak Tiful yang sedang duduk bersimpuh di sisinya.

"Apa ni bang?" soal Mak Tiful kehairanan. Mau tak pelik bin ajaib pabila sang suami yang "penjimatan melampau" tu membeli sesuatu tanpa dipinta. Selalu kalau suruh atau minta pun belum tentu dapat. Ni tiba-tiba surprise je..

"Buka lah sendiri. Tengok," saran Pak Cak dan menganggukkan kepalanya. Mak Tiful pun menerima huluran beg itu dengan hati yang berdetak lebih kencang seperti mahu berperang.

Dirapatka beg itu ke matanya. Al-maklum,dah rabun. Mata tak berapa nampak. Dibacanya tulisan di beg itu.

HABIB JEWELS

 Terbeliak mata Mak Tiful baca. Terharu sungguh rasanya hati apabila sang suami  si kudukut memberi "Habib Jewel". Terus Mak Tiful bangun dan melonjak-lomjak keriangan sambil bersorak "yeay,yeay.." seperti budak 5 tahun dapat lolipop.

"Terima kasih bang. Saya tak sangka abang begini baik hati. Sejak kita kawin, abang tak pernah belikan apa-apa yang keren macam ni. Saya terharu bang. Terima kasih sangat-sangat. I lap U lah..," ucap Mak Tiful dengan tawa bercampur sendu lantas memeluk dan kiss Pak Cak.

Kelakuan Mak Tiful yang terlebih ghairah itu mengundang persoalan di benak Pak Cak. Lalu Pak Cak bertanya,

"Kenapa kamu ni Tiful? High ke?"
 
"Abang ni.. Saya gembira sangat. Ibarat durian runtuh abang belikan saya ni,"

"Abang ni kan kedekut, bila masa abang beli apa-apa untuk kamu?"

"Bergurau ye bang.. Eleh, dalam perahu ada tauhu.. Ngada!" ujar Mak Tiful buat muka manaj mengada. Namun tak lama. Melihatkan wajah Pak Cak yang berkerut berjuta lemon di dahi dengan muka seperti tahan sembelit, Mak Tiful rasa musykil. Degan rakus Mak Tiful buka beg kertas yang tertera "Habib Jewels" itu.

Jeng, jeng, jeng...

"Apa ni bang?" kata Mak Tiful dengan pitch C5 secara tiba-tiba selepas melihat isi beg kertas itu.

"Tak nampak ke kamu yang?" soal Pak Cak semula.

"Saya nampak lah!! Tapi apa ke hei nya semua ni? Apa ni????" soal Mak Tiful macam orang kena kacau dengan saka.

"Apa ke hei?? Itu untuk kamu lah sayang," jawab Pak Cak dengan nada romantik dan lembut. Tapi, sikit pun tak efek kat Mak Tiful. Mukanya merah menyala ibarat singa yang kelaparan dan sedang menunggu untuk menerkam mangsanya.

"Saya benci abang!!," ujar Mak Tiful lalu menangis teresak-esak seperti budak 5 tahun yang dapat lolipop tadi tapi dengan keadaan lolipop dirembat orang lain.

"Tak reti bersyukur la kamu ni. Saya beri ni sebab saya sayang awak Tiful oii..," pujuk Pak Cak.

"Cermin mata??? Sayang apa bagi cermin mata. Cermin mata saya 5 tahun yang lepas pulak tu,. Abang tipu saya. Mati-mati saya ingat dapat barang kemas" balas Mak Tiful dengan nada sayu sambil mengesat hingus pada lengan baju kurungnya.

"Kamu tu yang salah sangka. Abang keluar tadi untuk ambil cermin mata kamu yang patah ni. Kan anak kita si Naser tu tolong hantar dan bayarkan. Abang tolong ambil je. Kamu yang tiba-tiba terkinja-kinja macam ninja turtle sape suruh?? Macam kamu tak tahu perangai abang. Lama dah kamu kawen dengan abang Tiful. Semalam kamu yang komplen tak nampak nak masukkan benang dalam jarum masa nak menjahit sampai luka tangan tercucuk jarum. Jadi, sebab abang sayang dan kesianlah abang pergi ambil cermin mata ni. Kalau tak, tunggu si Naser tu balik minggu depan baru ambil. Sayang minyak kereta saya," balas Pak Cak panjang lebar.

