Wednesday, 15 June 2011

Nostalgia Dolu-Dolu

Ni aku nak story mori nostalgia dolu-dolu aku a.k.a memori yang tak dapat dilupakan masa kecil. Di sebabkan aku ni lemah pemikiran, tak banyak yang aku ingat.. Yang aku cerita ni yang paling aku ingat sangat-sangat..

1. Mandi di kolah dengan member lepas balik tadika
Disebabkan aku ni berdikari, usia aku 5 tahun aku pegang kunci rumah sendiri. Balik dari tadika, terus aku balik rumah. Satu hari, aku ajak kawan-kawan aku mandi kolah yang ada dalam bilik air (semua rumah ada sebab takde shower pada masa tu- kuarters askar). Cik Mak balik kerja, nak mandi tengok air kolah berkeladak. Nak guna air paip, panas. Maka, benganglah Cik Mak.

2. Main gelongsor dengan kotak
Ni memang rare. Kawasan tu agak berbukit. Jadi, sesuai untuk main gelongsor-gelongsor. Port pula dekat dengan kedai runcit. Maka, aku dan kawan-kawan rembat kotak dari kedai tu dan main gelongsor. Buka kotak tu, duduk atasnya dan gelungsur ..Yeehaa!! Kadang-kadang kotak tertinggal kat atas, badan je yang gelungsur. Maka, ini menyebabkan seluar kotor teramat sangat terutama di bahagian gluteus maximus.. hahaha..

3. Deliver kuali dengan basikal tua
Basikal tu adalah basikal kesayangan aku. Banyak jasa sungguh. Dalam kem tu, aku sorang je pakai beskal tua. Yang lain pakai yang canggeh punya. Basikal ni aku guna buat racing dengan budak laki. Of coz aku menang. Jiwa Kelajuan beb!! Aku juga hantar kuali (kuali besar tau) dengan selitkan telinga kuali tu pada handle beskal. Sebab ia menyukarkan perjalanan, aku pegang je.. Aku jadi tukang deliver sebab mak aku main kutu kuali..Tiada komisen ye..

4. Main salji guna kelapa parut
Aku selalu jadi tukang beli kelapa parut. Maka peluang aku berangan duduk di negara bersalji amat tinggi. Jadi, setiap kali beli kelapa parut, aku lemparkan sikit ke udara dengan menyebut "salji! salji!"... Tapi takdelah sampai habis kelapa tu aku kerjakan..

5. Membakar jamban rumah
Kejadian ni berlaku sebab kelalaian aku selepas menggunakan lilin semasa "berbisnes". Disebabkan toilet tu mentol dah terbakar, aku pun gunalah lilin dan letakkan di atas pam toilet. Bila dah lupa, lilin pun mencair dan membakar pam. Akibatnya, jamban aku habis hitam dan pam tu dah keras dalam lubang toilet. Enche Abah yang keruk kuarkan..Semuanya angkara anaknya yang comel..
*****
Ni semua sebab aku join contest Doktor ni tentang memori yang tak dapat dilupakan masa kecil. Untuk maklumat lanjut, boleh klik belog beliau..
Banner contest
Disebabkan kena tag 3 orang..aku ingin mengetag:
Maaf ye...kena tag..

~Terima kasih~
*****
p/s: aku tak pasti ni kenangan manis atau bukti aku ni trouble maker.. hehehe..

16 comments:

Syazwan said...

buasnya u dulu..
hehehe..

Marcella said...

syazwan:bukan buas..kretip!!hahaha..join la contest tu..hadiah menarik..

muhamad hanif said...

woooo...hang join contest dr tu eh ? hebaaakkk!!

sergeant keroro said...

hahaha XD

sama lah kita :P

mandi kolah best, pastu kena marah :)

Marcella said...

hanif:anda di tag..sori ye..erm,join saje2.m'imbau nostalgia walaupun tak ingt sbnrnya..=)

sarjan:mandi kolah memang best.berangan mndi kolam renang..kena marah pun best juga..hehe..maaf juga tag anda..

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

napa tak sambung no.6.. tak pa lah dah tau mesti part no 6 tue cerita time petik durian kat pokok..

hahahha

Marcella said...

pencinta:tu cerita kanak2 naif..tak pandai auta,nak buat karangan bombastik konon..hehe..5 cukuplah..

Bella Bell said...

wowwww... comeynye doodle awak.. hehehe!!~


errrr... main salji tu tak boleh tahan ^^

Marcella said...

bella bell:tq..erm,tak dapat salji betul,salji kelapa parut pun jadi la..hehehe

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

hehehe..zaman bebudak kan..lawak ah if ingat balik..hehehe :D

Marcella said...

fee:yup,betul tu..tambah lagi kenangan yang menimbulkan masalah dan mendajalkan orang..memang tak lupa la..hehehe..

Dr. Siti Hamidah said...

cerita yang segar dan menceriakan, thanks sudi join :)

Marcella said...

Dr. Siti:thanks sudi komen..=)

Dr. Siti Hamidah said...

Tahniah Marcella telah memenangi tempat ke-3 untuk contest saya ni. Sila contact saya di email drsitihamidah@yahoo.com ya..

Bella said...

Wow........ tak terkata....

Marcella said...

Dr. Siti:insyaAllah..terima kasih..=)yeay!!


bella:tak terkata???hahaha..rasanya tak nakal sangat kot..=)