Wednesday, 16 November 2011

Cerpen: Kau Tisu Aku


            “Amirul...,” suara Amy teresak-esak dihujung talian.
 
            “Kenapa Amy? Kenapa menangis ni?” tanya Amirul kebingungan.

            “Amirul..,” seru Amy lagi.

            “Ya Allah, kenapa dengan kau ni? Cuba cakap, baru aku tau,” kata Amirul lebih kepada memujuk.

            “Kenapa dia buat aku macam ni? Sampai hati dia,”

            “Dia? Siapa? Dia buat apa dekat kau?”

            “Aku sedih sangat ni. Aku tak sangka akan jadi macam ni,”

            “Aku tau sedih. Sebab tu aku minta kau cerita. Baru aku faham,”

            “Aku tak tau nak cerita macam mana, nak mula dari mana. Aku serabut ni,”

            “Okay, kau tenang dulu. Kau tarik nafas dalam-dalam, lepas tu baru kau cerita,”

            “Tak boleh,”

            “Macam inilah. Aku call kau lagi setengah jam. Aku tau kau tak nangis lagi. Dah, jangan sedih-sedih lagi. Okay?”

            “Okay,”

            “Lepas itu baru kau cerita ya? Tapi, kalau kau masih menangis, siaplah kau,” ugut Amirul.
**********
            “Saya minta maaf Amy. Saya tak mampu nak teruskan hubungan ni lagi. Saya dah banyak menyiksa perasaan awak. Saya tak nak awak terseksa lagi,” ujar lelaki itu.

            “Maksud awak??” soalku berpura-pura tidak mengerti.

            “Kita putus,” jawabnya lambat. Aku mampu mendengar dengan hati yang sebal. Huh..

            “Okay,” balasku tenang. Aku cuba mengawal diri. Berpura-pura tenang sedangkan perasaan dalam hatiku berkocak hebat seperti dilanda perang yang maha dahsyat. Tapi, cuba beriak cool. Hey, ini Amyra Sofea la. Takkan aku nak menangis, teriak macam orang gila. Takkan aku nak meraung-raung sambil cakap ‘kenapa awak nak tinggalkan saya, tolonglah jangan tinggalkan saya’.

            Gila apa aku nak cakap macam tu. Dah orang tak sudah sudi, takkan nak paksa. Redha ajelah. Mungkin ada hikmah. Ceh, berlagak baik. Padahal empangan mataku sudah mahu pecah. Bila-bila masa sahaja. Boleh buat countdown. Dalam hati sudah bergumam ‘tak guna punya jantan’. Tapi, takkan nak diluahkan pula. Aku ni budak yang agak penyabar dan sopan juga dalam soal hati dan perasaan ni.

            “Okay,” balas Asfar juga dengan nada seperti tidak percaya. Hey budak, betullah apa yang kau dengar tu. Ada dengar aku maki hamun ke? Takde kan. Tulah, kau akan menyesal sebab lepaskan perempuan sesabar dan sebaik aku ni.
**********
            “Oh, jadi kau dah putuslah ni dengan budak Asfar tu?” soal Amirul setelah tempoh bertenang yang diberikan tamat.

            “Ye,” jawabku lemah sambil tersedu sedan.

            “Sudahlah. Tak payahlah kau nak menangis untuk orang macam tu. Orang macam tu tak layak untuk kau tangiskan. Buang air mata je,” nasihatnya seperti ingin memberi semangat padaku.

            “Tapi, aku sedihlah. Aku ingat petang tadi dia contact aku sebab dia rindu aku ke, apa ke. Rupanya nak putus. Kau boleh bayangkan tak perasaan aku ni? Dekat 3 minggu dia menyepi, mestilah rindu aku ni menggunung. Tapi, apa aku dapat??” aduku panjang lebar minta simpati. Biar Amirul ni faham situasi jiwa aku ni.

            “Kau hanya dapat kecewa. Tengok, tak berbaloi pun. Kau rasa dia baik ke? Hey, kalau betul dia sayang kau, dia takkan biarkan kau 3 minggu sunyi sepi macam tu je. Memang patut makan sound la weh. Tapi, kau still konon optimis, berbaik sangka, berfikiran positif. Penyudahnya apa?? Putus. Dia blah macam tu aje dengan alasan yang bodoh,” ulasnya berasional dengan aku.

            “Aku bingung la. Aku still terkejut,” jawabku membela diri sambil air mata masih lagi setia menemani pipi mulusku.

            “Sudahlah, berhenti mengangis. Terseksa aku dengar kau macam ni. Kau kawan aku. Tak sanggup aku tengok kau bersedih. Dia tu ego Amy. Dia tetap tak mengaku salah dia. Takkan kau nak bersedih sebab orang yang ego dan bodoh macam dia? Kan?” pujuknya lagi.

