Thursday, 26 May 2011

Katak Tersepit

Hahaha..Apakah ini??
Aku suka guna terma katak tersepit ni dengan Cik Rumet. Apa katak tersepit ni??

Bukan katak ini yang tersepit

Situasi 1

Ketika sedang mengambil peperiksaan, suasana sangat sunyi dan hening hingga ketenangan itu dicabuli dengan sesuatu bunyi yang sayup, perlahan, halus, dan menggelikan jiwa.

"Ttttuuuutttttttt......" (halus je bunyi)

Sungguh aku tak dapat menahan diri dari tersenyum dan hampir terburai ketawa aku. Siapalah yang membuat onar ni. Tapi takpelah, tak heran sangat pun .Mungkin beliau tak tahan. Siapa yang tak pernah kan?? Tapi yang tak menahan takde sapa yang nak mengaku bila dah buat ni. Siapa nak mengaku kan. Malu la.. Kalau aku yang menjadi "pengebom" pun aku tak nak ngaku.."It will drop my water face" la konon..heheh..

Situasi 2

Sedang santai-santai. Tak tahan dan "ter" keluar.. Tak sengaja
"Prroooottt...."

Okeh? Apa tu? Aku dan Cik Rumet selalu panggil Katak Tersepit sebab bunyi tu kadang-kadang macam bunyi katak yang sedang tersepit pada sesuatu (dalam imaginasi dan bayangan aku la). Punca tercetus ialah apabila suka berangan tahap kronik.

Cik Rumet: Kentut??
Aku: Bukan..
Cik Rumet: Habis apa?
Aku: Tu Katak Tersepit namanya..

Katak tersepit tu ialah, ya.. K.E.N.T.U.T... hehe

Moral: Jangan kentut merata-rata..Dan, jika anda berhadapan dengan situasi ini tak kisahlah anda yang kentut atau ada orang di sekeliling anda yang "terlepas", jangan cakap kentut. Nanti individu terbabit akan malu.. cubalah sebut..
"Oh, Katak Tersepit rupanya"
Kan lagi sopan dan molek bunyinya..dengan bahasa yang berlapik la kononnya. Padahal, orang tau je kot..
*****
p/s:sama ke bunyi katak yang tersepit dengan "Katak Tersepit" ni?? hehehe..

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

Headernya


Satu segmen yang buat oleh Ben Ashaari iaitu BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU. Adakah aku berpeluang?? Takpe, yang penting enjoy..Jom Join..Tarikh tutup, jam 12 malam ni..ada masa lagi nih..hehe..
*****
Jom ramai-ramai..

Semalam atau Kelmarin

Amaran: Entry mempunyai kaitan dengan orang yang masih hidup dan nama adalah rekaan semata-mata kerana mahu menyembunyikan identiti sebenar.

Erm..memang macam nak gila aku jawab exam. Tapi bila cakap pasal gila teringat kisah dolu.. Rewind jap..

Ada seorang insan bernama Marry  yang mengambil jurusan pendidikan prasekolah sedang membuat lawatan sambil belajar seminggu (senang cerita). Bukan praktikal, tapi memberi pengalaman merasai suasana di sekolah. Dan, dijadikan cerita, guru di prasekolah menghadiri kursus dan hal lain. Maka Marry dan rakan-rakan lain seramai 3 orang harus mengajar selama semingu. Mereka ni baru lagi, belajar  pun tak habis, nak ngajar macam mana? Tak tau. Jadi, mereka ngajar la apa yang patut.

Disebabkan Marry suka menyanyi walaupun suara tak sedap, Marry confident nak ajar murid-murid menyanyi. Marry dan Angelina mengambil kelas 1, manakala Sally dan Hanna ambil kelas 2. Marry mengajar murid menyanyi dan Angelina mengajar origami. Sally dan Hanna mengajar seni lukis dan bercerita.

Pada suatu hari, murid-murid Kelas 1 mahu menyanyi lagu yang telah dipelajari. Jadi, Marry pun meminta menyanyi pelbagai lagu (berkaitan dengan pelajaran sahaja). Tibalah hingga saat:

Marry: Baiklah, cikgu mahu kamu menyanyi lagu yang kita belajar semalam.
Murid A: Gila apa cikgu ni? Semalam mana ada orang pi sekolah.
Marry: (Agak terpinga-pinga sebab semalam ialah hari Rabu dan mereka semua hadir. serta ucapan GILA yang baru dihadiahkan sangat mengejutkan) Lagu yang cikgu ajar semalam la.
Murid A: Semalam takda orang pi sekolah la cikgu. Lagu tu kita belajaq kelmarin. Gila apa cikgu ni. Mana ada orang mai sekolah malam-malam.
Marry: (confius lagi) Kelmarin cikgu tak ajar lagu apa-apa pun.