"Kalau dah dasar kedekut tu memang payah!!" jawab Mak Tiful keras dan terus berlari ke bilik sambil meraung-raung.. 

~Sekian, Tamat..~
*****
p/s: Jimat takpe, kedekut jangan!!!


Ini adalah rekaan semata-mata sebab join segmen. Jom ramai-ramai...

Hitam dan Putih


Aku Si Hitam,
yang dipandang jelik.

Dia Si Putih,
yang dipandang cantik.

Aku Si Hitam,
akan sentiasa dipandang hitam,
walaupun warnaku telah berubah,
menjadi kelabu,
atau memudarkan warnanya,
menjadi putih,
namun tetap dipandang hitam.

Dia Si Putih,
akan sentiasa dipandang putih,
walaupun warnanya telah berubah,
menjadi kelabu,
ataupun menjadi lebih gelap,
menjadi hitam,
namun tetap dipandang putih.

Apakah susah??
Susah untuk mengubah,
kaca mata pandangan seseorang,
hingga mampu melihat perubahan warna,
warna yang ketara berbeda,
warna yang telah melunturkan ronanya,
warna yang menjadi gelap liangnya,
warna yang tetap ditakuk lama,
atau warna yang telah tiada.

Walaupun Si Hitam ini telah menjadi Si Putih,
Walaupun Si Putih itu telah menjadi Si Hitam,
Pandangannya tetap tidak jauh berbeda,
Tetap tidak berbeda.

Si Hitam tetap menjadi Si Hitam,
Si Putih tetap menjadi Si Putih,
Meskipun segalanya telah jauh berkelana
Tetap akan dipandang begitu,
Untuk selamanya!!

*****
p/s:renungkan..

Thursday, 23 June 2011

Procastination is a thief of time

Biar yang lain berbicara menterjemahkan segalanya...cewah!!

*****
Make Hay While The Sun Shines

Time and Tide Wait For No Man

Never Put Off Till Tomorrow What Maybe Done Today
*****
p/s: jangan suka bertangguh.. Bahaya..
Dah bertahun aku tak speaking..

Wednesday, 22 June 2011

Balasan

Pernah tak dengar:

Buat baik, dibalas baik.
Buat jahat, dibalas jahat..

Ready, ready
Baa!!
Agak seram suasana (2.30 pagi) ok..
Baa!! Amek ko!!
*****
Setiap perbuatan pasti ada balasan!!

*****
p/s:kalau lemah jantung, lemah semangat, jangan main terkejut-terkejut ni.. Takut terkojat!! Lemah pemikiran takpe..

Wordless Wednesday #2

Cinta Sang Sahabat

Aku lihat belahan jiwaku sedang duduk berteleku menekur lantai. Begitu jauh termenung dan berfikir. Sunguh pun wajahnya  "kusut" berfikir, namun belahan jiwaku tetap nampak kachak. Aku tau belahan jiwaku sedih kerana sahabat baiknya tidak menghadiri majlis perkahwinan kami yang berlansung siang tadi. Aku berjalan perlahan menghampirinya.

Aku: Bang, jauh termenung??

Laki aku: Erm, berfikir sikit.

Aku: Abang sedih ye kawan abang tu tak datang?

Laki: Yelah. Abang dah bagitau awal-awal. Siap minta jadi pengapit sayang lagi. Tup-tup tak datang. Selamat ada Bella. Pengapit bidan terjun. Geram abang. Tak dapat datang, bagitau la. Takkan takat sakit perut pun tak boleh tahan? Macam nak gila kita cari pengapit. Geram tahu??

Aku: Ye, saya paham. Bang, sebenarnya dia tak sakit perut.

Laki aku: Habis tu?? Pening kepala??

Aku: (napela selow sangat ni??) Tak juga.. Dia suka abang. Dia cakap dia tak rela tengok abang naik pelamin dengan saya. Jadi, dia membawa diri ke UK (Ulu Kinta).

Laki aku: Suka?? No way.. Kami bespren sejak kecil. Abang anggap dia macam adik je.