            “Betul tu. Dia memang bodoh sebab lepaskan perempuan yang cantik, bijak, baik, cool, sabar dan jelita macam aku ni,” balasku dengan penuh semangat dan sedikit rasa riak dan takbur.

            “Ah, sudah. Perasan pula. Tapi, kira okaylah tu. Kira kau ni dah normal balik. Apa kes ratu cool tangkap leleh. Putus cinta pula tu. Ceh, bikin malu jelah,” ejek Amirul.

            “Kurang ajar statement kau tu. Anyway, thanks. Aku rasa lega sangat sekarang ni. Sekurang-kurangnya beban yang aku pikul sudah berkurang. Syukur aku punya sahabat seperti ini. Ini baru dikatakan sahabat susah dan senang bersama-sama.

            “Itulah gunanya kawan,” ujarnya tenang. Sebingkis nama itu memang selalu membuat hidup aku penuh warna, penuh rasa. Amirul Azhari. Teman bergaduh, teman berbual, teman mengadu segala keluh kesah, teman aku menumpahkan segala air mata dan rasa. Dia sentiasa ada di sisiku, ketika aku memerlukannya. Weh, mana nak jumpa kawan macam ni??
**********
            “Amy, kau tak patut buat macam tu tau,” ujar rakanku yang merupakan rakan Asfar juga. Ah, aku ni ratu blur juga. Apa yang aku dah buat? Tiba-tiba kena terjah ala-ala mahu sound, mahu nasihat. Hello.. Wo! Soba jang, soba.

            “Apa yang aku dah buat? Kau pehal ni Udin, tetiba je. Aku tak faham,” balaku kebingungan.

            “Takdelah. Kalau aku jadi Asfar pun, aku bengang. Aku pun ada ego. Tercabar juga beb,” kata Udin yang tidak menjawab soalanku.

            “Asfar? Aku dengan dia dah putus. Lama dah. Tak payah sebut-sebut lagi. Aku tak kenal orang yang bernama Asfar,” ujarku keras. Hati masih sakit. Luka mungkin sembuh, namun parutnya tetap ada. Apa Udin cakap tadi? Ego? Huh, betul cakap Amirul. Asfar tu memang ego.

            “Yelah, kau suruh kawan baik kau kirim salam kat dia, pastu sound dia. Mana Asfar tu tak terbakar? Dia lelaki, tetiba ada lelaki lain yang nak ceramah free dekat dia. Angin la beb,” terang Udin. Apa cerita yang Udin nak cakap ni. Oh-ho.. Baru gua ingat.

            Hello Mr. Udin, tu cerita lama. Siapa suruh dia senyap sunyi je. Dekat sebulan tau. Aku pesan kat kawan aku tu, kalau nampak Asfar, kirim salam. Tu aje. Dia yang emo sangat, ego sangat, nak terasa lebih tu kenapa?” soalku berang.

            “Eh, aku ni lelaki. Aku tau la. Kalau tetiba ada lelaki lain yang aku tak kenal, datang kat aku, sound aku, tegur aku, bagi nasihat kat aku suruh aku ingat awek aku, mesej ke call ke, mestilah aku rasa tercabar. Tu awek aku. Nak sibuk apahal?” balas Udin dengan paduan suara yang emosional.

            Relax bro. Kau ni yang nak emo ni kenapa? Tapi, bagi aku tak salah. Kadang-kadang kena ada juga orang yang mengingatkan kita. Kita tak selamanya betul,” ujarku dengan nada yang tenang. Cuba bagi alasan pada Udin. Eleh, nampak sangat Udin sokong Asfar. Sokonglah kawan kau yang tak guna tu!!

            “Memanglah, tapi bagi aku tak perlu begitu. Kesian Asfar,” keluhnya. Oh, ini bikin aku hangen.. Ewah, manyak cantik!!

            “Kau kesian kat Asfar je, kat aku?? Dia yang putuskan hubungan. Kau tahu tak hati aku pedih sangat-sangat?” soalku geram. Benci Udin kalau gini gayanya.

            “Bukan kau je pedih. Asfar pun pedih juga. Kau bukan nampak dia menangis, dia sedih,”

            “Ah, aku peduli apa. Dia yang minta clash. Lagipun, perkara lama. Kenapa kau ungkit?”