Datang Angelina meleraikan kekusutan dengan muka terkejut dan ketawa terbahak-bahak sebab Marry baru sahaja dicop gila oleh murid-murid.
Angelina: Marry, sorry. Aku lupa nak habaq. Orang utara panggil semalam tu malam tadi. Kelmarin tu hari sebelum.
Marry: Manalah aku tau. Aku orang selatan. Kami panggil malam tadi, malam tadilah. Semalam tu hari sebelum dan kelmarin tu untuk 2 hari lepas.
Angelina: Kami panggil tu kelmarin dulu.
Marry: Pulak..patutlah budak ni cakap aku gila tadi.
Angelina: Yela..mana ada orang pi sekolah malam-malam buta. (sambil mahu menyambung ketawa)

Dan disebabkan Marry sekarang ada di negeri Kedah, terpaksalah beliau menggunakan terma yang sepatutnya walaupun kekok.
Marry: Baiklah murid-murid, kita nyanyi lagu yang kita belajar kelmarin.
Murid B: Kenapa cikgu cakap semalam tadi? Cikgu mai sekolah ka?
Marry: Tak adalah. Cikgu panggil kelmarin tu semalam. Cikgu bukan orang Kedah.
Murid C: Oh..Cikgu bukan orang Kedah, Cikgu orang Johor kan..
Marry: Erk?? Ha..ye..cikgu orang Johor.

Dan, pandai-pandai murid itu sahaja meneka Marry ni berasal dari mana. Paling tak tahan ialah Marry harus mengajar dan berdialek loghat utara sebab mereka tidak memahami sangat bahasa standard. Disebabkan Marry orang selatan yang menjadi orang utara celup apabila menuturkan loghat utara, ada murid yang tanya:

Murid D: Cikgu orang Kokdiang ka?
Marry: ????

Dan, Angelina menjelaskan bahawa loghat yang dibawa Marry adalah seperti orang yang duduk disempadan Siam sebab bunyinya agak aneh di pendengaran mereka. Sebab itu murid D menganggarkan Marry berasal dari Kokdiang.. Itulah bezanya semalam dan kelmarin bagi orang di Utara dan Selatan.

Sekian, tamat.


Disebabkan 1 perkataan yang membawa maksud berlainan, Marry dilabel gila oleh murid berusia 5 dan 6 tahun.
Disebabkan perkataan semalam dan kelmarin, tak memasal Marry dicop gila.
Disebabkan Marry guna bahasa standard dan mereka guna dialek, Marry dapat title keramat saat itu..Sob..sob..
*****
p/s:Sekarang aku amat berhati-hati apabila bercakap dengan orang utara. Nanti kena tuduh gila lagi..Taubat..!!

Wednesday, 25 May 2011

Lega

Assalamualikum..(sopan sikit ini hari)

Lega....sebab apa?
1. Esok paper last dan lepas dari segala seksaan exam ni. Aku bukan seorang yang beroientasikan peperiksaan. Sesuai dengan diri aku yang lemah pemikiran dan selalu lupa ni. Orang exam pergi fokus baca buku.. Aku fokus juga, tapi baca BLOG.. Sekarang da pukul bape, buku tak buka lagi.. Tapi aku rasa, sem ni aku bijak sikit..(ini ayat bangga diri). Sebab apa?

Semalam dan hari exam yang sebelumnya..
Member-member: Eii, senangnya soalan, macam yang dibincangkan di FB. Senang tak Marcella(nama tipu)?
Aku: Bolehlah..(Aku takde FB, aku tak tau apa yang dibincangkan)

Hari ni...
Aku: Senangnya soalan hari ni..(sambil nyanyi "mari kita ke ladang" dalam hati)
Member-member: Senang betul-betul ke senang tipu? Susahlah soalan tadi..
Aku: La..senang yang sungguh la..(ayat riak)

Ye, aku dapat jawab hari ni. Kebetulan soalan yang kuar betul-betul bab yang aku terbaca 2 jam sebelum jawab exam. Tergerak hati..Al-hamdulillah.. Itulah pentingnya baca buku ye..(menasihati diri sendiri). Sudah, jangan takbur, besok menangis ko..

