Wednesday, 8 June 2011

Kisah Kantoi Aku Dengan Beto Kusyairy

“O
kay,” kata lelaki itu sebelum menyimpan telefon bimbitnya. Segera dia menuju kearah Cuq dan mengeluh. Mukanya kelihatan gusar. Jauh termenung dengan dahi yang berkerut-kerut hingga mengundang tanya ke benak Cuq.

            “Pe hal bro?” soal Cuq.

            “Masalah. Pembantu wife aku berhenti. Jadi, takde orang tolong. Kau tahukan dia nak launching butik tak lama lagi. Kesuntukan masa ni bro,” jelasnya.

            “Oh, jadi tadi Tisha yang call? So, sekarang dia nak pembantu lah?” soal Cuq.

            “Yelah. Aku tak dapat tolong Tisha. Kau pun tahu jadual aku padat kemain kan. Masalahnya nak minta tolong adik-beradik or cousins, semua ada hal sendiri. Bro, tingal tiga hari je lagi,” keluhnya lagi.

            “Okay, aku ada orang yang boleh tolong. Don’t worry bro. Beritahu Tisha, masalah dia dah selesai,” ujar Cuq yakin.

            “Betul ke? Boleh ke tolong? Serius?” soalnya tidak percaya.

            “Yelah! Esok aku bawa budak tu. Kalau kau nak petang ni juga aku boleh bawa,” kata Cuq berdegar-degar. Namun, lelaki itu meminta Cuq membawa pembantu untuk isterinya esok sahaja di butik isterinya kerana jadualnya hari ini agak padat dan dia mahu memaklumkan kepada isterinya terlebih dahulu.
*****
            “Beto Kusyairy? Siapa tu?” tanya aku kehairanan. Dalam kepala dok fikir juga siapa Beto ni. Nama macam makanan jepun (bento) je.

            “Dia tu pelakon lah. Tak kan kau tak kenal. Tu pelakon febret kau la sengal! Si Razif yang kau dok admire dalam Geng Surau tu. Ada faham!,” balas Cuq separa geram.

            “Oh.. Tapi, aku tak pandai lah fesyen-fesyen ni. Butik? Aku tak tahu apa-apalah. Macam mana aku nak tolong,” jelasku yang menyembunyikan keterujaanku. Uish, nak kerja dengan wife ‘Razif’? Teruja beb!

            “Kau ni banyak soal lah Mar. Aku nak tolong kau dapatkan rezeki pun banyak songeh. Penat aku cerita. Kau jadi pembantu untuk wife dia nak launching butik lagi dua hari ni je. Lepas tu kalau kau nak blah, blah la. Kalau rasa nak kerja, kerja. Kau pun tengah free kan. Setuju ajelah. Kesianlah dekat wife dia,” ujar Cuq memujuk.

            “Yelah-yelah. Aku setuju. Aku tolong untuk tiga hari ni je. Sebab, aku betul-betul yakin yang aku tak boleh kerja butik. Tolong cuci pinggan, boleh la,”
*****
            “Tisha, kenalkan ni Mar. Budak ni yang akan bantu Tisha untuk persiapan launching butik ni,” kata Cuq memperkenalkan aku sebagai ‘budak’ kepada isteri ‘Razif’. Hampeh punya member. Wah, sungguh cantik isterinya. Simple tapi tampak elegan. Memang sesuai sebagai pemilik butik. Terus aku bersalam dengan Tisha usai Cuq berkata-kata. Nampaklah yang aku ni sopan. Hahaha..

            “Cik Tisha, saya Mar. Saya tak tahu apa-apa fasal fesyen dan tak kreatif. Tapi, kalau Cik Tisha bagi arahan dan guide tu, insyaAllah saya boleh tolong,” ujarku panjang.

            “Tak apa Mar. Dah ada awak nak bantu ni pun saya dah cukup bersyukur. Launching dah dekat, pembantu saya pula berhenti sebab ada masalah. Terima kasih Cuq tolong saya,” balas Tisha. Aku membalas dengan senyuman.

            Kemudian, aku mengikut Cik Tisha ke belakang butik. Cik Tisha meminta aku untuk menyangkut baju-baju yang ada untuk letakkan di hadapan. Sedang aku membawa baju yang banyak hingga menghalang pandangan untuk di sangkut, aku tepijak hujung sehelai dress labuh dan jatuh tersungkur di tengah-tengah butik. 

