Saturday, 4 June 2011

Jenayah yang Aku Dambakan

Peh, tajuk ni memang tak boleh blah. Tapi kerja jenayah yang aku paling idamkan kalau ianya tak menyalahi undang-undang ialah ingin menjadi

PEMBUNUH UPAHAN

Macam beliau..
atau beliau..
Ya.. Jadi pembunuh upahan seperti di atas. Mesti seronok dapat tembak-tembak, lawan-lawan. Gaji pun tinggi. Ingat senang ke nak membunuh?? Sebab membunuh dengan bijak ni susah. Membunuh dan tak tinggalkan jejak. Tapi, kalau tak salah pun aku tetap tak layak.

Sebabnya:

1. Koordinasi mata-tangan aku tak bagus. Kalau aku tembak nanti mesti tak kena atau sipi-sipi je. Rugi peluru.

2. Tak reti berenang. Kalau mangsa ada atas cruise ke, apa ke, aku dah bunuh, kena terjun laut, aku pula yang mati. Lemas..

3. Cuai. Nanti aku mesti tinggalkan jejak, jadi bila CSI datang habis kantoi. Mesti kena tangkap.

4. Takut darah. Dah tembak, dah tikam segala bagai, mesti berdarah dan darah itu mesti sangat banyak. Ntah-ntah nanti aku pengsan sebelah mayat. Tak jadi juga..

5. Clumsy. Nak bunuh kat rumah, kena jalan senyap, hendap-hendap. Tengah jalan aku langgar pasu, PRANGG!! berderai jatuh terhempas ke lantai. Semua terjaga.

6. Cepat gelabah. Misi penuh dengan kejutan dan memerlukan hati yang tenang untuk berfikir langkah seterusnya. Kalau dah cepat gelabah, macam mana nak berfikir dengan tenang dan melarikan diri.

7. Tak tau seni mempertahankan diri. Kalau konco-konco mangsa kejar dan nak lawan, mesti aku kalah kena belasah ramai-ramai.

8. "Comel". Pembunuh upahan semuanya badan solid. Senang nak menyorok, menyelit, dan lari. Lari, aku insyaAllah boleh, bab menyorok dan menyelit tu, tak sure celah mana nak cari..

Jadi, cukuplah bukti sebab musabab di atas. Kesimpulannya, aku memang tak layak dan semua sebab di atas hanya akan mengakibatnya MISI GAGAL!!

Habis, macam mana nak jadi pembunuh upahan?? Sebab itulah tak layak.. Ini hanya anganan aku yang suka berangan je. Gila apa nak jadi sungguh-sungguh?? Banyak lagi kerja lain yang bermanfaat.. Kerja ni susah dan membunuh ini salah di sisi undang-undang serta membunuh itu satu dosa. Jadilah insan yang berguna untuk keluarga, nusa, bangsa, agama, masyarakat dan negara. Okeh...?? Bagus.
*****
p/s: Memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh..

4 comments:

teha said...

wah ! berani nye nak jd pmbunuh upahan.. hee ~~

Marcella said...

teha: tak berani..tu sebablah tak layak jadi pembunuh upahan..gagal di peringkat saringan..=)

Maizan Yunus a.k.a cheNon said...

ala...bunuh nyamuk dah la...

Marcella said...

Cik Mai:bunuh nyamuk??tu tugas sheltox..abg ketol2 tu ada tlg spray..haha..