Saturday, 4 June 2011

Nasib baik, kalau tak..

Hujan yang turun renyai pada mulanya sudah berubah rentak menjadi lebat. Kedinginan yang terasa membuatkan aku ingin sedikit kehangatan. Beberapa minit berlalu, cerek berbunyi menandakan air sudah yang dijerang sudah masak. Aku pun mengambil cawan, sudu dan Milo.

"Enaknya," fikirku. Sejuk-sejuk begini bila menghirup milo panas, pasti sedap bukan? Ya, itulah yang aku bayangkan. Lalu, aku letak cawan yang berisi bancuhan milo itu di sudut meja.

"Ah, masih panas," bisikku dalam hati. Aku biarkan cawan itu di dudut meja dan aku pergi ke susut meja yang lain untuk membaca akhbar. Masa kian berlalu. Betapa aku kusyuk menilik akhbar itu hingga lupa pada bancuhan air ku sebentar tadi.

"Pasti sudah sejuk," fikirku. Lalu aku segera mencapai cawan itu. Ingin kusua ke bibir. Namun,

"Eh, apa menda ni??" getusku kehairanan.

"Oh, no...," jeritku setelah aku lihat dengan jelas dan ku cedok isi yang tampak meragukan di dalam air bancuhan itu.
Sudah arwah menatang itu dalam air milo aku!!

Ya, itu CICAK!! (sila klik jika tidak percaya). OMG, OMG..(bak kata Sepah). Aku penat-penat sejukkan (aku tak campur air sejuk sebab nanti sakit perut), boleh pulak cicak tu landing dalam air aku. Dah la Milo tu kaw-kaw aku buat sebab aku nak habiskan milo tu.

Lepas aku baca paper, aku pun berhasrat nak minum. Tapi, normal la, mesti nak kacau dulu. Sebelum kacau aku tengok ada menda. Aku ingat kot semut ke, serangga terbang-terbang ke. Sekali bila aku ceduk, tuu diaa!! Anak cicak yang dah arwah mungkin sebab lemas atau sebab melecur tahap kritikal (air baru lepas menggelegak tu). Aku berani cakap, comfirm dia jatuh dari siling sebab tak mungkin dia nak panjat cawan tu. Panas!!

Aku ingat dalam cerita Cicak-Man je Saiful-Apek minum air yang ada cicak. Ini bukan rekaan. Selamat aku tengok pe menda timbul yang meragukan tu. Kalau aku tak tengok, terus kacau dan minum??? Erk.. Nasib baik, kalau tak aku pun jadi Cicak-man juga. Tapi, versi gadis. So, Cicak-Girl la.. Ini betul-betul terjadi jam 07.00pm tadi. Lepas maghrib, aku bancuh milo lain..

Enchek Abah pun sibuk nak tengok cicak yang lemas sebab bunuh diri dalam air aku tu. Bak kata Cik Mak, "Dah lama abah hidup, tak pernah air masuk cicak. Ko yang baru bape tahun hidup, dah ada cicak masuk". Hehehe.. hebat tak?? Ini memang gila.. Cett!!
*****
Moral: Jangan biarkan minuman/ makanan terbiar tanpa ditutup!!
p/s: Agak trauma ye selepas kejadian ngeri tadi...

8 comments:

Anonymous said...

hahahaha!..laen kali minum je trus.dah abes baru prasan cicak tue...=)

Marcella said...

kalau dah minum terus, jadi cicak girl la..payah Apek nak cari makan sebab KRU da jmpa yg tulen punya..

Azroy Kassim said...

Baa~ CAK!!

Jap. Nak bygkn marcella jd cicak-girl... Hmm... Huh? Kah~kah~kah. Sumpah kelakar bayangan itu. Haha

Marcella said...

Azroy: ceh!! yg g bygkan cm Apek wt pe?? mgkin mcm Cik Rerama..keh,keh,keh... eleh, roy jeles tak dapat jadi cicak-man kan?? huhu~~

AtiQah_iTa said...

erk?..cicak girl...haha..

Marcella said...

atiqah_ita: ye, mari kita sama2..nak jadi, kena slim dulu..kan???hahaha~~tq..

AtiQah_iTa said...

ceh!.haha..tak perlu menjdi slim sgt..sebab nanti tak taula cicak girl ke cicak man..haha...

Marcella said...

atiqah-ita:cicak sume kurus..tu orang gelar orang kurus 'macam cicak kobeng'..habis, tak slim x blh jd cicak..tapi kalau slim sgt..jd duta slimworld lah..heehehehe..