Friday, 1 July 2011

Trauma

Al-kisah, terdapat seorang kanak-kanak yang sangat comel sedang bermain dengan gumbiranya. Ketika itu, semua saudara mara dan sanak keluarga sedang bersembang. Al-maklumlah, sudah lama tidak bersua muka. Pasti banyak story-mory yang ingin dikongsikan.

Di suatu sudut, ada seekor kucing yang tak kurang baik mood nya. Kucing itu menghampiri kanak-kanak yang sedang bermain seorang diri itu. Lalu budak itu pun pandang dengan tidak puas hati lalu berkata:

"Apa hal??"

Sejurus sahaja kanak-kanak itu berkata, kucing itu terus menerkam ke arahnya. Apa lagi.. Terkejut tenuk kanak-kanak itu lalu terus memulakan langkah seribu dengan ,melarikan diri. Rupa-rupanya kucing itu mengejarnya dengan kelajuan kuasa kuda. Mencicit budak itu berlari.


Habis satu kampung ditawafnya dengan juraian air mata yang tidak terperi sehingga pak ciknya datang dan berjaya menangkap kucing itu. Kucing itu kucing gila. Orang melayu kata "gila meroyan". Kucing itu baru kematian anaknya. Apa motif kucing itu mengejar masih kekal misteri hingga ke hari ini. Sejurus kejadian itu, budak itu amat trauma dengan kucing. 5 batu jauh pun jika terlihat kelibat kucing, pasti akan menghilangkan diri.

Selama bertahun-tahun juga mahu pulih daripada keadaan itu. Tapi kini, budak itu sadah pulih daripada tarumanya. namun, sifat sayang yang berlebihan terhadap makhluk itu seperti gadis lain yang berjumpa kucing amatlah minimun peratusnya.

JANGAN BERMAIN API DENGAN KUCING GILA!!

*****
p/s:nak letak lukisan, tapi tak buleh pulak. tak tau nape lembap sangat. kuciwa!!

11 comments:

muhamad hanif said...

AHAHHAHAHAHAH.


tu kau kan ?


LALLALALLAAL

Marcella said...

anip:alah..tak boleh berdrama sikit..mengapa mesti aku??


*ye...tu aku..


sekarang okeh dah..=) hahaha..

Sang Pencinta said...

kucing itu nak makan durian.. tue kejar pemetik durian hahhaha..

aku tidak merepek kan.. ahaks

Shawn Razaleigh said...

hahahaha. gua suka tapi takut dgn semua binatang mcm mana nak ubat?

Marcella said...

pencinta:ndak..ndak merepek tu...=)


shawn:tu parah sket..tapi takpelah..kebarangkalian lu nak menganiaya hewan tu tipis sikit..hehehe..

Bella Bell said...

haaaa.. jangan nakal2 sangat lain kali ok? hahaaha!!~

pandangkedepan said...

kucing pun meroyan ke...ni gara2 ada 9 nyawa lah ni..:P

Marcella said...

bella bell: saya tak nakal cikgu..kucing tu yang kejar..saya tak tau apa-apa pun..


pandangkedepan:percayalah...mungkin juga..hehe..=)

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

kah~kah~kah.. terkincit-kincit bdk tu lari yer?? haha

vampire's lovex said...

memang patut trauma wehhh..

Marcella said...

Roy:cak!! maunya tak terkincit..tu masuk marathon kompom menang tau..


vampire's lovex: trauma yg melampau..=)