            “Aku kesian kat Asfar,”

            “Kau tak tahu cerita sebenarnya Udin. Perangai dia. Aku dah penat. Penat jadi baik, penat jadi sabar. Akhirnya dia buat aku kecewa. Aku tak marah dia putuskan hubungan. Aku marah dengan cara dia dan sikap dia. Dah tak ada jodohlah Udin,” 

            “Tak apalah kalau kau cakap macam tu. Maaf tiba-tiba marah kau,”

            Aku faham kenapa Udin bereaksi begitu. Asfar kawan dia. Ah, habis aku ni kawan Udin juga. Hampeh punya Udin. Mentang-mentang aku ni dah jadi bekas rakan sekolah, dah pindah sekolah lain sewaktu masa dahulu. Kau sokong Asfar tapi kau salahkan aku. Kau tak tahu Udin, Asfar buat aku ni macam tak wujud. Dia cakap dia sayang, dia cinta, tapi dia layan aku lebih teruk daripada kawan biasa.

            Asfar memang jarang call aku, tapi bila aku dah rindu, aku call dia. Tapi, dia balas panggilan aku dengan dingin. Tapi, bila ada kawan-kawan yang mengenali kami sewaktu dia menjawab panggilan, bukan main merdu lemak manis suara dia. Romantis habis. Sudah tentu aku sedar itu semua hanya lakonan. Untuk apa?? Supaya rakan-rakan kami tahu yang kami ni loving-couple? Cet!! Dusta. Aku tak nak hidup dalam kepura-puraan. Sebab tu masa Asfar cakap putus aku boleh tenang je. Tapi, aku tetap rasa sedih mengenangkan diri aku ni yang bodoh sebab boleh suka kat orang yang tak guna macam Asfar tu.

            Kes yang Udin keluh kesah tu pun satu hal. Hei, Amirul ni. Aku suruh kirim salam kalau jumpa Asfar. Kalau jumpa. Dia pula pergi cari dan sound mamat tu. Aku nak marah pun tak boleh. Nasi dah hangit. Eh, dah jadi bubur. Tapi, kalau jadi bubur, masih lagi boleh makan. Kalau hangit, tak sedap nak makan. Haha. Ok, berbalik kepada tujuan asal. Asfar dan Amirul ni kira sebagai satu kawasan la. Aku kawasan lain. Jadi, kalau nak terjumpa tu boleh saja.

            Yelah, Amirul ni dulu dok tanya aku boyfriend sihat ke tak. Kalau dah lama tak berhubung, mana aku tahu. Aku tipu sunat cakap sihat. So, aku gurau cakap kalau jumpa kirim salam kat dia. Aku rindu kat Asfar tu. Mana aku tahu yang Amirul ni nak ceramah Si Asfar tu. Tapi, bagus juga. Padan muka. Mesti ego dia rentung habis time tu. Rasakan!! Apa kau fikir ego kau seorang je Asfar? Aku juga punya hati dan perasaan.
**********
            Hubungan aku dengan Amirul sering disalah ertikan. Adakah lelaki dan perempuan tidak boleh bersahabat baik? Entahlah, ramai rakanku menyatakan bahawa lelaki dan perempuan tidak mungkin bersahabat baik. Mereka menyangkal bahawa hubungan dua gender ini bisa terjadi tanpa wujudnya perasaan yang halus. Apa perasaan halus tu?? C.I.N.T.A. Aduh, itulah persepsi dan mentaliti kita ni. Kalau dua jantina itu, hubungannya harus cinta. Ish. Tak cinta pun tak mengapa.

            Ah, kau ni Amy. Kau mungkin tak suka. Tapi, tak mustahil Amirul bisa tertawan hatinya. Tak mustahil juga Amirul anggap kau sahabat, kau yang jatuh hati padanya. Iyakah?? Entah. Aku rasa kami berkongsi perasaan yang sama atas hubungan yang sama. S.A.H.A.B.A.T. Ha, yang ni betul Tiada dusta. Sila percaya. Ya, sahabat suka dan duka. Susah dan senang. Buktinya Amirul sentiasa sokong aku tak kira apa aku buat. Kira orang putih cakap, disebalik kejayaan aku ni berdirinya dia dibelakang aku memberi semangat. Cewah!!

            Pada suatu hari, aku ingin pulang ke kampung. Tapi, ayah berkursus luar daerah. Nun kat Perak sana. Ibu pula kurang sihat mahu menjemput aku di stesen bas. Jarak stesen bas dengan rumah aku adalah dalam 30 minit hingga 45 minit. Amboi, macam nak cari masa suhu ketuhar pula. Okay, kembali ke topik asal. Jadi, aku betul-betul bingung. Dari stesen bas ke rumah aku ada juga bas lompat. Tapi, aku ni anak yang dimanjakan. So, aku tak tau nak naik bas yang lalu depan rumah aku tu. Haish!! Masalah negara betul. Tup-tup!! Bingo!!

                        + Assalamualaikum. Aii..

            Mesejku cuba berbasi-basi. Nak minta tolong kenalah buat baik, sopan-sopan. Kan?? Tak lama kemudian, mesejku dibalas. Apalagi, mukadimah dulu. Sabar. Jangan terus terjah.

