Friday, 24 June 2011

SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ...

Kelik sini untuk maklumat tambahan

Pak Cak (singkatan bagi Pak kacak) memandu kereta Mersedit Ban pulang ke rumah. Pak Cak memandu dengan penuh keberhatian yang sangat tinggi.  Takut tercalar kereta mahal dan barunya. Pak Cak memandu dengan penuh fokus. Matanya sentiasa melihat ke depan.  Risau sangat. Kereta baru la katakan. Pak Cak terus memandu, memandu dan memandu. Radionya tidak dipasang sebab tak jimat bateri katanya. Air Cond pun tak dibuka. Di dalam kereta yang bertutup rapat tu, Pak Cak terus memandu.

Setibanya di hadapan rumahnya, Mak Tiful (singkatan untuk Mak Beautiful) berdiri megah di hadapan pintu. ...
 *
*
*
Al-maklumlah, Pak Cak ini teramatlah kedekut. Jadi, sudah menjadi rasmi Mak Tiful menjadi Mak Guard menggantikan pak JAGA yang diidamkan untuk membuka gate sejak mereka berkahwin 30 tahun dahulu. Pernah juga Mak Tiful komplen dah tua-tua kena jalan 200 meter dari pintu rumah ke pintu pagar untuk membuka gate dan membuat tabik tabik hormat apabila Pak Cak pulang. Tapi aduan Mak Tiful sikit pun tak diendahkan. Duit tu nak upah pak guard.

"Selamat pulang bang," sapa Mak Tiful mesra dengan muka separa cover sakit pinggang akibat berdiri lama dan jalan jauh. Sapaan Mak Tiful dibalas dengan anggukan sahaja. Kedua pasangan itu jalan beriringan ke ruang tamu

Pak Cak menghenyakkan punggungnya ke sofa yang dibelinya 20 tahun lalu. Dah rupa apa ntah sofa tu. Tak pernah bertukar. Elok lagi sofa tu katanya. Membazir beli baharu. Datanglah Mak Tiful terkedek-kedek bawa air untuk suaminya minum. Sedang Pak Cak minum, Mak Tiful pun membuka stoking yang dipakai Pak Cak. Isteri mithali Mak Tiful ni.

"Sayang, nah.." kata Pak Cak seraya menghulurkan beg kertas kepada Mak Tiful yang sedang duduk bersimpuh di sisinya.

"Apa ni bang?" soal Mak Tiful kehairanan. Mau tak pelik bin ajaib pabila sang suami yang "penjimatan melampau" tu membeli sesuatu tanpa dipinta. Selalu kalau suruh atau minta pun belum tentu dapat. Ni tiba-tiba surprise je..

"Buka lah sendiri. Tengok," saran Pak Cak dan menganggukkan kepalanya. Mak Tiful pun menerima huluran beg itu dengan hati yang berdetak lebih kencang seperti mahu berperang.

Dirapatka beg itu ke matanya. Al-maklum,dah rabun. Mata tak berapa nampak. Dibacanya tulisan di beg itu.

HABIB JEWELS

 Terbeliak mata Mak Tiful baca. Terharu sungguh rasanya hati apabila sang suami  si kudukut memberi "Habib Jewel". Terus Mak Tiful bangun dan melonjak-lomjak keriangan sambil bersorak "yeay,yeay.." seperti budak 5 tahun dapat lolipop.

"Terima kasih bang. Saya tak sangka abang begini baik hati. Sejak kita kawin, abang tak pernah belikan apa-apa yang keren macam ni. Saya terharu bang. Terima kasih sangat-sangat. I lap U lah..," ucap Mak Tiful dengan tawa bercampur sendu lantas memeluk dan kiss Pak Cak.

Kelakuan Mak Tiful yang terlebih ghairah itu mengundang persoalan di benak Pak Cak. Lalu Pak Cak bertanya,

"Kenapa kamu ni Tiful? High ke?"
 
"Abang ni.. Saya gembira sangat. Ibarat durian runtuh abang belikan saya ni,"

"Abang ni kan kedekut, bila masa abang beli apa-apa untuk kamu?"

"Bergurau ye bang.. Eleh, dalam perahu ada tauhu.. Ngada!" ujar Mak Tiful buat muka manaj mengada. Namun tak lama. Melihatkan wajah Pak Cak yang berkerut berjuta lemon di dahi dengan muka seperti tahan sembelit, Mak Tiful rasa musykil. Degan rakus Mak Tiful buka beg kertas yang tertera "Habib Jewels" itu.

