Thursday, 8 September 2011

Raya, Raya, Raya

Assalamualaikum...

Masih tidak terlewat untuk aku ucapkan

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Aku meyusun jari memohon kemaafan andai ada silap dan salah sepanjang aku berbelog. Mungkin ada tulisan enrti aku yang menggores hati dan perasaan kalian secara tidak sengaja. Atau mungkin juga ada komen aku yang tak berapa center yang mengecilkan hati korang.

Ok, musim-musim raya ni orang memang tak habis cerita hal raya. Baju raya, kasut raya, bertandang raya, duit raya.. Cakap bab duit raya, aku rasa raya tahun ni paling best beraya kategori Bukan Kanak-Kanak Lagi. Majoriti dalam kalangan kita ni dah masuk beraya kategori ni. Kan??

Jadi sedia maklum memang kurang sikit dapatan pengumpulan duit raya. Tapi, tahun ni aku secara tidak sengaja telah beraya kategori Macam Aku Masih Kanak-Kanak Lagi. Ialah, tahun lepas, aku beraya kategori di atas, aku dapat duit raya RM3.50. Lepas buat makan nasi bujang je. Tapi, tahun ni dengan rasa riak sedikit (padahal baru lepas minta maaf) aku nak umumkan aku dapat ratusan juga.

Bukan apa, aku nak tunjukkan jurang nilai mata wang tu je..So, apakah ciri-ciri dan tips Kategori Macam Aku Masih Kanak-Kanak Lagi ni??

1. Muka tebal
Ni bukan muka kulit cam kamus dewan tu. Tapi, buat muka tak tau malu, muka selamba dan senaif yang mungkin.. Sebab apa?? Tengok no.2..

2. Beratur dengan kanak-kanak
Ini memerlukan ketabahan yang tinggi. Dipandang keji oleh sepupu kategori bukan kanak-kanak memerlukan kesanggupan yang tinggi. Lebih baik jika anda berjaya memujuk sepupu anda untuk join anda. Lebih berkat. kata orang, buat benda baik..

Jadi, pastikan anda orang pertama dan berada di barisan hadapan masa beratur tu.. AHAHA..

3. Senyuman Manis
Ini penting supaya pemberi duit raya merasa tenang dan sejuk hati melihat anda. Selain itu, senyum itu satu sedekah. Apa salahnya kan.. Ingat, senyum semenawan, secantik, selebar dan semanis mungkin yang bila mana semut tengok pun rasa hurung..=)

Jangan lupa. Sambil salam tu ucapkan "Selamat hari raya. Minta maaf atas segala silap dan salah". Then, cium tangan. Lepas dapat duit raya tu, cakap "terima kasih" sambil tesenyum bahagia walaupun dapat RM1 walaupun dapat 50 sen. Lepas tu dengan keriangan, lonjak sedikit dengan penuh rasa kebahagiaan sambil cakap "yeay, yeay, dapat duit raya"...

Cukup lah tu.. Lain kali, bagi tips lagi.. Tapi yang penting di hari raya ni bukan duit raya sebenarnya. Kemaafan itu lebih berharga dan lebih penting. Tapi, kalau dah ada yang hulur tu, rezeki..Alhamdulillah.. Jangan dok pulun sangat dengan mengutip wang ye adik-adik..cewah!!

Ada sape-sape nak hulur wang raya kepada student macam aku ni??
*****
p/s: baru ni nak balik umah.sepanjang raya, hanya beraya di kampung...

12 comments:

muhamad hanif said...

aku taknak try, sebab aku tengah tidur pun org bagi duit raya lagi.



AHHAHAHAHA

Marcella said...

anip:yeke??alahai bagusnya..mau tak bagi kat ko.tido kuar air liur basi cam budak-budak..memang wajib la dapat..hehehe..peace..

zulhilmi.tempoyak said...

nk cium tgn bleh...???


hahahak

sergeant keroro said...

selamat hari raya :)

Marcella said...

zulhilmi.tempoyak:erk..tak dapat dah duit raya kerana kamu kategori bukan kanak-kanak lagi..muahahaha...(gelak yg sgt2 jahat)..=)

Marcella said...

sarjan keroro:selamat hari raya juga..=)

p/s:duitnya??hehehe..

syrupmasin said...

err..saye pon student nk juge duet raye :P

Marcella said...

syrupmasin: student??nak juga??meh sini beratur..=)

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

nikmat raya mmg lebih kat kanak-kanak..

nk duit raya dtg la raya umah roy ^_^

zulhilmi.tempoyak said...

hahahaha...sori sket ye...

org pggl adek2 lg ye..

hahahak

Marcella said...

azroy: tu la..bank in la senang..kahkahkah..=)

Marcella said...

zulhilmi.tempoyak: adik2??yelah...adek la sangat..

a'ah la..kiutnya muka..cm budak2.. (dengan nada tidak ikhlas) =)