2. Aku menulis laju sikit hari ni masa jawab exam sebab masa 1st paper aku, kertas dah kutip pun masih bulatkan jawapan..Sadis sungguh aku waktu tu. Member sebelah pandang sinis. Hari ni aku siap 10 minit lebih awal sebelum masa tamat..Hebat tu (hebat bagi aku, walaupun ada member yang kuar 1 jam lebih awal, aku tak kira).. Tiba pula masa aku jeling-jeling poyo member sebelah. Jawapan belum tentu lagi betul sebab semuanya dihentam..(padan muka aku tak study). Tulisan pun of coz lah huduh. Maaf inche pensyarah sebab terpaksa membaca esei saya dengan tulisan yang teramat cakar ayam. Saya nak kejar masa.
Tulisan aku lawa lagi daripada ni

3. Nak balik umah da..yeay, cuti 3 minggu.. Nampaknya menternak lemak lagi jawabnya..

Baiklah..tiba masa bersengkang mata dan menjadi seperti ini
Comel kan??
Gambar ihsan inche Google
*****
p/s: aku dan Cik Rumet akan berusaha. Chaiyo!!

Tuesday, 24 May 2011

Pelakon Hindutan Time Kecik part 2

Okeh..mari kita lihat kesinambungan wajah pelakon yang hidung sumenya terpacak belaka ni.. Sebelum tu, mari aku perkenalkan Ritesh bhaiya aku. Bukan bhaiya, tapi oii mere jaanu.. sapa nak tau lebih lanjut, klik Ritesh Deshmukh ini. Ok, inilah jaanu aku buat masa ni:
nilah poojaan aku- Ritesh Deshmukh
 Adik aku panggil mamat ni Si Juling. Kasihan dia. Walaupun dia agak ada sedikit strabismus tu, iu bukan penghalang untuk berjaya. Lakonan dia ni ok juga, santai je..Alahai, terpromote pula. Ok, marilah kita kembali ke tajuk utama.

1. Kareena Kapoor
Lawanya mata





2. Katrina Kaif
Gelpren Salman (masih lagi ke)

3.  Preity Zinta
 

4. Ranbir




5.Saif Ali Khan




6. Salman Khan
Kecik-kecik da otai..haha
Da besar, cute!!
7. Shahid Kapoor
Ensem ex-karina ni

8. Sonam Kapor (anak Anil Kapor)



9. Shah Rukh Khan

10. Vivek Oberoi
Manja dgn ayah ye?




Okehlah tu untuk kanak-kanak yang tak kenal erti glemer.. ye dak??
*****
Aku tengok sume dari kecil sampai besar, sama je ghoman ae..














































Pelakon Hindutan Time Kecik part 1

Siapa suka tengok cerita hindustan? Ye, aku memang gila hindustan dolu-dolu. Tapi sekarang ni kureng sket. Okey..mari kita nge'check' pelakon Bollywood masa mereka masih kecil. Sama ke tidak muka mereka? Memang dari kecil comel ke? Jom tengok pelakon ni masa masih naif, innesen, tak glemer. Aku tepek skali gambar mereka semasa sudah pemes walaupun suam-suam kukoo..

Amaran: Aku tak tau aku eja betul ke tidak nama mereka ini..Salah silap harap dimaafkan. Kot-kot ada peminat kipas susah mati mereka yang terbaca..Ok, enjoy..

1. Abhishek Bachan
Sayang sguh kat dia ni
Renungan tu..

2. Aishwarya Rai (Ashu)

3. Akshay Kumar
Muka makin muda ni..

4. Amir Khan

5. Bipasha Basu
Girangnya senyum

6. Deepika Pandukone (aku selalu panggil Deepika Pandukei)

7. Hirthik Roshan
Muka sebijik mcm dlm citer Koi Mil Gaya

8. John Abraham
Gojesnya dia




 Cukup dulu..yang baki lepas ni..
Amacam? Ada tak yang tak kenal? Ada? Tak pe.. 
Sama tak muka mereka masa kanak-kanak?
*****
p/s: aku sekarang ske tgk lakonan Ritesh Deshmukh..tak kenal? yang mata Strabismus tu..
Stabismus itu adalah juling..

Segmen Bloglist AbgTeror


Segmen disertai kerana perlu menjawab 4 soalan je tanpa ada apa-apa syarat penyertaan.. Baiklah..

