Monday, 13 June 2011

Tanda-tanda Berjiwa Kelajuan

1. Meter paling perlahan 80 km/j
Penumpang: Perlahanla sikit, laju nya..
Pemandu: Mana ada laju. 80 je..

2. Memarahi pemandu di hadapan yang sangat lambat
Pemandu: Apa perlahan sangat ni? Nak jalan-jalan ke hape? grrrrr…

3. Suka gear 5
(no.2 dirujuki)
Pemandu: adoi.. perlahan macam kura-kura. Tengok, dah kena tukar gear. Bencik!!

4. Tak suka membrek
(no.3 dirujuki)
Pemandu: Aiseh...lu bawa sikit punya pelan, dah gua kena brek. kalau keta gua buruk, gua langgar je. selamat kereta gua tak buka plastik lagi..grrrr...

5. Memandu di lane paling kanan
Tak kisah la jalan berapa lorong pun, mesti nak drive di lorong paling laju.
Pemandu: Apa barang duduk lane 1, banyak lori.. Tak boleh laju-laju

6. Suka memotong a.k.a cilok-cilok
 (semua no. di atas dirujuki)
Pemandu: Slow sangat, potong ah.. tembel!!

7. Lagu 'Jiwa Kelajuan' menjadi sumber inspirasi
Pemandu: Definisiku tetap sama dengan kelajuan, tidak ku gentar kerna bagiku ini masa depan.lalalal~~

8. Kaki menekan pedal minyak dengan jayanya
(no.1 hingga 6 dirujuki)
Pemandu: woohooo.. bestnya laju-laju..
Dan terus menekan pedal minyak tanpa was-was..

Ada tanda-tanda di atas?? Anda memang rempit-rider punya orang..tahniah..
Pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang tersayang..
*****
Masih tidak berani melakukan no.6..budak baru belajar..hahaha..

4 comments:

muhamad hanif said...

saya yang no 7 tu..ahahahaha

Marcella said...

anip: ye??tu pun salah satu lagu febret suatu masa dahulu..hehehe

elnino moona said...

waa.. sy termasuk semua d atas..matikla~

Marcella said...

elnino moona:yeke??wa...salute...