Jeng, jeng, jeng...

"Apa ni bang?" kata Mak Tiful dengan pitch C5 secara tiba-tiba selepas melihat isi beg kertas itu.

"Tak nampak ke kamu yang?" soal Pak Cak semula.

"Saya nampak lah!! Tapi apa ke hei nya semua ni? Apa ni????" soal Mak Tiful macam orang kena kacau dengan saka.

"Apa ke hei?? Itu untuk kamu lah sayang," jawab Pak Cak dengan nada romantik dan lembut. Tapi, sikit pun tak efek kat Mak Tiful. Mukanya merah menyala ibarat singa yang kelaparan dan sedang menunggu untuk menerkam mangsanya.

"Saya benci abang!!," ujar Mak Tiful lalu menangis teresak-esak seperti budak 5 tahun yang dapat lolipop tadi tapi dengan keadaan lolipop dirembat orang lain.

"Tak reti bersyukur la kamu ni. Saya beri ni sebab saya sayang awak Tiful oii..," pujuk Pak Cak.

"Cermin mata??? Sayang apa bagi cermin mata. Cermin mata saya 5 tahun yang lepas pulak tu,. Abang tipu saya. Mati-mati saya ingat dapat barang kemas" balas Mak Tiful dengan nada sayu sambil mengesat hingus pada lengan baju kurungnya.

"Kamu tu yang salah sangka. Abang keluar tadi untuk ambil cermin mata kamu yang patah ni. Kan anak kita si Naser tu tolong hantar dan bayarkan. Abang tolong ambil je. Kamu yang tiba-tiba terkinja-kinja macam ninja turtle sape suruh?? Macam kamu tak tahu perangai abang. Lama dah kamu kawen dengan abang Tiful. Semalam kamu yang komplen tak nampak nak masukkan benang dalam jarum masa nak menjahit sampai luka tangan tercucuk jarum. Jadi, sebab abang sayang dan kesianlah abang pergi ambil cermin mata ni. Kalau tak, tunggu si Naser tu balik minggu depan baru ambil. Sayang minyak kereta saya," balas Pak Cak panjang lebar.

"Kalau dah dasar kedekut tu memang payah!!" jawab Mak Tiful keras dan terus berlari ke bilik sambil meraung-raung.. 

~Sekian, Tamat..~
*****
p/s: Jimat takpe, kedekut jangan!!!


Ini adalah rekaan semata-mata sebab join segmen. Jom ramai-ramai...

12 comments:

muhamad hanif said...

AHAHAHA..habib jewel yea ?

sergeant keroro said...

haha, kesian :P

NasZ said...

thanx sudi join..

jom terjah dan baca entry geng2 yang join segmen ni gak..huhu..

LIST SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ...

EiZaRaZiErYa said...

ahahaha...suke part macam budak2 dgn lolip0p n yang t'lompat2 mcm ninja turtle~ ehhee..sumpah lawak~ meh tgok cite zie~

http://teamoer.blogspot.com/2011/06/segmen-simple-sambung-cerita-ini.html

wink3 >_<

sham said...

huhuhu... kedekut sungguh...

cucu tun teja said...

hahahaha....kedekut tahap gaban orang tua nih...buruk perangai....

Marcella said...

anip:ye,beg kertas je yang Pak Cak mampu bagi..

keroro:kesian kat siapa??ye,kesian sungguh dengan mereka.

nasz:thanks..ok,nanti ceq terjah.

eizarazierya:lawak??buleh daftar tok maharaja lawak tahun depan nih..hehehe..thanks..

sham:bukan kedekut. penjimatan...

cucu tun teja:berjimat cermat amalan mulia tu..

Bro ahmad said...

malang dapat suami macam pak cak hahahaha
kesian kt isteri dia...cerita yang menarik

segmen yang sama..main bakor2 je XD

Bella Bell said...

hahhahaa.. adehh.. kesian kat mak tiful.. grrrr.. kedekut punya suami.. heheheh!!~



^^

Marcella said...

bro ahmad:tak malang,kurang bernasib baik je..hehe

bella bell:penjimatan..kira sayang juga la tu pak cak kat mak tiful..hehe

hana sudradjat said...

harapkan beg tu saja habib jewels =.="

Marcella said...

hana sudradjat:memang la..pak cak tu kan berjimat cermat.beg pun bagi yang terpakai..hehehe