Aku: Tapi dia cintakan abang. Dia tak anggap begitu. Tapi, takpelah. Bagus juga dia merajuk dan tak confess depan abang. Kalau tak, mesti abang tolak pinangan saya. Kan??

Laki aku: Erk?? Erm... Tak mungkin kot. Abang tak suka campur aduk kan hubungan persahabatan dengan cinta. Berbeza sayang.

Aku: (Alhamdulillah..lega. Kalau tak, mesti kena madu ni) Ok, terpulang abang lah.. Jom bang..
*sambil menarik tangannya ke tempat yang ingin di tuju.

~Tamat~

*****
Aku mengajak belahan jiwa untuk minum petang okeh... Ha, ha... Pikir apa tu??

Apa entri merepek ni?? Kalau nak tahu, kelik sini untuk mendapatkan gambaran keseluruhan. Thanks to Bella jadikan aku heroin kedua yang dapat hero. Bukan senang heroin kedua dapat hero. Apa-pun, cheers no tears.. Oh,ya.. Semua tu membongak je. Rekaan semata-mata..
*****
p/s:baiknya hati aku dalam cerita ni.. hahaha..

Tuesday, 21 June 2011

Pedas + Panas= Terbaik!!

Hari itu, aku dan Cik Rumet pergi melepaskan hajat idaman iaitu mencari kek Secret Receipe. Balik tu, kami singgah la gerai Char Kue Tiow. Macam biasa,

“Makan pe dik?” tanya brader order.

“Char kue tiow spesel 2 tapi 1 tak nak pedas, teh o ais 2,” kami mengoder.

Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. (efek jarum saat bergerak) air pun sampai.

Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. (efek jarum saat bergerak lagi) makanan pun sampai. Apalagi.. Bismillah... Kami terus ngap, ngap, ngap lepas asingkan cili jeruk tuh.

Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. (efek jarum saat bergerak lagi dan lagi) aku pun habis makan. Lapar bebenor kot aku hari ni. Aku tengok Cik Rumet. Tiba-tiba..

“Uh.... uhuk-uhuk,” Cik Rumet berbunyi.

“Nape” tanyaku.

“Tergigit lada. Dahlah panas, pedas pulak,” jawab Cik Rumet dengan muka menahan pedas dan kepanasan char kue tiow. Cik Rumet memang tak makan pedas. Jadi, bila dia tergigit lada, comfirmlah akan merana.

“Kan dah asing tadi, caner boleh tergigit?” soalku yang tak membantu.

“Lada ada bawah ni,” Cik Rumet tunjuk kue tiow masa jawab sambil mengibas-ngibas mulutnya dengan harapan pedas beransur reda. Air Cik rumet habis da aku tengok. Aku hulur air aku.

“Ok ke?” soalku.

“Panggil abang tu, mintak gula,” pinta Cik Rumet.

“Bang,” panggil Cik Rumet. Brader tak dengar. Aku pulak panggil, selamat brader dengar.
 
“Ye..” sahut brader masa datang ke meja kami.

“Bang, mintak gula. Tergigit lada,” minta Cik Rumet. Brader order buat muka pelik.

“Mintak gula, ni ha tergigit cabai” ulangku menda yang sama frasa yang lain.

“Awat? Lau tergigit cabai makan gula na?” brader order banyak soal.Brader kata gula takde, air gula je ada. Tipu, aku tengok berpaket-paket gula dia ada. Mintak tak sampai 1 sudu pun.

Tapi, brader bagi juga akhirnya. Brader order 1 lagi siap membako tanya “apa? nak cabai lagi?”. Kesian Cik Rumet. Tu dia... Brader order orang Kedah. Cik Rumet orang Ganu. Guane nok pahang? Maka, akulah jadi translater.

Tapi brader-brader tu memanglah... Tak pernah tengok orang menahan kepedasan ke? Aku tengok dorang dok pandang pelik je kat kitorang. Siap senyum lagi. Senyum ada makna. Gelak la tuh. Macam aku tak paham.