                 + Esok kau busy tak?
              - Tengok keadaan. Kenapa?
              + Nak minta tolong sikit. Boleh??
              - Tolong apa?
              + Aku nak balik umah esok. Tapi, takde orang jemput kat stesen bas.
              - Kenapa?
              + Ayah kursus kat Perak. Mak tak berapa sihat. Aku risau la.
              - Jadi?
             + Kau free tak? Tolong jemput aku. Kalau tak free takpe. Nanti aku ikhtiar yang lain.
             - Aku free lepas solat jumaat sampai pukul 3 je. Lepas tu aku kerja.
           + Ok. Nanti aku atur jadual perjalanan supaya sampai sana dalam jam 2 petang. Aku gerak pagi la, lepas kelas. Terus gerak.
            - Ok. Tapi jangan lambat. Lebih time tu, kau jalan kaki la jawabnya.
           + Thanks. Sorry menyusahkan kau. Thanks sangat-sangat. Aku terharu.
           - Takde hal la. Small matter.

            Ah, lega. Selesai satu masalah. Aku dah susah hati nak selesaikan hal ni. Tapi, satu hal lagi. Aku tak pernah naik kereta dengan orang lelaki lain selain daripada ayah dan abang aku. Aish.. Kusut, kusut. Macam mana ni. Nanti berdua-duaan.. Huu, harap semuanya selamat aje.

            Amy, orang tu dah baik hati tolong kau, kau pulak yang jahat hati fikir benda lain. Eh, kalau dah lelaki tetap lelaki, Kita yang perempuan ni tetap kena risau. Tak boleh percaya bulat-bulat je. Sedang haruan makan anak, inikan pula sahabat sahaja. Tu dia, lagak ibarat Karam Singh Walia. Ni Amy Karam Lautan Dalam. Tak baik berprasangka buruk, prejudis.

            Esoknya, awal lagi aku dah sampai stesen. Takpe, aku biar dia solat jumaat dulu. Aku solat di surau yang ada di stesen bas sahaja. Lenguh juga nak menati mamat ni. Nervous pun ada. Yelah, ini pertama kali buat perkara ni. Ayah tak tahu. Kalau ayah tahu, mau aku kena sembelih. Aku dengan ibu rahsia je. Kami cakap aku balik naik bas. Tak lama lepas tu, dia datang naik Kelisa, dengan specky bagai. Kawan yang gerak dari hostel sama-sama dengan aku cakap dia handsome. Yeke? Biasa je aku tengok. Ah, biarkan saja. Kena kejar masa ni.

            “Assalamualaikum,” sapaku ketika melangkah ke keretanya.

            “Waalaikumussalam. Sorry lambat,”

            “It’s okay. Thanks. Susah-susah je,” kataku cuba berbasa-basi. Eleh, ni ayat bajet je.

            “Ibu sakit teruk sangat ke?”

            “Entahlah, katanya tak boleh nak gerak sangat. Itulah, ayah pun jauh. Risau juga. Tu yang balik juga ni,”

            “Baguslah, boleh tengok-tengok ibu,”

            Kereta terus meluncur laju membelah sunyi. Kami yang dalam kereta pun sunyi. Aku memang nervous jumpa dia. Kami dah lama tak jumpa. Berhubung melalui mesej atau call sahaja. Jadi, bila face to face ni, aku gelabah sikit. Dia pun senyap je, macam tak senang duduk. Sikit-sikit gosok tengkuk dia, sikit-sikit gosok lengan bajet sejuk. Aku pun sikit-sikit pandang ke luar tingkap, sikit-sikit curi-curi pandang dia. Tapi sikit je. Tak berani nak tenung anak teruna orang lama-lama. Lepas tu kami berpandangan dan senyum sumbang macam orang tak kenal. Begok!!

            “So, nak ke mana aje? Balik terus atau nak singgah mana-mana minum dulu?” soalnya memecah kebisuan antara kami. Aku pun tak tau. ras nak blik terus, tapi, separuh rasa lagi nak lepak dulu dengan kau. Tapi, aku segan nak lepak dengan kau. Aku malu.

            “Entah. Kau?”

            “Aku ikut je. Nak balik terus, aku hantar. Kau nak minum dulu, kita singgah kejap,”

            “Aku pun tak sure. Kau rasa?”

            “Kita balik teruslah. Kesian ibu tunggu kau lama,” jawabnya membuat keputusan. Wah, mulusnya jawapan. Kau pentingkan ibu. Tak sangka aku. Baik hati kau ye.

            “Okay. Bagus juga. Lepak kat rumah okay juga kan?”