            ‘Gedebuk!!’ bunyinya macam nangka busuk. Sakitnya, hanya tuhan sahaja yang tahu. Tiba-tiba aku terdengar suara ketawa yang berdekah-dekah sedang aku menggosok sikuku yang sakit berdenyut-denyut. ‘Insan manalah yang tergamak ketawa tu’.

            “Huish, mesti sakit. Itulah, lain kali hati-hati,” ujarnya yang membuahkan rasa marah. Elok-elok aku geram sebab jatuh, buat aku marah pula. Dah la gelakkan aku, lepas tu konon nak bagi nasihat. ‘Eii, mana mamat yang bersuara sumbang tu’ getus hatiku seraya mencari kelibatnya.

            “Hei, penceroboh. Butik ni tak buka lagi. Keluar. Kalau tak saya panggil pengawal,” ujarku bersuara lantang sambil bercekak pinggang dan memantang tepat ke arahnya yang sedang duduk. Konon garanglah aku ni. Bajet je lebih. Mamat ni, muka boleh tahan, tapi perangai huduh.

            “Wow, garang,” balasya ringkas yang menaikkan darahku. Malu sebab jatuh tadi aku buang jauh-jauh. Terus aku menjerit panggil Cik Tisha sebab aku rasa macam tak selamat. Di lihat Cik tisha datang terkocoh-kocoh selepas mendengar laungan mautku. Kasihan beliau.

            “Kanapa Mar?” soalnya cemas.

            “Ni, ada penceroboh. Saya dah halau tapi masih bertenggek dekat situ,” jelasku sambil menunjukkan dengan muncung serupa orang tak ada tangan. Namun penjelasanku mengundang senyum di wajah Cik Tisha. ‘Pulakk, senyum pula Cik Tisha ni’ getusku. Serentak dengan itu, penceroboh tadi turut ketawa dengan jahat bunyinya pada pendengaran aku.

            “Mar, kenalkan my husband Beto Kusyairy,” kata Cik Tisha. Oh, tidak! Abang Razif ke? Kenapa aku tak perasan. Tengok perangai dah macam perwatakan Mayat yang dibawa dalam Geng Surau je lagaknya. Lain bonar ghoman ae.

            “Razif..,” sebutku yang masih terkejut.

            “Hello!! Encik Beto Kusyairy okay. Tapi, aku nak kau pangil aku Tuan sebab aku bos kau,” arahnya yang membuatkan aku jengkel. ‘Tuan? What the? Pehal pula aku kena panggil kau tuan. Bos aku Cik Tisha okay’ bisik hatiku tak puas hati.

            “Memang bos kau Cik Tisha, tapi aku ni husband dia. Automatic lah aku bos kau juga. Faham? Oh ya, lagi satu kau kena panggil wife aku Cik Puan Besar. Ini arahan,” sambungnya yang membuat aku terkedu. Takkan dia boleh dengar apa yang aku cakap dalam hati kot. Bomoh ke pelakon mamat ni. Namun terpaksalah aku akur dengan permintaan merepek dia tu. 

            “Baik, Tuan. Saya faham,” akur ku dalam keterpaksaan. Eh, aku buat ni depan wife kau aje ye. Jangan haraplah nak panggil Tuan. Egolah konon aku ni.

            “Dah lah sayang. Kesian Mar kena buli,” celah Cik Tisha memotong keinginan ‘Tuan’ nak mengenakan aku. Ceh, tak puas hati tu. Alahai, hampanya. Ingat dapat jumpa ‘Razif’ ni best. Rupanya hidup aku macam miserable je.
*****
            Aku bersendiri di butik memandangkan Cik Tisha, ooppsss salah. Memandangkan ‘Cik Puan Besar’ dan ‘Tuan’ keluar kerana ada urusan yang hendak diselesaikan dan mereka dijangka pulang lewat. Bagus juga. Sehari ‘Tuan’ duduk butik ni walaupun 30 minit, aku rasa macam nak bertambah dosa je sebab nak memaki.

            Apabila dah duduk seorang diri, mulalah diri terasa bosan. Lalu, aku membuka lagu yang ada di dalam handphone cikai aku ni. Aku bukanlah seorang peminat K-pop tapi lagu dalam handphone aku banyak pula lagu Korea. Aku pun musykil kenapa aku tak masukkan lagu Melayu. Hahaha..

            Berkumandanglah lagu “Ring Ding Dong” dendangan Shinee selaku lagu febret aku walaupun dah lama. Peduli apa. Maka, aku toleh ke kiri dan kanan. Yezzah!! Tak ada orang. Apa lagi!! One! Two! Three! Four! gelek...

Ring ding dong
Ring ding dong
Ring diggi ding diggi
Ding ding ding(x2)
Ring ding dong
Ring ding dong
Ring diggi ding diggi
Ding ding ding (x2)

            Begitu bersemangat aku membuat tarian Ring Ding Dong siap dengan iringan nyanyian dari suaraku yang merdu lagi. Oh, bahagia sungguh aku rasa. Namun kebahagiaanku dirampas sekelip mata dengan tiba-tiba. Oh, hibanya.

            “Nice move. Cantik tarian, macam tahan sembelit,” kedengan suara sumbang yang seakan mengejek dengan bertepuk tangan. Aku kenal suara tu. Tapi ejekannya tak membuahkan rasa marah. Dengan rasa terkejut dan terkedu, perlahan-lahan aku perpusing menghadapnya.

            “Tuan..” itu sahaja yang terluah dan dengan perlahan aku menyebutnya. Aku tundukkan sahaja muka ku menekur menilik lantai butik. Kantoi beb. Malu gua untuk kali kedua. Awal pula diorang balik. Tadi cakap balik lewat. Argghh!! Tension.

            “Seronok kau berjoget ye. Ni butik, bukan kelas tarian. Dan, tarian yang kau buat tu tersangatlah huduh rupanya dari belakang,” ujarnya bersahaja dengan wajah tanpa riak yang bikin hatiku panas.

            “Yang kau pergi tengok tu buat apa?” soalku menyindir. Tapi suara naik semi ton.

            “Kau?? Tuan!! Eh, kau tu yang menari tak ingat dunia. Siap nyanyi. Suara kalau sedap tak apalah juga,” balasnya tidak mahu kalah dengan suara lebih semi ton daripada aku. Cett!! Belum sempat aku membalas, Cik Tisha yang dari tadi memandang meleraikan kekusutan.

            “Sudah! Sayang, jangalah cari fasal dengan Mar. Maaf Mar buat awak terkejut. Urusan kami habis awal, tu balik awal. Sorry sebab hubby saya buat awak marah. Tapi, memang nice move tadi,” ujar Cik Tisha. Ayat first, hati aku sejuk. Ayat last tu buat aku macam nak deman.

            “Tak perlu Cik Tisha dan Tuan Beto perli saya,” sayu aku menuturkannya. Lakonan je ni. Apa Beto ingat dia sorang je boleh berlakon? Hei, ini Mar!

            “No Mar. I’m serious, Awak janganlah terasa hati. Saya cakap betul  ni,” ujar Cik Tisha bersungguh-sungguh. Ni semua salah Shinee. Time tulah nak putar lagu Ring Ding Dong tu. Eii!! Salah handphone juga!!

            “Tak apalah. Saya sambung kerja saya dulu. Esok dah nak launch. Saya ke belakang dulu ye Cik Tisha, Tuan Bento,” pamitku sopan dan mengena. Sengaja ‘BENTO’ itu aku sebut dengan jelas. Kulihat Cik Tisha mengangguk tapi Tuan Bento buat muka tak puas hati.

            “Bento?? Ha, pergilah!! Semak je kat sini,” bentak ‘Tuan’. Hahahaha.. Jeratku mengena. Marah ye? Padan muka. Tak apa, Cik Tisha ada, boleh menenangkan Tuan. Wuuhu.
*****
            “Mar, saya ada hal sikit nak cakap,” 

            “Hal apa tu Tuan Bento?” balasku dengan suara yang lunak. Aik, baik tiba-tiba ni. Mesti ada muslihat nak mengenakan aku.

            “Bento? Saya tak marah pun. Sengaja nak mengusik. Maaf ye. Cuq cerita macam-macam. Tu yang saya sengaja buat hal. Terima kasih sebab sudi tolong Tisha dan launching tadi berjalan dengan lancar sebab awak. Terima kasih Mar,” ujarnya panjang.

            Oh, terharu sungguh aku mendengar kata-katanya itu. Tiada kata-kata yang menyakitkan hati. kan bagus macam ni, sejuk je hati mendengar.

            “Tak ada apelah Tuan. Saya pun dapat pengalaman. Cik Tisha pun baik. Tuan je yang tak berapa sangat,” ujarku berlelucon. Beto Kusyairy hanya tersenyum mendengar ucapanku.

            “Cik Tisha, terima kasih ye,”

            “Terima kasih Mar sudi tolong saya. Awak kerjalah kat sini. Seronok dapat kerja dengan Mar,” kata Cik Tisha.

            “Maaf Cik Tisha, saya tak habis belajar lagi. Nanti bila dah habis belajar, bila saya tanam-tanam anggur, saya datanglah minta kerja. Ye Cik Tisha,”

            “Time tu, tawaran dah tutup,” senda Cik Tisha. Tergelak kami buat seketika.

            “Mar, lain kali hati-hati,” ucap Beto tiba-tiba.

            “Kenapa Tuan?” soalku kehairanan.

            “Yelah, supaya awak tak jatuh tersadung lagi dan tak menari dikhalayak tanpa disedari. Kalau tak, ramai yang tengok Ring Ding Dong awak tu,” balasnya. Usai Beto menuturkannya, mukaku terasa membahang. Kejadian yang memalukan berulang tayang di minda. Beto dan Cik Tisha tergelak memandang reaksiku yang konon buat tak paham.

            “Kantoi...,” getusku perlahan. Memalukan sungguh!!
*****
            “Mar, macam mana kerja dengan Tisha dan Bento? Best?” soal Cuq.

            “Bestlah. Rajin aku berperang dengan dia kalau dia datang butik tu Cuq,” balasku acuh tak acuh sebab kusyuk mengunyah kentang goreng yang Cuq belanja.

            “Aku teringin nak tengok kau buat tarian Ring Ding Dong live,” sakatnya yang mengundang kejutan ibarat terkena renjatan elektrik. Terus aku berhenti mengunyah. Cuq tahu?! Cett!!

            “Bennnnntttttooooooooooo!!,” jeritku geram dengan nada perlahan dan mengetap gigi. Mahu jadi perhatian kalau aku menjerit dengan oktaf aku lebih daripada C5.

            “Hoi, dah. Tak payah berdrama. Ring Ding Dong tu Beto tengok sikit je daripada dia tengok Bo Beep Bo Beep kau tu,” ujarnya lantas ketawa berdekah-dekah. Bo Beep Bo Beep?? Sekejap..

            “Mana kau tau?”

            “Aku pernah nampak kau buat masa dalam kelas dulu. Kau memang suka buat benda gitu kan. Tu aku cakap kat Beto kau suka menari Kpop kalau takde orang. And, Beto dengan Tisha selalu skodeng kau,”

            “Apa?? Memalukan betul.. Patutlah aku kantoi dengan Beto Kusyairy hari tu. Kau lah punya pasal. Hampeh punya member,” marahku.

            Sengaja menghamburkan rasa amarah kepada orang lain sebab nak melindungi kelemahan diri. Malu sungguh dengan kejadian kantoi dengan Beto Kusyairy, pelakon kesukaan aku. Bukan satu, tapi dua. Selamatlah aku tak kerja di butik tu. Kalau tak, pakai topeng aku pergi kerja..

~Tamat~
*****
Ini adalah hasil imaginasi sebab nak join contest yang dianjurkan oleh Belog Korie. sempena Giveaway Kpop Contest. Kepada sesiapa yang berminat boleh klik gambor kat sebelah atau ingin maklumat lanjut, klik pada Belog Korie ni.

 Aku tak tahu nak pilih siapa yang nak dikantoikan. Cerita pun agak rush. Maaflah ye.. Terima kasih sebab baca dengan tabah.. 
*****
p/s: kepada yang berkaitan dengan Beto dan isterinya..maaf sebab pinjam nama nak join contest.

8 comments:

Marcella said...

Cerita hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan sesiapa..

K O R I E said...

Nice story dear!

'Ding ding ding(x2)'^_^

gudluck.

Marcella said...

Thanx cik korie..tak dapat no 5, no 1 pun ok..hehehe..

JHaZKiTaRo said...

hahaha.. nice story.. anyway, salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my experiences travelling ke 46 buah negara.. :)

Marcella said...

jhazkitaro:tq2..tu cerita dongeng je..k, insyaAllah

BIHAnabiha said...

hey, nice story.. i rasa u ada bakat jd penulis cerpen or novel lah.. seriously..u byk idea.. keep it up.. ;)

Marcella said...

Bihanabiha:thanks...erm,tang tu malas nak berfikir sebenarnya..hehehe..

Anonymous said...

Patutlah aku heran ,, sebab setahu aku ,, Beto pemalu orang nyee