Maka, Cik Rumet pun telan la gula itu dan hilanglah kepedasan beliau. Tapi lawak sungguh Cik Rumet hari itu. Tapi korang bayangkanlah kalau korang kat tempat Cik Rumet. Makanan tu memang panas, baru kuar dari kuali, tergigit cili pulak.. Maunya tak berapi. 1 kombinasi yang bagus dan memang MALATOP. Cik Rumet, lain kali kalau kita makan, kena pesan awal-awal: “JANGAN LETAK CILI ITU DALAM CHAR KUE TIOW KAMI” ok??

Pernah kena?? Macam-macam petua dan cara kita buat tok hilangkan rasa pedas tu.. Ye dak??
*******
p/s: Cili/ cabai/ lada/ lado= sama je...PEDAS!!

Sunday, 19 June 2011

Perhatian

Semua oarang suka kan perhatian.. Orang dewasa lain caranya.. Perempuan lain caranya.. Lelaki lain caranya.. Berbeza-beza.. Kanak-kanak pun lain caranya.. Dan, salah satu cara kanak-kanak ni tarik perhatian ialah:

 






*****
OK.. Sebenarnya Murni (bukan nama sebenar) tu dah pandai mengeja dan membaca.. Murni saje cakap tak pandai sebab nak perhatian daripada cikgunya. Bila tak pandai atau tak faham, of course cikgu akan bagi tunjuk ajar dengan lebih seperti minta dekat dengan cikgu, puji, dan macam-macam lagi.. Tengok, kecik-kecil dah pandai wat taktik.. =)
*****
p/s: budak sekarang dah bijak-bijak..

Friday, 17 June 2011

Bermain dengan Abang

Aku ada abang yang jarak usia 6 tahun. Abang aku derjah 6, aku baru 6 tahun dan adik aku baby lagi.. 6-6-6.. Comeii kan nombor??? Walaupun aku perempuan, aku selalu join abang aku main yang rata-rata permainan lelaki.. Perempuan mesti main anak patung, masak-masak.. Tapi aku.., main:

1. Bola tepuk
  - Diperbuat daripada kotak dan kebiasaannya kotak ubat nyamuk. Kotak dipotong kecil dan dilipat. Susun kotak seperti strategi pemain bola. Bola terdiri daripada pembalut coklat. Letakkan bola dihadapan 'orang' (kotak yang dilipat) dan tepuk kotak untuk menggerak bola.. Pernah main?? Tak?? G cuba.. Tak best.. Pengaruh bola sepak ni!!

2.  Gusti-gusti (WWE)
  - Lelaki mesti suka bergumpal atau gaduh-gaduh, lawan-lawan, fighting-fighting. Kan?? Sebab dalam rumah tu, abang aku ada aku je, aku jadi mangsa penggustian beliau. Kalau nak gusti dengan rakan sebaya dan sejantina, kena keluar rumah. Jadi, bagi melepaskan gian nak wrestling dalam rumah, aku jadi opponent beliau. Macam-macam stail gusti beliau dajalkan aku.. Sebab tu aku berazam nak jadi lebih gemuk daripada beliau sebab aku nak kalahkan beliau.. Bodoh punya azam.. Cett!! (dah besar mana ada gusti-gusti lagi). Pengaruh WWE

3. Abugin!!
  - Beliau suka lempar kusyen atau bantal sebagai provok supaya aku nak bergusti.. Cett!! Setiap kali beliau lalu di bahagian sofa, aku dah get ready sebab kusyen melayang yang disertai bunyi "Abugin!!" akan melayang dan landing baik punya kat kepala aku. Beliau memang suka aim kat kepala. Selalunya, aku berjaya elak. Suatu hari, nasib aku malang sebab terkena abugin beliau. Tak sempat elak. Elok kusyen melayang hinggap ke dahi, kepala aku melantun terhantuk dinding kat belakang. Pening tak usah cerita.. Bergegar otak aku!! Efeknya, aku bengap sampai hari ni..(kadang-kadang). Pengaruh Dragon Ball dan (aku tak ingat game apa yang ada nama Ryu dan Ken dll)

4. Rebut Basikal
  - Basikal tua kesayangan aku selalu kena rembat dengan beliau.. Nama pun share.. Yela, derjah 6, budak-budak lagi. Tapi, beliau suka ngelat. Cakap 2 round, tapi konker sampai 2 jam. Aku ni lurus, tunggu je. Tapi yang begoknya aku, aku pernah kejar beliau dan tarik beskal tu supaya beliau berhenti main dan bagi can kat aku pulak. Kebiasaannya, teknik ni berjaya!! Tapi, kalau tak kuat, beskal tak berhenti, korang pulak yang tersungkur.. Erm, ni pengaruh dan bakat nak jadi 'jiwa kelajuan' kot..