1. Dimanakah anda dilahirkan?
-saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Kubu Baharu


2. Dimana anda dibesarkan?
- saya dibesarkan di sekitar Selangor selama 14 tahun dan di Negeri Sembilan selama 8 tahun.


3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
- Selangor


4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.

i) Selangor tak ada dialek khas namun terdapat banyak etnik seperti Jawa, Banjar, Kampar, Minangkabau, Bangkahulu, Kerinchi, Mandahiling dan banyak lagi. Jadi, Selangor kaya dengan bahasa etnik-etnik ini. Saya pun ada darah daripada salah satu etnik berikut..
ii) Selangor tempat saya di lahirkan. Tanah tumpah darahku. Temapat terjatuh lagi dikenang, inikan pula tempat membesar.
iii) Kedua-dua kampung ibu bapa saya ada di sini.
 
Tu je jawapan aku.. Bab-bab nak mengarang jawapan ni, memang failed. Nak join? Boleh pergi sini. Klik tu:
Blog Abgteror

Sekian, terima kasih..
*****
p/s: masih ada harapankah untuk menang?? hehehe..enjoy..

Monday, 23 May 2011

Mak Aku Memang Best!!

Contest..

Ini adalah contest ke-2 yang aku join. Dianjurkan oleh Joegrimjow dan hadiah ditaja oleh Faridzulasyraf.com dan Denaihati.com. Peserta haruslah membuat entri bertema “Selamat Hari Ibu” dan syukur masih tak terlewat aku nak join sebab tarikh tutup 31 Mei 2011.

Aku dan Mak aku

Aku tak pernah ucap Selamat Hari Ibu sebab aku ni pelupa. Jadi, aku takut, bila aku da mula budaya wish-wish ni, sampai pada tanggal berkenaan dan aku lupa wish, mesti mak aku terasa.Ye dak? Jadi, bagi aku ialah setiap hari merupakan hari ibu sebab mak ni begitu special buat setiap insan bergelar anak. Aku tak sure abang dan adik aku wish ke tak. Kalu dorang wish, mesti mak aku heran aku tak wish. Tak pe, nanti aku explain pada beliau.

Kenapa aku cakap mak aku best? Ok, ni alasannya:

Mak aku adalah bestfriend aku, boleh share apa aje.

Semua benda aku cerita kat mak aku. Memang share macam bestfriend. Kalau aku tak cerita, mak aku korek. Tapi, tak semua aku cerita sebenarnya. Sorry mak. Kenalah juga tapis kan. Hahaha. Jadi, kami memang dah macam kawan. Aku suka berangan. Kadang-kadang aku berangan dengan mak aku tentang bakal suami aku yang ntah sape-sape. Kalau sampai mood, time aku berangan, mak aku yang lebih-lebih sambung berangan. Siap cakap:

“Tak habis lagi. Sini dulu, sambung cerita” 

See?? Lagi 1 cerita, mak aku ni tak kisah. Pada 1 hari, aku agak kecewa putus cinta monyet lah agaknya. Aku cakap kat mak aku.

Aku: Mak, dah putus.
Mak: Takpe, belajar dulu. tu yang penting.
Aku: Sedihnya, rasa nak nanges lah.
Mak: Ngada!!

Terus aku tak jadi nak feeling-feeling, touching-touching. Memang terbantut habis. Mak memang Best!!

Mak aku pandai psiko aku

Ni part yang aku lemah dengan mak aku terutamanya bila aku nak jadi anak durhaka secara minor. Haha.. Yela, kadang-kadang aku ni malas nak pergi kenduri kawen. Jadi, bila mak aku suruh semua pergi, aku refused la. Mak aku cakap senang je:
“Ko tak pergi tak pe, nanti time ko kenduri takde orang datang baru tahu”
Aku memang takut sikit bab-bab karma ni. Jadi, aku pun pergilah juga. Sebenarnya, aku yang cepat sangat takut dengan ayat psiko mak aku. Mak aku tau, ni memang kelemahan aku.

Mak aku “berjiwa kelajuan”

Tengok, mak aku ni memang suka kelajuan. Tambah-tambah kalau nak kejar masa. Tak payah cakap, kalah Evolusi KL Drift tu. Time drive, mak aku paling suka selekoh. Selekoh yang mak aku suka ialah selekoh berbukit di Bukit Putus dari Kuala Pilah ke Seremban. Siapa yang pernah lalu tau la jalan tu macam mana. Dari nama jalan pun tau jalan tu memang “rare” punya. Dulu mak aku ni selalu pergi Seremban atas urusan kerja. Jadi, beliau memang seronok sebab nak lalu jalan febret beliau. Tapi sekarang, Bukit putus tu dah ada jalan lain. Takde kona-kona maut lagi.

