Saturday, 11 June 2011

Tanda-tanda Dapat Free Call

Free call selalu dapat time sambut birthday. Kalau pengguna celcom tu, dapat sampai seminggu. Mesti korang pernah dihubungi kawan-kawan yang dapat free call atau korang adalah pemanggilnya. Jadi, tanda-tanda anda diganggu rakan yang dapat free call:

1. Call setelah sekian lama menyepi
 Aku: dah lama ko menyepi, tiba-tiba call. Nape? Rindu ke?
Kawan: Tak lah.. Aku dapat free call, tak tau nak kacau sape lagi

2. Call untuk tempoh yang lama
Aku: Lamanya ko call aku ni. Banyak ke credit ko?
Kawan: Takdelah.. Aku dapat free call, belasah la..

3. Call tiap-tiap hari:
Isnin, Selasa, Rabu....
Aku: Tiap-tiap hari call, rajin betul ko. Baguslah, ingat kat aku hari-hari..
Kawan: Aku dapat free call. Kalau tak, takde makna aku nak call ko.

4. Call tiba-tiba sebab sedia maklum lebih suka mesej (kedekut credit.kalau call pokai kang)
Aku: Kenapa? ada emergency ke? call tiba-tiba ni..
Kawan: aku dapat free call..

5. Call tak kira masa
Aku: Pukul bape dah ni? Esok-esok jelah..
Kawan: Aku dapat free call ni. Esok nak habis dah, rugi kalau tak guna.. Jom la, borak kejap..

6. Call sebab kena warning
Aku: Happy birthday.. ko dapat free call kan?? Jangan lupa call aku
Kawan: Erm, tengoklah dulu. Aku nak gayot dengan orang lain bila dapat free call ni..

Tak kisahlah atas alasan apa pun, bagaimana pun caranya, mesti kita pernah dihubungi kawan yang dapat free call kan?? Tak apa, tu adalah tanda kawan kita ingat pada kita. Iyalah, dia sudi call kita. Tak kisahlah kalau free call pun. Janji kawan kita tak lupa kita. Kan??? Lagipun, setahun sekali kita nak layan kerenah kawan kita tu. Kira tolong ceriakan hati member juga lah sebab tu kan birthday dia, kena tumpang happy.. Ye dak??
*****
p/s: aku jarang kacau orang bila dapat free call. Tak kuasa nak gayot sampai panas telinga, handphone meletop (ini semua dusta belaka-aku suka berborak kot)..hahaha..

3 comments:

sergeant keroro said...

hahaha. same lah kite.

sekarang free call tak tahu nak buat ape :P

ada baki 5 hari lagi XD

muhamad hanif said...

alang-alang dah free col,

col anip lah..

AHAHHAHAHAH

Marcella said...

sarjan:happy belated bday..call la kwn2 lama yg da lme tak dgr citer

anip:kena tgu tahun depan la..free call sy dah lepas..hehehe