Tapi, itulah. Dah nama budak laki, main pun mesti lasak dan ganas. 1 je yang aku tak pernah ikut beliau masa main ialah panjat bumbung kuarters. Aku takut masa tu. Gayat. Takut mati kalau jatuh.. 4 tingkat tu.. So, time tu, bermaharajalela lah aku men beskal.. hahaha..
*****
p/s: entah kenapa tiba-tiba teringat zaman pemerintahan beliau yang kejam.

Wednesday, 15 June 2011

Nostalgia Dolu-Dolu

Ni aku nak story mori nostalgia dolu-dolu aku a.k.a memori yang tak dapat dilupakan masa kecil. Di sebabkan aku ni lemah pemikiran, tak banyak yang aku ingat.. Yang aku cerita ni yang paling aku ingat sangat-sangat..

1. Mandi di kolah dengan member lepas balik tadika
Disebabkan aku ni berdikari, usia aku 5 tahun aku pegang kunci rumah sendiri. Balik dari tadika, terus aku balik rumah. Satu hari, aku ajak kawan-kawan aku mandi kolah yang ada dalam bilik air (semua rumah ada sebab takde shower pada masa tu- kuarters askar). Cik Mak balik kerja, nak mandi tengok air kolah berkeladak. Nak guna air paip, panas. Maka, benganglah Cik Mak.

2. Main gelongsor dengan kotak
Ni memang rare. Kawasan tu agak berbukit. Jadi, sesuai untuk main gelongsor-gelongsor. Port pula dekat dengan kedai runcit. Maka, aku dan kawan-kawan rembat kotak dari kedai tu dan main gelongsor. Buka kotak tu, duduk atasnya dan gelungsur ..Yeehaa!! Kadang-kadang kotak tertinggal kat atas, badan je yang gelungsur. Maka, ini menyebabkan seluar kotor teramat sangat terutama di bahagian gluteus maximus.. hahaha..

3. Deliver kuali dengan basikal tua
Basikal tu adalah basikal kesayangan aku. Banyak jasa sungguh. Dalam kem tu, aku sorang je pakai beskal tua. Yang lain pakai yang canggeh punya. Basikal ni aku guna buat racing dengan budak laki. Of coz aku menang. Jiwa Kelajuan beb!! Aku juga hantar kuali (kuali besar tau) dengan selitkan telinga kuali tu pada handle beskal. Sebab ia menyukarkan perjalanan, aku pegang je.. Aku jadi tukang deliver sebab mak aku main kutu kuali..Tiada komisen ye..

4. Main salji guna kelapa parut
Aku selalu jadi tukang beli kelapa parut. Maka peluang aku berangan duduk di negara bersalji amat tinggi. Jadi, setiap kali beli kelapa parut, aku lemparkan sikit ke udara dengan menyebut "salji! salji!"... Tapi takdelah sampai habis kelapa tu aku kerjakan..

5. Membakar jamban rumah
Kejadian ni berlaku sebab kelalaian aku selepas menggunakan lilin semasa "berbisnes". Disebabkan toilet tu mentol dah terbakar, aku pun gunalah lilin dan letakkan di atas pam toilet. Bila dah lupa, lilin pun mencair dan membakar pam. Akibatnya, jamban aku habis hitam dan pam tu dah keras dalam lubang toilet. Enche Abah yang keruk kuarkan..Semuanya angkara anaknya yang comel..
*****
Ni semua sebab aku join contest Doktor ni tentang memori yang tak dapat dilupakan masa kecil. Untuk maklumat lanjut, boleh klik belog beliau..
Banner contest
Disebabkan kena tag 3 orang..aku ingin mengetag:
Maaf ye...kena tag..

~Terima kasih~
*****
p/s: aku tak pasti ni kenangan manis atau bukti aku ni trouble maker.. hehehe..