Thursday, 2 June 2011

Suara Misteri

Pada suatu malam nan indah dan sunyi, masih segar mata tiga sahabat se'floor' iaitu Mia, Sya dan rumetnya Mei. Jam menunjukkan angka 2 pagi. Mereka bersembang sambil menikmati teh panas yang disediakan oleh Sya. Malam itu mereka menemankan Mia yang mahu mengejutkan kekasih hatinya untuk menonton pelawanan bola jam 3 pagi nanti. Sambil membuang masa dan menghirup teh, tiga sahabat itu bersembang tentang masa hadapan. Mia seorang yang matang dan memandangke hadapan, walaupun kadang-kadang bersifat keanak-anakkan.

Sedang mereka bertiga bersembang tentang anganan, mereka bertiga senyap dan melayan perasaan sambil menghirp udara segar dari tingkat 5 itu. Al-maklumlah, jendela dan pintu bilik Sya terbuka luas. biar sejuk katanya. Tiba-tiba Sya memandang Mai dan Mia. Mia bertanya kenapa dengan mengangkat 'kening' dan kepala persis gangsters. Mai hanya terkebil-kebil memandang Mia dan Sya.

Tiba-tiba Sya bangun dan menutup pintu dengan tidak tentu hala serta menarik tirai langsir dengan rakusnya. Sya terus meluru ke katil dan menarik selimut dan menyelubung badannya. Diam tidak berkutik.

Mai: Hang ni kenapa Sya?
Mia: Awat hang ni? Hang jangan macam ni, sat gi lagi 'dia' mai kat hang kalau hang macam ni.
Sya: Sungguh?

Kata Sya seraya bangun dan bertenang. Selimut sudah jatuh ke bahu. Ok, ok.. Cool.. Kata Sya dalam hati dan bertenang dan sambung minum teh semula. Tapi, Sya tidak memberitahu kepada Mia dan Mai. Sya senyap seribu bahasa kerana ketakutan masih menyelebunginya. Dup-dap dup-dap jantungnya berlari kencang.

Pada keesokan harinya..

Sya: Kak Mia, malam tadi kak dengar juga ke?
Mia: Dengar apa? (dengan muka blur)
Sya: Habis, dah akak cakap 'hang jangan macam ni, sat gi lagi 'dia mai kat hang' tu kenapa?
Mia: Oh, tu..
Sya: Kak, kak tau ke 'dia' tu?
Mia: Dak aih.. Akak rasa tak sedap hati masa tu, meremang, seram-seram je. Tiba-tiba tengok hang lagu tu, tu yang akak cakap tu. Awat? Hang dengar apa?
Sya: Saya dengar orang menyanyi. Sayup, sedih je suara dia. Perempuan kak. Lirih sangat. Saya  tak ingat lirik dia, tapi masa saya dengar malam tadi, bait dia sedih sangat. Lara sangat jiwa dia. Tapi sekejap je.
Mia: Sungguh ka? Kak tak dengaq papa pun.
Sya: Saya ingat kak dengar. Saya ingat budak sebelah. Tu saya senyap je. Nak dengar betul-betul.Tapi saya sure bukan suara diorang. Dah pukul 2 lebih, siapa nak bersenandung macam tu. Lagipun dia macam bersyair pun ada. Sekejap je. Dalam 4 baris kot.
Mia: Patutlah hang tutup semua tiba-tiba.
Sya: Mau tak seram kak. Saya tanya Mai, tapi dia lagi la tak dengar apa-apa, tak rasa apa-apa.
Mia: Hang sorang ja la yang dengaq?
Sya: Yelah kot. Dengar je tak pe, jangan muncul depan-depan. Dengar pun saya da lintang pukang, kalau nampak, mau pengsan.

Tak dapat dibayangkan kalau 'benda' tu muncul dan nyanyi live. Huh, kalau cantik, gagah juga nak tatap. Kalau huduh, tutup muka pun tak mampu. Ntah-ntah pengsan pun mata terbeliak.

Bukan ini..
Gambar ihsan inche Google
*****
Lama sungguh tak update blog.. Maaf kalau kurang menarik.

2 comments:

Bella Bell said...

ouch... takut la pulak... heheehhehe!!~

Marcella said...

jangan takut-takut..ngusik je..hehehe..