Sunday, 17 July 2011

Memanfaatkan Cuti Di Hujung Minggu

Semalam, yakni 16 Julai 2011 adalah cuti hujung minggu yang dimanfaatkan dengan sesungguhnya.. Pagi-pagi hari lagi aku bertolak ke HUKM dengan Cik Rabbit untuk menghadiri satu kursus.. Kurus apa??

Apesal jadik cenggini??

Kursus ni bermula dari jam 08.00 pagi sampai 04.00 petang. Apakah Pesakit Piawai ni?? Pesakit piawai ni ialah menjadi pesakit untuk doktor pelatih buat amali atau exam. Pesakit piawai harus berlakon seperti pesakit real tapi doktor pelatih tak tahu pun kita ni pesakit olok-olok (kalau berlakon real sangat-sangat). Setiap lakonan adalah rahsia kerana itu adalah exam mereka. Kerahsian itu penting. Itulah ceritanya.. Dan!!! Jadi pesakit piawai ni dibayar dengan harga minimum RM15 sejam.

Nak duit lebih?? Pandai berlakon?? Boleh simpan rahsia?? Pergilah ke HUKM dan daftarkan diri sebagai pesakit piawai.(macam promote da...) Tak rugi apa pun. Pengalaman tu yang best sebenarnya.. Nak tahu lebih lanjut, pergilah cari brosur pesakit piawai ni kat HUKM. Aku join pun sebab Cik Rabbit ajak. Kalau tak, aku pun tak tahu ada benda ni. Berminat?? Berminat??

Dapat sijil lagi...

Ok!! lepas tu kami pun pulang sebentar merehatkan badan sebelum berjoli lagi untuk akiviti seterusnya.. Apakah???


I-city!!

Tengok lampu-lampu dah tengok tahun lalu.. Percutian kali ini (cewah!!) ialah bermain dengan suhu dan agak bajet overseas..hahaha




Barulah merasa sikit ala-ala Winter Sonata atau bajet belajar kat luar negara. Sebelum masuk, teruja. Lepas masuk, tak tahan nak keluar. BEKU kot!!! Masuk poyo tak pakai glove. Baru bape minit pegang ais, dah kejung kaki tangan aku. Keluar kejap beli glove. Mak aih...sejuk gila. Jadi, tak belajar kat negara salji pun takpelah. Janji aku tak mati beku.. Hehe.. Bagus tak aku dalam memanfaatkan cuti di hujung minggu??? Lepas ni nak pergi ambil adik aku kat hostel dan celebrate besday adik aku yang harinya dilahirkan ke dunia pada tanggal 16 Julai 1995 (kirala umurnya berapa). Takde celebrate apa pun. Nak pergi makan-makan je..



Cuti Hujung Minggu Yang Sangat Bermanfaat!!!

*****
p/s:hilang serabot kepala aku....

13 comments:

Farhana Sukre said...

menyamar jadi pesakit, ngorat doktor sekali...heheh

Marcella said...

farhana:doktor lelaki takpe..kalau doktor perempuan???gila apa nak jadi less??hahaha.. Astaghfirullah...(istighfar3...)

bukan menyamar sangat pun.adalah rasa ala-ala citer House, Grey anatomy, tak pun ER..hahaha.. berminat tak??dorang memang nak ramai SP (menatang) ni..

Far8 budak baik said...

ehhhhh nak dftr gakk lahhhh..
tapi kalau dy potong potong
bandan kita..tawakkal jelah kn..
hahahahaha...

muhamad hanif said...

bestlah dpt bercuti kan...

Marcella said...

far8 budak baik:hahaha..takdelah..jomlah daftar.takde nak kerat2 ke,inject2 ke..yg penting memang tak kan bg kemudaratan..jom lah..=)


anip:erm..best sgt2..barulah merasa nak rilek2..=)

K O R I E said...

wow bestnya dpt g i-city!
nak sgt g tmpat salji tu ;D

Marcella said...

korie:memang best gila la..ada masa nanti pergi lah..main selji palsu..(pelsu pun da syukur sangat2,merasa juga) hehehe...chaiyo2..

Siti Arfah said...

Cuti yg best ! ;D

Shawn Razaleigh said...

waa gembira betul, kursus kawen suda?? hahah

~~kimz~~ said...

pergh.. xnak la... kang kena amik darah pengsan terus... hahahaha..

http://zukhirman.blogspot.com/2010/02/malunya.html

Marcella said...

siti arfah:oh..sudah semestinya..=)


shawn:kursus tu belum..npe??nak pergi sekali??haha


kimz:haha..takdelah..tak usik pun.=)

sergeant keroro said...

yeke? tak pernah tahu pon, siap ade sijil tu. best!

p/s : enjoy sakan, hee

Marcella said...

sarjan keroro:erm,tau xpe..jom g join..