Friday, 3 June 2011

Paling Susah

Assalamualikum dan Salam sejahtera..

Kita selalu merasakan kita yang paling susah.. Sebab apa? Kita selalu mengeluh, merungut dan kadang-kadang lupa nikmat besar yang dikurniakan dan kadang-kadang kita tak sedar pun nikmat tu.

APA TU??

Nikmat itu ialah nikmat melihat. Mata kita. Pernah bayangkan jadi buta? Pernah tak pejam mata dan hidup buta walaupun untuk beberapa saat? YE, time blackout, tapi tu pun dah gelabah cari lilin, cari cahaya. Pernah duduk dengan insan yang hilang nikmat ni? Kalau pernah, Alhamdulillah..

Hari ni, ada rasa insaf sikit. Puan Pensyarah pernah cakap "bila kita guna mata, kita jarang guna deria yang lain". Aku setuju. Sebab, bila puan tanya "Bila awak naik lif, pernah awak rasa butang lif tu betul-betul? atau awak tekan je?". Ye, aku selama ni tekan je, tak perasan pun titik pada butang lif tu. Kalian pernah? Bagus kalau ada..

Entri ini mungkin panjang, sila sabar membacanya.. Terima kasih.

Hari itu, aku berkesempatan duduk dengan insan istimewa ini. Tak lama, tapi dah cukup buat aku bersyukur sangat-sangat. Hari ni, aku nak sentuh 1 benda je.

BRAILLE

Ya.. apa itu? Mesin braille ni membantu insan ini untuk membaca dan menulis (untuk orang normal, untuk mereka, guna mesin ni). Mesin ini nampak macam biasa pada kita, tapi tahu tak, harganya mahu mencecah lebih RM12K..(cikgu tu beritahu). Huruf braille ini berpandu kepada 6 titik. Bagi aku sangat susah. Sebabnya, kita hafal ABC, punyalah senang, tapi mereka nak ingat ABC, menggunakan titik ini. Titik 1,2,3 pada sebelah kiri dan titik 4,5,6 pada sebelah kanan. Contoh O (1,3,5). Korang boleh kira titik tu, ada 6. Ingat  1,2,3 (kiri) dan 4,5,6 (kanan). Boleh tengok bawah:
Tulisan Braille
 Ha, nampak tak di atas tu? A (1) maknanya titik. B (1,2), I (2,4).. Ok, mereka akan menekan nombor pada mesin itu serentak supaya titik yang timbul adalah seperti yang dikehendaki. Contoh, jika ingin menulis huruf N, mereka harus menekan 1,3,4,5 serentak. Rujuk mesin di bawah.
Mesin Braille
Nampak tu? Boleh zoom untuk lebih jelas. Klik je.. tengok tu butang yang tedapat pada hujung kiri (ada tulis "E") dan hujung kanan berfungsi sebagai "Enter". Kedua dari kiri ada nombor 3, 2, 1, S, 4, 5, dan 6. Yang tengah ada tanda "S" tu adalah Space. Fungsi macam typewriter tapi bagi aku agak rumit sebab aku tak hafal ABC kaedah braille, dan masalah utama aku ialah aku tak dapat nak MERASA titik tu dengan jari aku. Aku taip sendiri A,B,C dan aku pejam mata dan aku rasa. Namun, jari aku tak dapat detect A, B, C tu walaupun berjarak. Ikut logik dan mata aku yang celik ni melihat, memang la tau, 1 titik tu A. Tapi, bila nak test sensori deria pada jari, aku rasa titik tu semua sama je. Ntah mana titik 1,2 (B) dan ntah mana titik 1,4 (C)

Punca:
1. Jari aku agak kematu barangkali.
2. Jari aku tak peka dengan titik yang timbul tu.
3. Aku kurang gunakan semua deria dengan baik sebab aku dapat MELIHAT.

Betul lah teori puan pensyarah aku. Tak caya, cuba korang test (jumpa lif, rasa titik pada butang lif tu, pejam mata lagi baik). Masa aku try mesin ni, nak tekan takde masalah sebab kawan aku sebut  kod titik seperti (2,3,4)-(1)-(1,3,4,5,6)-(1) dan aku tekan la seperti yang disuruh, maka terhasillah S-A-Y-A.. Nak suruh tekan sendiri sambil pejam mata jawabnya sambil bila-bila aku tak bergerak mesin tu. Mungkin gerak sebab aku buat garis dengan menekan secara berpasangan antara (1,4), (2,5) atau (3,6). Nak padam (kalau kita guna liquid paper atau delete je), mereka harus menekan 1 hingga 6 serentak.

Korang rasa susah ke senang nak belajar guna braille ni? Mungkin tak biasa,  itu yang jadi susah. Tapi bayangkan kanak-kanak umur 5,6 tahun tu nak menghafal hurul A sampai Z dengan nak ingat titik ni sambil belajar rasa dengan jari. Cikgu tu cakap sesetengah murid yang "buta" (maaf aku guna perkataan ni) ini, tak tahu fungsi braille ni dan tak faham apa yang dia buat dengan braille ni. Kalau aku pun tak faham.

Walaupun mereka hilang 1 deria, tapi mereka berjaya mengoptimum deria-deria lain. Terus-terang aku cakap, aku pergi sekolah normal dengan sekolah pendidikan khas masalah pendengaran, masalah penglihatan ataupun masalah pembelajaran, mereka lebih bagus daripada murid normal sebab mereka berjaya menyentuh hati kita dengan perlakuan mereka.

Aku pergi sekolah normal, mereka tak heran pun kat kita,(bukan aku minta mereka "heran") tapi bila pergi sekolah-sekolah khas ni, murid masalah pendengaran ucap selamat datang menggunakan bahasa isyarat (masa tu aku tak paham bahasa isayarat tu, jadi aku angguk je), mereka bagi kerusi mereka untuk kami duduk dan murid masalah penglihatan ucap "selamat datang" masa bersalam. Murid itu bertanya "betul ke ada orang datang cikgu?" semasa gurunya memaklumkan kedatanngan kami. Maksud aku di sini, perwatakan itu berbeda. Apa yang aku nampak, bila kita kurang sesuatu, Allah bagi kita lebih sesuatu. Adakah aku mampu memiliki yang 1 itu??

Jadi, adakah kalian rasa kalian mampu hidup begitu?? Serba gelap??
Fikir-fikirkan dan selamat beramal..

Aku memang salute dengan insan masalah penglihatan ni sebab mereka boleh membaca dengan merasa guna dua-dua belah tangan (jari) dan berjalan dengan baik. Aku yang celik ni pun kadang-kadang tersadung. Yang penting, mereka betul-betul harungi hidup ni dengan ketabahan.Ye dak?? Aku bersyukur sangat-sangat yang aku ni dilahirkan dengan sempurna fizikal dan akal dan masih lagi sempurna kedua-duanya.. Alhamdulillah..
*****
Mungkin entri ini agak pening... Adakah anda masih rasa anda yang menghadapi paling banyak kesusahan?

3 comments:

Bella Bell said...

wahh.. baru tahu cara nak gunakan mesin braille ni.. susah nye...

syukur atas nikmat yang DIA bagi..


mereka yang tak sempurna fizikal ni memang berhati mulia sangat.. :)

Fiizya Aurora said...

myvi baru cantik dan byk juga item2 yg ditambah..part yg best ader gps..hehehe..senang nk jln2..nanti xder ler sesat kan...

Marcella said...

Bella Bell:yup..betul tu..

Fiizya Aurora: ye..cam nak sebijik..tapi belum mampu lagi..=( hehehehe