Thursday, 9 June 2011

Tazkirah Khamis- Nur

Assalamualaikum..

Memandangkan hari ni khamis, aku nak share sumtin. anggaplah ni kuliah isya' ke. Aku nak kongsikan makna wirid dalam Wirid Hari Khamis yang aku petik daripada buku "Wirid dan Doa Harian" yang disusun oleh Salbiah binti Omar dan Ahmad Hasan bin Mohd Nazam.

Moleklah tu.. Hari ni hari khamis dan ni adalah sesetengah makna wirid yang dipetik dalam Wirid Hari Khamis. Kebetulan pula. Aku nak kongsikan sebab aku suka dengan petikannya iaitu:

"Wahai Tuhanku, pasangkan nur dalam hatiku, pasangkan nur dalam tubuhku, pasangkan nur di hadapanku, pasangkan nur di belakangku, pasangkan nur di kananku, pasangkan nur di kiriku, pasangkan nur di atasku, pasangkan nur di bawahku, pasangkan nur pada pendengaran ku, pasangkan nur pada penglihatanku, pasangkan nur pada rambutku, pasangkan nur pada kulitku, pasangkan nur pada dagingku, pasangkan nur pada darahku dan pasangkan nur pada tulang-belulangku.

Wahai Tuhanku, kurniakan perbesarkan nur untukku, kurniakan nur kepadaku dan pasangkan nur untukku. Maha Suci Tuhan yang menyandangkan keagungan dan berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang tiada yang lain yang sayugia ditasbih melainkan Dia"

Sungguh indah bukan?? amalkanlah dengan berdoa kepadaNya..
*****
p/s: Semoga kita semua dikurniakan nur dan diterangi cahaya nur itu seterang-terangnya..Amin...

2 comments:

Azroy Kassim said...

Baa~ CAK!!

Terangilah kami dgn nur.. Amin..

Marcella said...

Roy:Amin....(insaf kejap)