            “Lepak? Aku nak kejar masa. Pukul 3 aku masuk kerja la,”

            “Yeke? Baru ingat nak lepak dulu. Lama dah tak jumpa, sembang-sembang,” ujarku berpura lupa. Aisehmen..

            “Kejap boleh la. Tak boleh lama-lama,” balasnya. Cukup!! Jawapan yang boleh buat aku tersenyum. Senyum gedik yang pasti. Bukanlah, of course senyum bahagia.

            “Kenapa kau senyap je? Nervous ke jumpa aku?” soalku selamba. Gugup pun ada.

            “Takde pape. Malu sikit kot. Aku kan pemalu orangnya,” balasnya spontan.

            “Eii, geli aku dengar kau pemalu,”

            Oh, patutlah dari tadi kau tak senang duduk. Malu rupanya. Keh, keh, keh. Tidak kusangka lelaki sepertimu malu kepadaku. Aku ni cantik sangat agaknya. Perasan. Alhamdulillah, aku selamat sampai di rumah dengan selamat seselamtnya. Ha, amek kau nak menunjukkan betapa selamatnya aku. Ibu pun gembira anak daranya yang kiut miut ni dah ada depan mata, dan paling gembira ada orang sudi jemput anaknya.

            “Baik juga si Amirul tu ye,” ujar ibu selepas Amirul pamit pulang.

            “Ye, dia memang baik. That’s why he is my best friend. Super best friend I ever had. Mana nak jumpa lagi,”

            “Dia ada perasaan kat Amy tak,” duga ibu. Aku mengangat kening Kak Ziana Zain. Apahal pulak ni. Soal suka perasaan pula. Aiseh.

            “Takdelah ibu. Kawan jelah. Mana suka-suka ni. Kalau suka pun, sebagai kawan je. Kami tak lebih daripada adik beradik,” sangkalku.

            “Amy, lelaki takkan rapat dengan kita, baik dengan kita tanpa sebab. Mesti ada apa-apa punya,” ujar ibu tak mahu kalah. Ish, ni malas ni. Kang keluar teori ibu try nak psiko aku, parah..

            “Yelah ibu. Apa-apa ajelah,” jawabku malas seraya beredar ke ruang tamu. Cepat woi larikan diri. Nanti lari meleret persolan yang akan dibangkitkan ibu. Aku bab hati dan perasaan ni malas nak fikir dah lepas aku putus cinta dengan Asfar dan Azri dulu. Eh, semua lelaki yang hadir dalam hidup aku ni bermula dengan huruf A sahaja semuanya? Gila bosan.

            Oh, aku putus dengan Azri tu dengan alasan takde alasan. Tak faham? Azri gantung aku tak bertali. Tiba-tiba je. Malam sebelum kejadian, dia call aku cakap umi dia tidak merestui hubungan kami. Seperti biasa, malam itu, aku takde mood nak layan jiwa-jiwa ni.

            “Umi saya dah tahu tentang kita. Umi marah sangat. Umi haramkan kita couple,” ujarnya tersekat-sekat. Yeke? Sampai begitu sekali.

            “Habis tu macam mana? Awak nak putus ke?” soalku tenang.

            “Awak dah gila ke? Awak tak sayang hubungan ni ke? Sedap-sedap je cakap putus. Cuba fikir dulu,” amuknya. Eh, suka je cakap aku gila.

            “Habis, umi awak dah tak bagi, takkan nak teruskan juga. Sampai bila? Saya sayangkan hubungan ni. Takpe, awak fikir dulu. Tenangkan fikiran. Anggaplah ini dugaan dalam hubungan kita,” pujukku.

            “Entahlah. Saya tak boleh fikir apa lagi. Saya buntu,” adunya.

            “InsyaAllah, semua ini akan selesai. Awak tak perlu fikir lagi. Pergilah tidur, berehat. Esok awak nak kerja,” pujukku lagi sebelum perbualan ditamatkan.

            Namun, keesokan malamnya, Azri misscall aku. Call sebenarnya. Namun ketika itu, aku berada di tandas. Sekembalinya aku dipembaringan, aku cuba menghubunginya. Namun tidak berjaya. Malah, aku tidak berjaya menghubunginya sehingga hari ini. Sudah setengah tahun. Untuk apa mengenang pada yang tak sudi. Untuk apa mengenang pada yang tiada. Sia-sia belaka.

            Dahulu semasa aku mengutarakan perpisahan, dituduhnya aku gila, tidak sayangkan hubungan, tidak berfikir. Habis, kau tu fikir sangatlah? Fikir masak-masak la?? Gantung aku tak bertali. Kesannya, hingga kini aku terasa. Aku rasa rendah diri, tak berguna, dan rasa diri ni teruk serta jahat sangat sehingga tidak layak bersama sesiapa pun. Antara Azri dengan Asfar, Azri lagi kejam. Pada siapa aku mengadu semua ini? Pada Amirul juga. Aila..

