Wednesday, 29 June 2011

Tangan Nakal

AWAS!!: entri SERAM..

Inilah rupa dan keadaan bilik shower di kolej kediaman perempuan di kampus (ku).
Dinding senggat yang memisahkan antara shower yang hingga buku lali sahaja. Boleh nampak kaki orang sebelah yang mandi. Tapi, jangan skodeng. Kalau skodeng pun, bukannya nampak!! Begok..


Di kala malam bulan mengambang, auuuwwwww (efek serigala mengauww) seorang gadis sedang mandi dengan asyiknya. Tika itu, jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Gadis yang baru pulang dari Mid mandi kerana terasa melekit dan berlengas keseluruhan tubuhnya. Rimas!! Maka, tuala dicapai, dan pergilah Gadis membersihkan dirinya.


Dengan penuh asyik dan seronok si gadis mandi. Siap dengan menyanyi-nyanyi lagi..


Tiba-tiba....!!
Ada sesuatu yang mengganggu.. Gadis merasakan ada yang aneh. Sungguh sejuk dan suam pergelangan buku lalinya.
Ada tangan yang menyentuh hingga Gadis menjerit tak hengat donia.. Kaget!! Terkejut yang tak terkojat. Tangan yang asal dari shower sebelah. Gadis takut kerana hanya dia seorang sahaja yang berada di kamar mandi tatkala itu.


Rupa-rupanya...
Bukan tangan hantu mahu tangan sesiapa. Tapi tangan manusia. Itu tangan aku!! hahahaha.. Gadis berang dengan mengatakan "Kurang ajaq, siot, gila, dan lain-lain" setelah menyedari itu bukan hantu. Hahaha.. Nasiblah.. Setiap perbuatan ada risikonya. Tapi, gadis tak marah pun. Gadis teanjat je..

Itu memori aku bersama Gadis semasa duduk 1 floor. Sekarang gadis tinggal di blok lain, aku di blok lain. Wing aku ni pun shower takde senggat gitu. Batu habis sampai lantai. Jadi, aku dah bersara jadi "Tangan Nakal" a.k.a "Hantu Tangan Di Shower".Aku tak buat selalu pun sebab takut aku pula yang kena "kacau" betul-betul dengan "yang sebenar"... Mau pengsan aku dalam shower tu.

Mereka tak dapat balas dendam sebab posisi kena betul di mana boleh nampak insan mana yang try nak dajalkan aku dengan hulurkan tangan mereka dan pegang kaki aku. So, mereka tak berjaya. Dan, aku takkan mandi lewat malam. Takut kena betul-betul. Aku ni penakut. hahahaha..

Maaf kepada Gadis kerana menakutkan kamu ketika itu..
*****
p/s: jangan nakal-nakal.. kena batang hidung sendiri baru tahu..ingat tu.. (cewah!!)

23 comments:

muhamad hanif said...

laa,, kenapa awek tu mndi pakai baju..

tak thrill lah..

sergeant keroro said...

haha,nakal betul XD

Marcella said...

anip:ceh!!gatal betul.. erm, ingat tadi nak lukis berkemban je..tapi tak sesuai untuk tatapan umum.ini bukan belog 18sx ok..hehehe..(di harap dapat menjawab soalan)

keroro:nakal-nakal manja gitu..aktiviti di masa lapang..hehehe

Syazwan said...

hahahah..
menyeramkan..
ooo..memang mandi pakai macam tu ea ?..
hehehe

Syazwan said...

sokmo busy..huk.huk.* gedik*

Marcella said...

syazwan:sape terkena,time tu memang seram.yang mengusik ni,dok tahan gelak je..hahaha..anggap la mandi pakai begitu..

gedik??hahahaha..tu bukan gedik,ngada je..kakaka..=)

Farhana Sukre said...

kikiki..lawak! Aku tak masuk tandas macam ni..sanggup masuk tandas yang pintu tak nampak kaki..

Bella Bell said...

hahahahaa.. ok.. sangat nakal! tak mau mandi malam2 bila marcella ada.. hehehe!!~


anip!!!! nakal la anip tu.. hahaha!!~



^^

Marcella said...

farhana:toilet wing kat belah hang kan memang tutup habis..hang tok sah risau,aku tobat dah.tak da orang nak kenakan ang.lau tomen nak wat,aku tak tau la..

bella:jangan mandi malam.tak elok..mandi siang pun saya kacau juga.jaga-jaga, "tangan nakal" tu menghulur je..

anip tu nakal + gatal la..hahahaha..=) sori anip..

pandangkedepan said...

hantu kaki la ni erhh...menarik...durian satu...:P

Akulah Pak Lan said...

Haha..siot ja...

MisS HoNeY said...

haha..nakai guh.

vampire's lovex said...

ahahaha takde keja,..naseb baik aku x satu dorm dengan kau,kalau x mampuihhh aku kena kacau..kih kih..konon ko nak kacau aku...hahaha

Shawn Razaleigh said...

hahaha, notty2. tanjat boboi..hehe

mykhalis said...

gila ganas gurauan ni. kalau kena kat khalis memang pecah bilik air sebab terkejut

Marcella said...

pandangkedepan:tak la..ngusik je..hantu ngusik..haha.durian??ok..kejap lagi sampai.

akulah pak Lan:nak try kena cam ni tak??hehehe

Miss honey:mana ada nakai..gurau,usik sikit..

vampire's lovex:mana boleh lawan vampire.kang kena cekik dan hisap darah,sia-sia je..hehehe

shawn:tanjat ae boboi??ala,tecian..

khalis:mana ganas.sopan apa.hulur tangan je..hehehe..tau da enche khalis tu,dapat bayangkan caner boleh musnah shower tu..hehehe..

syrupmasin said...

ohh igt hantu :D

Marcella said...

syrupmasin:hantu juga..orang yang perangai baik berjuta-jula lemonade dari hantu..hahaha

saktipilo said...

weh2..awat yg sebut2 nm aku... aku x wat kt roomate sendri...x pa nnt aku wat kt hang plak..

Farhana Sukre said...

haha, aku bagitau tomen, dia dah baca entri ni..kaka

Marcella said...

saktipilo:dak aih,ana yg takut sangat.tu aku ckp,aku tak usik dia pun.lau hang aku tak tau la kan.walaupun aku tau hang tak kan buat.hang baik..hehe..hang nak wat kat aku??mai la..


farhana:apa la hang ni..tengok,tomen da salah paham,mau balas dendam..hahaha..takpa,aku tunggu dia turun kat floor yang sunyi & menyeramkan ni..=)

saktipilo said...

wing hang mmg seram weh~~~ auuwwwwwuu!!!!!
wing aku n farhana dlu~~

Marcella said...

saktipilo: hahaha...auuuwwwwuuu!!
tapi belakang hostel aku ni bunyi anjing je la,bukan serigala..maghrib sat g hang dengaq la..tensen..