Tuesday, 11 October 2011

Buku Teks

Assalamualaikum...

Ye, aku faham. Aku agak bersopan setelah sekian lama biarkan blog ni berhabuk.. Nak buat macam mana, busy nak jadi musician.. Okeh, hari ni aku nak share satu cerita..


Dulu masa sekolah, kita semua dapat buku teks pinjaman. Kan?? Tak de?? Ok, kamu orang kaya, tu tak dapat pinjaman. Berbalik kepada ceritanya:

Pada suatu hari yang indah, aku dan rakanku pulang lewat hari itu. Sudah menjadi hobi kami pulang lewat kerana kami membuat ulang kaji bersama-sama. Kawan aku tu opkos perempuan okeh.. Jadi, setelah tamat dan penat mencari ilmu (cewah), kami pun ingin pulang.

Namun, mataku tertancap akan sesuatu objek di bawah meja salah seorang penghuni kelas itu. Wow, ini meja budak baharu yang baru mendaftar. (harap maklum, pemilik meja ini seorang lelaki, agak tamapan, bijak dan memenuhi kriteria idaman gadis sekolah)..hahaha..

Jadi, dengan penuh kerajinan dan baik hatinya aku mengambil buku itu. Eh, dalam diri aku ni memang penuh dengan sifat-sifat terpuji tau.. Bukan ada sebab lain mahupun niat "udang disebalik batu". Dalam kepala aku ni dok pikir kalau buku ni kena rampas, kesian budak tu. Dah la baru sampai, kang kena denda lagi. Rosak reputasi. (aku memang jaga betul bab-bab reputasi ni).. So, aku kutip la buku tu dengan niat nak pulangkan. mungkin dia tertinggal bawah meja.

Maka, nak menunjukkan yang aku ni memang takde niat lain, aku tengok la meja lain kot2 ada lagi insan lain yang tinggalkan buku. Kalau aku tahu rumah budak2 ni, aku tolong hantar. Kalau tak tahu, aku sorokkan la tempat yang selamat. Aku ni kan pelajar yang berdedikasi dan pengawas yang baik hati..
Tapi, takde pun yang tinggal buku melainkan budak tu je. Jadi, aku pun minta tolong kawan aku ni hantar buku ni dulu sebelum hantar aku. Oh, aku tumpang kawan aku ni gi sekolah sebab dia bawa motor. BIla sampai kat rumah mamat ni, dengan penuh semangat aku bagi salam.

"Assalamualaikum... A(nama hadapan sahaja),"

"Waalaikumussalam..." mak A jawab.

"A ada makcik?? Dia tertinggal buku. Saya nak pulangkan," kaedah aku ni..padahal boleh je bagi kat mak dia..

Pastu, A pun kuar and aku pun bagi buku tu siap dengan pesanan ikhlas:

"Jangan tinggal buku bawah meja lagi"
*****
Selepas beberapa tahun.. baru-baru ni aku terbaca blog yang pemiliknya cakap yang beliau memang suka tinggal buku teks bawah meja sebab malas nak bawa balik rumah..

Oh. NO!!!!! Apa yang aku buat dulu tu??? Ceh..ceh...

So, itu namanya baik dan rajin tak bertempat. Bila pikir balik, bodohnya aku ni.. Ntah apa la perasaan A masa aku pulangkan buku tu.. Terharu ke, marah ke, bengang ke, apa ke?? Aku pun kompius lagi ni..

Mana satu??
*****
Maaf la kalau entri ni membosankan..

p/s: kepada A, aku minta maaf. memang takde niat lain seprti mahu mengorat ko ke apa. jadi, jangan salah paham, dan maafkan aku atas sifat aku yang naif tu ye...

16 comments:

Maizan Yunus a.k.a cheNon said...

ekekekekeke...klaka plak...

Maizan Yunus a.k.a cheNon said...
This comment has been removed by the author.
Marcella said...

che non: banyak la kelaka...orang da kompius ni..=)

sergeant keroro said...

rajin betul tolong hantar, hehe :P

Marcella said...

sarjan keroro: baik ada makna...sambil menyelam minum air..hahaha

fadh leyanie said...

kahkah..lawak la.aku pun dulu suka tinggal buku teks bawah meja,,berat nak bawak balik rumah.

Marcella said...

fadh leyanie: selamat kita tak satu kelas dulu.kalau tak,hari-hari ada buku teks delivery..hehehehe =)

muhamad hanif said...

Errr,


yeye je kawan kau lelaki,


HAHAHAHHAHAH

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

hahaha... blog sape la dye baca agaknye tu.. hahaha

baik ada makna pun xpe.. asalkan baik..

Marcella said...

anip:ye la...tak caya udah.. ko jeles sebab takde budak pompuan yg penah tlg hntr buku teks kat ko kan..hahaha...

Marcella said...

roy: erk!!!erm...erm...blog ko la..hahaha

yeke xpe???tapi zaman tu da lama berlalu..hehehe

Niena Pengembara Ilahi said...

ekekkeke... erk, tp lukisan tu berseni hehehe

pandangkedepan said...

haippp...ish3x...:P
jangan lepas ni jumpa muka buku bawah laci sudah...:P

Marcella said...

niena pengembara Ilahi: hehehe...berseni??peh..kagum cikgu seni saya dengar..

Marcella said...

pandangkedepan: muka buku bawah laci???hebat tu..hehehe..

Nadine April said...

haha... lawak giler... tetiba jadi posmen tak bertauliah... tapi takpe... janji nawaitu tu baik... hehe...