            “Apesal ha dia buat aku macam tu? Jahat sangat ke aku?” aduku teresak-esak.

            “Dia bodoh lepaskan perempuan macam kau. Dia tu ego lagi tinggi. Tapi kau pun salah juga,”

            “Kenapa aku pula?”

            “Kau tu stone sangat. Mungkin dia rasa kau tak perlukan dia. Dia boyfriend kau. Tapi, kau tengoklah kau tu. Tak cemburu, tak kisah dia buat apa. Mestilah dia rasa kau tak take care kat dia. Ada girlfriend, tapi tak macam perempuan lain,”

            “Aku tak cemburu sebab aku tak boleh nak cemburukan dia walaupun dia banyak kenalan perempuan. Aku percayakan dia. Aku tak mengongkong dia sebab aku rasa ini hubungan yang matang. Tak perlu nak cemburu buta. Dia bercinta dengan aku. Apa yang patut aku ragu sampai nak cemburu,”

            “Penting juga cemburu tu. Cemburu tanda sayang. Pernah dengar?”

            “Pernah. Tapi, tak cemburu tak semestinya aku tak sayang dia,”

            See, tapi dia tak tahu. Dia tak faham. Dia mesti fikir kau tak serius, tak sayang dia,”

            “Tak faham aku. Aku beri kebebasan, tak mengongkong, tak cemburu buta, beri kepercayaan penuh pun boleh disalah ertikan. Aku ambil berat tentang dia, kesihatan dia. Tapi takdelah 24 jam nak tanya. Aku percaya pada ruang privacy. Aku tak sukalah 24 jam nak melekat je,”

            “Dia yang tak reti nak menghargai apa yang kau bagi. Dahlah. Tak payah menangis lagi. Dia yang rugi sebab melepaskan perempuan macam kau. Yelah, bukan senang nak jumpa spesis macam kau ni. Tak reti cemburu, muka toya je,”

            “Kau puji ke mengutuk ha?” soalku bernada seakan merajuk. Ceh, nak perhatian lebih.

            “Aku cakap yang betul. Dah la. Dia bukan yang terbaik untuk kau,”

            “Mungkin aku ni bukan yang terbaik untuk dia kan,”

            “Tak!! Dia yang tak layak untuk kau. You deserve better,”

            Thanks. Kau memang kawan aku paling bagus. Tempat aku menangis,”

            “Kau memang. Yang hingus je bagi aku. Cett!!”

            “Kau ni kan tisu aku,”

            “Banyak cantik!!”

            “Terima kasih puji aku cantik. Susah-susah je,”

            “Baguslah kau dah kembali normal. Kalau tak tadi, bunyi hingus je. Kalau handphone aku boleh kuar hingus kau tu, berbaldi dah banyaknya,” kutuknya dengan niat berlelucon.

            “Hampeh kau. Ah, tulah gunanya tisu macam kau. Jenama mahal. Payah nak dapat. Dalam dunia ni, ada satu je. Tak ternilai,” bodekku.
**********
            Bertahun sudah peristiwa itu berlalu. Ah, begitu cepat masa beredar.  Sudah semakin tua aku ni. Cincin di jari manis aku renung dengan perasaan kasih yang melimpah. Siapa sangka dia bakal menjadi raja di hatiku, menjadi suri dalam hidupku. Eh, lelaki panggil suri ke? Okay, menjadi pelengkap hidupku. Dulu, aku pernah mengatakan kepadanya bahawa dia adalah sebahagian dari hidupku. Dia juga pernah menyatakan aku juga sebahagian daripada hidupnya. Jadi, bila bersatu, bukankah lengkap hidup kami?

            Lantas perjanjian di bawah pohon besar di hadapan bangunan kelas kami terimbau diminda. Melayang-layang meresap ke dalam jiwa. Ah, budak hingusan seperti kami berjanji yang bukan-bukan bak pasangan berkasih memadu asmara. Padahal asyik bertekak seperti anjing dan kucing. Pantang jumpa, bercakaran saja.

            “Tenang angin ni petang ni. Kan?” soalku mengadap padang yang menghijau.

            “Ya. Redup je rasa,” balanya memandang arah yang sama. Jauh pandangan.

            “Dalam tempoh 8 tahun, kalau kau takde girlfriend, dan aku takde boyfriend, kita kahwin sama-sama nak tak?” soalku dengan usul yang agak bodoh juga. Entah apa yang merasuk jiwa hingga aku bisa berkata-kata sedemikian rupa.

