Saturday, 11 June 2011

Cerpen: Cinta Fantasi 3

Sambungan daripada ini dan ini:
Ikutkan hati, malas aku nak joint program cenggini. Tapi, nak buat macam mana. Dah program sekolah, kenalah ikut. Tambahan pula aku ni seorang pelajar yang boleh tahan taatnya. Hahaha..perasan sungguh.

            Walaupun program ni makan cuti hujung minggu aku, terpaksa jugalah aku ikhlaskan hati nak tolong memeriahkan majlis. Aku memang tak minat program camping-mamping ni. Gila bosan kot. Bukan jiwa aku. Sungguh!!

            “Kot ye pun tak minat camping, tak payah buat muka bosan macam tu,” tegur Imah. Buat aku terkejut je. Kus semangat...

            “Habis, nak buat muka macam mana? Bosan kot aku cenggini,” balasku.

            “Oh, bosan ye. Cuba tengok Abang Am kat sebelah kanan tu, mesti tak bosan,” sakat Imah.

            What? Abang Am? Waras ke tak kau ni?” tanyaku sambil menoleh ke arah Imah.

            “Aku waras tapi takut kau tu je yang kureng. Jangan tengok aku, tengok si Am sana,” balas Imah. Lalu aku mencari seraut wajah Am. Kusyuk sungguh mendengar taklimat.

            Tiba-tiba Am menoleh. Kami bertentangan mata. Macam filem Hindustan pula rasanya. Am mengangkat kening dan tersenyum. Aku membalas senyumannya sambil membuat bulut mengatakan bosan padanya. Am hanya mampu tersenyum dan membuat isyarat sabar padaku.

            Dan hari ini kami harus melakukan ekspedisi meredah hutan. Perkara yang cukup membuatkan hatiku sebal. Aku cukup tidak gemar jungle tracking. Bukan apa, aku ni tak suka meredah semak samun dan terjumpa segala haiwan yang ada dalam hutan terutama pacat yang boleh buat aku macam kena histeria walaupun hanya ternampak sipi-sisi je.

            “Alamak Imah, camaner ni? Aku tak suka la masuk hutan ni,” rengek Sya.

            Relax sudah. Kau ni mengaku ganas, tapi tak suka masuk hutan. Entah apa-apa je. Tak paham aku,” kata Imah. Sebelum sempat aku menjawab, sudah ada insan yang baik hati tolong jawabkan. Orang tua-tua kata perangai ni biadap sikit. Yelah, menyampuk perbualan orang. Siapa lagi kalau tak lain dan tak bukan,

            “Budak ni bukan apa Imah oii. Takut pacat je kesnya. Tu yang jadi trauma nak masuk hutan,” katanya sambil tergelak-gelak dengan muka sinis.

            “Iya ke Am? Takut pacat? Nonsense betul la. Lawak gila,” kata Imah dan mereka pun menggelakkan aku dengan dasyatnya ala-ala dah nak keluar tanduk Cik Set (Setan).

            ‘Tak apa korang gelakkan aku. Gelak puas-puas sambil terkeluar anak tekak tu. Tunggulah pembalasan dari aku. Sikit je lagi, masa aku pula. Siaplah kau wahai Am, wahai Imah’ getus Sya dalam hati.

            Selepas itu, kami mula bergerak memulakan ekspedisi. Bermacam-macam persediaan yang aku buat. Orang masuk hutan bawa hiking-bag isi towel dan air je. Aku pulak dengan segala macam iaitu mopiko supaya bila digigit nyamuk nanti tak gatal, Bygon untuk aku spray kaki supaya pacat tak dekat dan kalau dekat pun boleh mati kejung, sunblock lagi kononnya nak jaga muka biar tak hitam, lampu suluh dan semestinya yang wajib tuala dan air. Air yang si budak Sya ni bawa bukan yang botol kecil. Tu, botol 1.5 liter. Memang tempah semput masa mendakilah jawabnya.

            Bila beg dah isi macam-macam, mula bahu terasa lenguh. Berat!! Belum tengok penampilan yang dah macam askar Jepun kalah perang. Tapi takpe, sendiri tanggung, tak nyusahkan orang lain. Cuma bila aku guna ayat ni, macam biasa ada tukang protes.

            “Tak menyusahkan apa. Memang la tak menyusahkan, tapi menyesakkan pandangan mata,” kata-kata kejam dari seorang kawan bernama Am.

            “Biarlah. Aku yang bawa beg ni, bukan kau. Lagipun dress-up macam ni yang baik untuk keselamatan,” balasku tak mahu kalah.

            “Kalau jatuh tergolek, jangan panggil aku,”

            “Takkan. Aku panggil Imah. Tak pun my beloved handsome prince charming yang akan tolong aku,”

            “Cett!! Pirah. Tengah-tengah hutan tak ada menatang yang kau sebut tu. Berangan je lebih,” kata-kata yang disambut dengan muka aku yang tak puas hati.

            “Eh, aku lupa. Ada prince charming kau tu. Yelah siapa lagi kalau bukan si Lutfi. Hahahaha,” sambungnya dengan mengenakan aku sambil memuncungkan bibir menunjukkan kedudukan Lutfi yang berada tidak jauh dari kami. Muncung sangat bibir tu dah buleh sangkut hanger. Dah tak ada tangan ke nak guna agaknya sampai kena guna bibir. Cett!

            “Apahal pula Lutfi? Tak masuk list. Cett!!” marahku.

            Dan nasibku sungguh malang. Yeke? Malang ke mulut masin? Tidak pula aku ketahui.
*****
            “Aaa.. Ouch,”
            Gedebuk!!

            Aduh, sakitnya bukan kepalang bila sudah terjatuh mengalahkan nangka busuk. Tergolek dog aku tengah-tengah hutan ni. Adoi, mak. Sakitnya. Itulah, orang jalan pandang depan, yang si Sya ni mata melilau macam tengah window-shopping dalam mall. Kalau nak menghayati keindahan alam semulajadi pun, kenalah berhati-hati. Dia ingat jalan dalam hutan tu rata aje agaknya.

            Nak jadi cerita, masa aku tengah melangak-langak dalam hutan tu semua orang sudah jalan jauh ke hadapan. Boleh pula aku tak perasan yang aku terkontang-kanting sengsorang dekat belakang ni. Tak taulah nak kata mulut tu masin sangat ke, balasan sebab cakap besar sebelum masuk hutan ke, atau sebab dah memang bernasib malang jadi begitu.

            “Aaa.. Sakitnya! Prince charming, meh la tolong adinda puteri yang di dalam kesusahan ni,” luah Sya sambil mencuba untuk bangun. Namun apakan daya, kakinya terlampau sakit dan tidak mampu berdiri. Dah terseliuhlah tu.

Bersambung...

No comments: