Monday, 27 June 2011

Kesengalan Tahap Pluto

Aku ada seorang sepupu. Kita panggil lah Cik Cuzz ye.. Aku dengan Cik Cuzz ni agak rapat la. Aku ada satu cerita dengan Cik Cuzz ni masa kami form bape ntah iaitu 

MEMUNAHKAN MOTOR ATOK

Tapi, bukan salah aku. Salah Cik Cuzz. Bermulalah ceritera "Kesengalan Tahap Pluto"...(drum roll)..


Pada suatu hari yang indah, setelah bosan duduk di rumah, kami bercadang untuk berjalan-jalan.Cik Cuzz ni reti bawa motor, aku ni tak pandai.Pandai mengarah suruh tukar gear je. Ala-ala cikgu sekolah memandu gitu.. Cik Cuzz ni memang takut nak minta kat atok. Atok kami tu tak la garang mana. Tapi sebenarnya aku pun takot. Kalau tak minta, mana tau dapat ke tak. Jadi, cubalah nasib. Tak sangka permintaan aku dikabulkan. hehehe.. Maka, berjalan-jalan lah kami.


Ronda tak boleh jauh2..sekitar kawasan kampung je.. Barulah namanya minah rempit kampungan.. Takde la laju mana pun. Cikgu memandu kat belakang, Cik Cuzz bawa ala kadar je. Walaupun kami kanak-kanak ribena, kami tahu erti "bahaya kemalangan" tau..


Ronda punya ronda, Cik Cuzz tengok, minyak motor dah tinggal sikit. Jadi, kami pun pergilah kedai nak isi minyak. Aku tak sure zamn dulu memang macam tu, ataupun kampung aku je buat macam tu. Minyak petrol dijual di kedai runcit biasa. Siap ada rak lagi. Jual macam mana?? macam ni..


Ada la dalam botol Mirinda, Sarsaparilla, Pepsi waima Coca-Cola yang 1.5 liter botolnya. Pilih nak bape banyak. Kuantiti mengikut harga dan saiz botol. Jadi, kami pun beli la RM2.00.. Aku dan Cik Cuzz ada la juga bawa duit. Dah reti pinjam, tak kan tak reti tuang kan. Ni semua sivik dan moral je.. Jadi, aku membuat pembayaran dan bagi botol tu pada Cik Cuzz. Sebab dia bawa, dia la isi. Aku jadi mandor dok tepi.

Tengah-tengah Cik Cuzz isi, aku melangak-langak menghayati pemandangan. Memang tabiat. Aku toleh ke arah Cik Cuzz. Aku tengok motor. Tiba-tiba hatiku terdetik.

"Aik, pasal apa tutup tank minyak ni tak buka. Cik Cuzz ni isi kat mana"

Maka, tergeraklah hati aku nak tengok Cik Cuzz tuang kat mana minyak tu. Sekali aku tengok dia isi kat bahagian minyak 2T tu.. Adoi.. Parah, parah..

"Woi, ko isi kat mana tu?" tanyaku cuak.

"Betul la" jawab Cik Cuzz konfiden.

"Ko isi kat mana tu?? Tngok betul-betul. Minya petrol kat sini la" ujarku seraya menunjukkan tangki. Walaupun aku ni jahil bab-bab permotoran ni, aku tau juga tank minyak kat mana.

"Alamak!!!!" jerit Cik Cuzz yang baru tersedar salahnya. Berangan kuat sangatlah ni.

Kami sangat cuak okay.. Dah la ni motor atok. Rosak karang, isapa nak jawab?? Ha, jawab.. Maka, setelah berbincang yang soalan lazimnya "macam mana ni, nak buat apa ni" aku menyuruh Cik Cuzz start motor walaupun aku tak sure boleh hidup ke tak dan apa efek minyak petrol dalam tank yang salah tu.

"Start je la" ujarku sambil menjauhkan diri daripada Cik Cuzz. Adalah dalam berdepa-depa juga.

"Ko nak pegi mana?" soal Cik Cuzz sambil mahu meng "start" motor.

"Aku lari jauh sikit. Aku takut motor tu meletop la. Tak mau la mati. Jadi, kalau motor tu meletop, ko sorang je yang kena" jawabku memberikan alasan yang sangat bernas hasil pemikiran efek minyak motor tu. Mana nak tahu, sebarang kemungkinan boleh terjadi.

"Hampeh punya sepupu. Tak naklah aku start. Kang meletop, aku yang mati." jawab Cik Cuzz beralasan.

"Try jelah. Siapa suruh ko salah isi. Kalau ko tak start cam mana nak balik?" getusku.