            “Ha??” soalnya kebingungan. Budak ni betul ke tak. Gila. Dia ajak aku kahwin tapi dalam tempoh 8 tahun lagi. Umur 25 tahun?

            “Macam mana? Nak tak? 8 tahun lagi,” soalku lagi.

            “Okay. 8 tahun lagi. Kalau kita takde sesiapa yang bertahta, kita kahwin berdua. Deal?” jawabnya setuju. Dia balas lamaran aku seh.

            Deal. Pohon ni jadi saksi. Ingat. Ini perjanjian bawah pokok. Kontrak bertahan 8 tahun. Time tu kalau kau dah ada pilihan, atau aku ada pilihan, sorry ye,”

            “Okay. Time tu, kau jangan tak setuju,”

            “Pasti setuju. Aku tak nak jadi andartu,”

            Siapa sangka, kontrak dan perjanjian bodoh di bawah pokok tu di tunaikan. Dia betul-betul melamarku menjadi suri dalam hidupnya. Gelabah juga aku nak terima. Hatiku berlagu sayang, cuma aku tak berani nak terima offer dia sebab ayah aku ni penghalang utama. Umpama cerita hindustan. Biasalah, anak ayah. Mesti nak yang terbaik. Ayah aku menentang habis-habisan walaupun baru nak bercinta.

            Iyalah, kerjanya biasa-biasa sahaja. Sedangkan aku, boleh tahan juga. Masyuk. Selamat si dia tak berputus asa. Mencuba sedaya upaya. Demi cinta kononnya. Ayah tak sudi pun ditebalkan juga mukanya datang mengambil hati. Tolong pindahkan baranglah, tolong mengecatlah, tolong itulah, tolong inilah. Pandai sungguh membeli jiwa. Demi cinta, segalanya sanggup sahaja.

            Hati orang tua, lama-lama terharu juga. Ayah pun bagi green light dalam ketidakrelaan. Pasti ibu psiko ayah. Apa lagi. Yabedabedu!! Kata si dia, cintanya suci, sebab tu hasrat hatinya tercapai. Terpancar sinar keikhlasannya. Kata ayah, si dia benar-benar cinta padaku. Jika tidak masakan sanggup menunggu aku untuk tempoh yang lama. Kata ibu, hanya dia yang faham perangai aku yang gila ni, yang sanggup tahan angin aku. Yela, aku ni berangin sikit. Ada masa riuh terlampau, ada masa nak marah-marah, ada masa kalau aku malas nak bercakap aku akan diam sahaja. Belum tentu ada lelaki lain dalam hidup aku yang akan faham seperti si dia. Iyalah, aku iyakan aje dengan senyuman gembira.

            Dulu aku pernah tanya, kenapa aku pilihan hatinya. Jawabnya dia selesa dengan aku, tenang bersamaku, serasi denganku. Katanya lagi, jika disurunya berkahwin, dan insan itu adalah aku, hatinya terbuka luas untuk menerimaku. Siapa tak terharu?? Tambah lagi insan yang berjiwa gula-gula kapas seperti aku. Cair...
**********
            Hari bahagia yang dinanti tiba juga. Aku sudah selamat menjadi isterinya. Menjadi suri dalam hidup jejaka yang setia mencintaiku, menantiku, memahamiku. Syukur.

            “Sayang, hidup ni penuh dengan kejutan. Siapa sangka sayang jadi isteri abang,” katanya.

            “Iyalah. Dulu kita kawan sekarang kita dah jadi suami isteri,”

            “Itu tak salah. Abang rasa itu lebih baik. Isteri abang inilah sahabat abang, teman abang. Sayang pun macam tu juga dapat abang. Kan?”

            “Ya, tak sangka abang tuntut janji bawah pokok tu. Dahlah macam-macam yang jadi dalam hidup sayang,”

            “Sayang, sepanjang tempoh tu, ada je hubungan yang mencelah. Tak kisahlah. Tu masa lalu sayang. Allah temukan sayang dengan orang yang salah supaya sayang dapat belajar dan dapat menilai sendiri erti kasih sayang dan cinta sebenarnya. Supaya sayang dapat tengok betapa dalamnya kasih abang pada sayang,”

            Sungguh aku terharu. Kasihnya tulus. Aku yang bodoh selama ini. Mengejar pada yang tak pasti. Air mataku mengalir.

            “Shh.. Sayang, kenapa nangis ni? Abang ada salah cakap ke?” soalnya. Aku hanya membalas dengan gelengan. Syahdu kurasakan.

            “Dah, jangan menangis. Abang tahulah tisu sayang ada depan mata. Abang tahulah abang tisu sayang. Dah, berhenti menangis,”

            “Ini air mata gembira,” jawabku. Ya, dia tisu aku. Kau tisu aku. Aku berkahwin dengan tisu aku. Siapa? Amirul Azhari. Lelaki yang selalu aku cari kalau aku nak menangis.

            “Lepas ni nak menangis tak payah call. Abang ada depan mata. Dulu abang pinjamkan telinga untuk jadi tisu. Sekarang abang pinjamkan bahu untuk sayang bersandar, berikan pelukan untuk sayang bertenang, berikan jari untuk mengelap air matamu, menghapus dukamu. Abang kan tisu sayang,” ujarnya lembut. Nah, jiwang pulak. Lagi aku touching.

            “Lagi?” soalku berani.

            “Nak baju abang buat kesat hingus pun takpe,” sakatnya. Cis. Jahat. Mengenakan aku. Serentak dengan itu aku memukul manja bahunya.

            “Tercapai juga hasrat abang nak tengok sayang menangis live depan abang. Dulu dalam phone je. Tak best,” sakatnya. Mulalah aku menarik muka. Memuncung. Tak sakat aku tak sah.

            “Puas hati??” tanyaku sinis.

            “Alolo.. Abang gurau je,” pujuknya seraya memelukku. Tenang kurasakan dakapan itu.

            “Abang akan jadi tisu sayang sampai bila-bila. Selamanya,” bisiknya menusuk ke kalbu. Ya, kau tisu aku!!
~Tamat~



Terima kasih kerana sudi baca... :)

34 comments:

aku_slamber said...

jalan cerita yang best..tertarik jua ayu nak baca..heheh..tq sudi singgah blog ayu..heheh..ada bakat ni..selamat maju jaya yaa...

Marcella said...

aku_slumber:

tq.. :)

zati mohd said...

alolo..pandai sgt wat kontrak haha.. BTW so sweet la ini couple

Nad_ine (Nad/ Nat) said...

huhu... tnx cella sebab bgtau Nad ttg cerpen ni... hihi... suka!

TEDDY GURLZ said...
This comment has been removed by the author.
TEDDY GURLZ said...
This comment has been removed by the author.
TEDDY GURLZ said...

ni ke cerpen yang akak cakap tu . akak buka la blog mel pulak . ade something .

Marcella said...

nad_ine (nad):


suka??thanks sebab suka..
nad punya pun best2 juga.. :)

sergeant keroro said...

pergh!! best baca, hehe XD

Marcella said...

Teddy gurlz:

iya mel sayang.. :)

Marcella said...

keroro:

yeke?thanks..baguslah gitu.. :)

Far8 budak baik said...

gile panjang..
tak terbace..
haha

Marcella said...

farid:

usaha tangga kejayaan..

sikit-sikit lelama jadi bukit..


ha,apa lagi kata semangat yg harus daku berikan?? :)

semutsengal said...

kisah dongeng kau ke ? Maaf aku tak baca habis.

Far8 budak baik said...

akak..panjang gile...
mmg bace tajuk jelahh..
hahahahahaha =p

محمد رازيق said...

nice !!!!! boleh jd novelis suatu hari nanti. salam kenal.

haziq said...

cite yg agak menyayat ati dan usus sye...haha

bagus nnti terbit kan novel ye..

fadh leyanie said...

lelaki mesti takkan habis baca punya cerita ni tak macam perempuan..siapa sangka jodoh kita adalah org yg kita tak pernah anggap sebagai jodoh pun..darpada aku kau..terus jd abg syg..:P

fizakamaludin said...

saya SUKA cerita ni.. ;)

zulhilmi tempoyak said...

erk...pnjgnye...haha

Bella Bell said...

wahhh. dah pandai buat cerpen dah ko ea. hehe.

Marcella said...

semut sengal:

kalau aku cakap ya???ada yang benar ada yang rekaan..hahaha..

Marcella said...

farid: normal la tu..takpe..hehehe

Marcella said...

muhamad razak:

tq..salam kenal.. :)

Marcella said...

fadh:

jangan cakap ko pun berangan nak cenggini..hehehe

betul tu..kita tak jangka kan..

Marcella said...

fadh:

jangan cakap ko pun berangan nak cenggini..hehehe

betul tu..kita tak jangka kan..

Marcella said...

fiza:

thanks darling.. :)

Marcella said...

zulhilmi tempoyak:

hahaha..panjang kan???baca habis tak??

Marcella said...

bella bell:

oh..terima kasih la..dah tengah takde koje..huhuhu..

Marcella said...

haziq:

sengallah ko!!

Marcella said...

haziq:

sengallah ko!!

Nong Andy said...

Aku rasa kau patut buat list cerpen kau kat tepi supaya mudah aku terjah ahahahaha..

Marcella said...

nong andy:


insyaAllah.. terima kasih sudi baca :)

uda 0610 said...

Best