Thursday, 21 July 2011

Jawapan Tak diDuga

Assalamualaikum..

Isnin lepas, tamat je waktu sekolah, aku memang dah tak sabar yang berkobar-kobar nak balik. Badan letih, opkos nampak bantal je. Jadi, dengan penuh semangat waja aku pun panjat tangga opis, sign nama dan pergi bilik guru nak ajak Cik Rabbit dan Cik D (bukan nama penuh) untuk pulang. Al-maklumlah, aku tumpang Cik Rabbit ke sekolah.

Ok, bila sampai je, aku tengok mereka sedang sibuk. Ye, aku paham. Jadi, aku tarik kerusi dan duduk menghadap mereka dan membantu apa yang patut. Kemudian, Cik Rabbit keluar dengan Cik Eija untuk makan. Maka, tinggallah aku dengan Cik D. Sedang leka menaip, tiba-tiba Cik D bersuara "Ya Allah, Astaghfirullah hal 'azim.." yang mana membuat hati aku teruja nak tengok.

Aku: Pehal?
Cik D: Tengok ni..

Jawapan Murid Cik D

Aku: Ya Allah.. Nape budak ni...(sambil berkira-kira nak gelak).
Cik D: Esok kena tanya budak ni..
Aku: Tadi tak perasan?
Cik D: Tak sempat. Ni baru sempat baca nak semak jawapan.

Untuk makluman, anak murid Cik D adalah murid tahun 5 dan Cik D mengajar Bahasa Malaysia. Amacam? Terduga tak jawapannya? Tapi, aku rasa budak ni tengah emosi sangat-sangat. Tapi, ayat dia lawa.

"..... saya akan mengambil senapang gajah dan menembak mereka secara bertubi-tubi. Selepas itu saya akan renyuk-renyuk dia, gigit-gigit dan telan."

Nasiblah Cik D.. Selamat aku ajar prasekolah dan hari ni aku ajar mereka menghasilkan pencuci mulut untuk slot sebelum pulang.

Sesi Refill

Sekian sahaja.. Wassalam..

18 comments:

MisS HoNeY said...

haha...lawak.jenuh la budak tu ri nie

muhamad hanif said...

kahkahkah,

ini baru satu malaysia..



AHAHHAHAHAHAHAHAHAH

Marcella said...

miss honey:erm,tak tau la apa nasib budak tu..hehe..


anip:hahaha..banyak lah ko.ni mesti spesis ko ni..=)

Shawn Razaleigh said...

mengundang betullah budak ni

Marcella said...

shawn:hahaha...erm,sendiri buat sendiri tanggung la kan..rasanya budak tu tak apa-apa kot..=)

Farhana Sukre said...

Macam kenal je cik D tu...sebab tu aku tak mau ajar tahap 2..ada karangan yang memang susah nak ajar.

Marcella said...

farhana:hahahaha..sebab tu aku pilih prasekolah.hari tu relief tahun 3 pun cam nak gila aku..hadoi...tak tahan..tak bley,tak bley..jiwa pra yg sgt kuat!!hahaha =)

Terbelog said...

mmg cari pasal ha3

Idham said...

yang aku tak tahan tu siap nak TELAN!! kat akhir skali. senak perut aku gelak... hehe

sergeant keroro said...

hahaha, gigit-gigit XD

p/s : budak tadika relax kan? hehe :)

Bella Bell said...

hhahahahahahhaa.. kelakar la jawapan depa ni...

redzuan23 said...

hahhaha.. kelaka la..

✿ gadis biasa ✿ said...

ngehehehee

:))

Marcella said...

terbelog:erm..memang saje la tu..=)


idham:tu lah..ntah apa yang emosi sangat..


sarjan keroro:tu menunjukkan geram sangat tu..hahaha..budak2 umor 5,6 thn pun ada ragam juga..penatnya lain sikit..hehehe..=)


bella bell:kita yg baca ni kelaka.cikgu yg nak tanda kertas t,berbulu baca..hahaha..


redzuan23:hehehe..budak2..


gadis biasa:suka ya cik gadis??hehehe..=)

pandangkedepan said...

ahaha bertubi2 tu...lapa kot anak murid tu...ehehe

Marcella said...

pandangkedepan:ntahlah..budak tu ada masalah agaknya..=)

k.h.a.l.i.l.a said...

hahahaa...... lawak btol budk nih

Marcella said...

khalila:lawak la sangat..mula-mula dengar memang gelak.tapi tgk reaksi penanda kertas cam kesian je..hahaha..