"Tolak jela motor ni" balas Cik Cuzz. Ewah-ewah... Banyak songeh. Dah la jarak kedai dengan rumah sikit punya jauh. Setelah bertikam lidah, Cik Cuzz start juga motor. Masa Cik Cuzz start, aku dah standby tutup telinga, pejam mata. Cam haram punya perangai. Alhamdulillah, tak jadi apa-apa.

Maka, pulanglah aku bersama Cik Cuzz. Sepanjang perjalanan, aku risau juga motor tu meletop. Nsib baik selamat sampai rumah, Elok je sampai rumah, kami pergi jumpa sepupu Cik Cuzz , Hakim(belah ayahnya. aku belah emaknya) yang ada sebelah rumah.

Kami sorong motor bawah pokok dan jauh pada penglihatan atok. Hakim pun godek la motor atok. Minyak tu disalurkan dalam besen dan kami campak minyak yang berwarna hitam pekat tu bawah pokok atok. Selamat pokok tu tak mati. Hahaha..

Rupanya kami buang minyak hitam. Punyalah bijak Cik Cuzz merepot. Konon nak settle masalah. Tapi bertambah masalah. Tengah kusot, aku pula mengiyakan je. Sama-sama pandir. Perkara ini diketahui setelah ayah Cik Cuzz belek motor tu. Opkos la kami report. Minta backup. Takut motor tu tak bernyawa.

Tu la kejadian yang sangat nebes, kurang bijak dan penuh ketakutan la aku rasa setakat ni. Ye la. Nak isi minyak petrol dalam tank minyak 2T pastu pergi buang minyak hitam. Kan semua saling takde kaitan. Aku rasa lepas tu ayah Cik Cuzz yang kasi settle kot.  Yang aku ingat, motor tu ok je lepas tu. Lega..lega..

Motor itu masih bernyawa hingga hari ni dan atok masih tak tau percubaan menjahanamkan motornya itu..

Sekian tamatlah kesengalan aku dengan Cik Cuzz yang tahap planet Pluto.
*****
p/s:dah takde lukisan sebab malas lukis..

17 comments:

Bella Bell said...

hahhaha.. ok.. sangat sengal... nasib baik moto tu tak rosak.. huhu~~




^^

muhamad hanif said...

ok..atuk kau mmg rock..

gila aa moto dia..HAHAHHAHA

Syazwan said...

hahahah..kelakar..
dok imagine..macm mana la perasaan korang naik moto yang dipikirkan akan meletop tu..
hahahah..kelakar!.
sentum, sengeh da gelak baca.

Marcella said...

bella bell:tu la..nasib baik..kalau tak,teraniaya nak jawab..fuh..nasib baik sangat2..

anip:tu hanya sekadar lukisan.motornya kapcai biasa je..

Marcella said...

syazwan:tau takpe.dalam pale dah pikir lintar pintas la apa la..(banyak tengok citer aksi,gini la ghopenya)..kami pulang dengan perasaan yg sgt saspen tau..=)

nsb baik pjg umur lagi

Sang Pencinta said...

wahahahhahah... best2 rempit kampungs n kanak2 ribena...

lucu plak, salah isi minyak, tp buang minyak hitam.. cantekkkkk... layan. best.

Maizan Yunus a.k.a cheNon said...

ala, nk gmbr katun comey tuu byk2.....

Farhana Sukre said...

Marcella, moto atuk ko jenis apa?

Hahaha..lawak sungguh kenangan tu..

Marcella said...

pencinta:best??ya,masa kejadian mau pingsan tu nah..

maizan:nak banyak??meh tolong lukis..boley??haha

farhana:tak ingat la motor apa..nanti check balik la..hehehe..

(ang panggil aku marcella??lawak lax..)

sergeant keroro said...

haha, tahu bawak jek. keh2

sengal betul XD

Marcella said...

keroro:cik cuzz yg bawa..memetik durian tak tau bawa motor..tau petik durian je..

syrupmasin said...

haha..gilee :D

Marcella said...

syrupmasin:dah lama tau kami ni gila..tengah tunggu surat panggilan..hehehe

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

tu la pompan... menjahanam je tahu... haha... :p

Marcella said...

roy: ewah2!!! betul la tu..hahaha..

sekarang da ada kesedaran..gua tangan penyayang la..hehehe..

Anonymous said...

len kli cik cuzz bwk bku pnduan ye..

Marcella said...

anon:


skrg cik cuzz da pro..tp bw motor la..hl2 motor x sure..fail lg kot.hehehe..