Mak aku sayang aku

Sebabnya ialah

1. Masa aku mula-mula masuk hostel, mak aku tak bagi aku balik naik bas. Setiap kali nak balik umah, mak aku datang jemput kat hostel. Semua kata aku anak manja. Aku marah sebab aku memang tak manja. Beliau risau keselamatan aku takut aku sesatlah, kena culiklah. Takpe, aku faham sebab mak aku sayang aku.

2. Masa sekolah, aku tak pernah keluar dengan kawan-kawan aku pergi mana-mana terutamanya naik bas. Sekarang, naik kereta dengan kawan pun mak aku risau. Pernah juga aku memberontak, tapi lama-lama aku paham yang mak aku sayang aku.

3. Mak aku tak pernah bagi aku kerja part-time sampai hari ini. Beliau takut orang ngorat aku. Macamlah aku cantik. Tapi beliau paling takut kalau aku yang terjatuh hati kat mana-mana mamat sebab mak aku sayang aku.

4. Masa aku nak ambil PMR, mak aku tak bagi aku buat kerja rumah. Baju aku mak iron, kasut aku, mak basuh. Mak cakap “belajar je”. Malangnya, aku ni lemah pemikiran. Result aku tak bagus. Jadi, keistimewaan ditarik. Masa SPM sebab semua aku buat sendiri, takde keistimewaan masa nak PMR dolu-dolu. Beliau buat semuanya sebab mak aku sayang aku.

Sebenarnya, kalau aku buat list, sampai tahun depan pun tak sudah-sudah. Mesti korang cakap aku ni teruk, manja, tak berdikari. Mesti korang terpikir nape mak aku gini. Jawapannya:

“Anak perempuan mak sorang je. Kalau jadi pape, macam mana? Mak tak de anak perempuan lain”

Walaupun aku anak pompuan tunggal, aku tak manja. Tak caya tanya mak aku sebab mak aku selalu cakap gini bila orang cakap aku manja:

“Dia ni tak manja langsung. Mengada ada lahh”

Tapi yang paling buat aku rasa terharu even sampai saat aku tulis ni, aku sedang tahan perasaan ini apabila mak aku cakap:

“Setiap kali lepas solat, mak doakan ko dapat jodoh yang sayang ko, boleh bimbing ko, terima ko seadanya. Mak selalu risau kalau laki ko naik tangan ke, buat perangai, atau sia-siakan ko. Ko dah la anak perempuan mak sorang. Mak harap dia tak sia-siakan atau kecewakan ko. Mak sedihlah kalau dia buat anak mak macam tu”

Bila buat entri ni, aku jadi rindu kat mak aku even pagi tadi baru beliau call. Aku nak pergi call beliau. Beliau selalu cakap aku call tak kena timing. Nak buat macam mana, dah time tu  yang teringat.

Mak, terima kasih sebab lahirkan orang, jaga orang, dan bagi kasih sayang yang sangat banyak. Orang tak rasa mak insan lain buat kat anak-anak diorang macam mak bagi kat orang. Orang rasa sangat bersyukur sebab jadi anak mak dan dikurniakan mak macam mak. Orang tak pernah cakap benda-benda yang mengharukan sebab orang tak tau nak cakap depan-depan macam mana. Orang bukan jenis yang bermulut manis. Orang tau mak akan baca sebab ada kawan mak jadi follower orang, mesti beliau akan bagitau mak. Orang minta maaf banyak-banyak sebab selalu sakitkan hati mak dan buat mak kena operate masa orang baby dulu. Orang tak tau kalau isap susu men-men boleh buat susu tu berkumpul dan beku sampai kena operate keluarkan susu beku tu. Orang tak sengaja. Terima kasih sebab mak bersabar dengan kerenah anak mak yang sangat nakal dan degil ni. Mak, luputku seng okeh-okeh dingapuro yo..

Entri ini panjang. Maaf. Aku baru lepas call, ye mak aku tengah tengok cerita hindustan Boothnath.
 *****
  p/s: Aku tipun dulu, baru post entri ni. Ayat last tu, bahasa Jawa. Jadi, translate sendiri pada pakar.