Wednesday, 8 June 2011

Cerpen: Cinta Fantasi 2

Sambungan daripada ni.

Kring!!!
Bunyi jam loceng sekolah menandakan tamatnya waktu persekolahan. Aku toleh ke belakang. Memandang tempat duduk Am yang kosong selepas rehat. ‘Mana ajelah dia pergi melepak agaknya’.Sedang aku asyik menyusun buku ke dalam beg aku nampak sesusuk tubuh melintas di tepi kelas.

            “Am,” panggilku.

            “Huh? Ada apa?,” jawabnya tak acuh.

            “Nak pergi mana tergesa-gesa?,”

            “Sibuklah kau. Aku nak pergi dating. Nak ikut?,” jawabnya berlelucon. Aku hanya menggeleng.

            ‘Tak kuasa aku nak ikut kau pergi berdating. Apa ingat aku takde kerja lain??’ gerutuku dalam hati. Dengan pantasnya aku mengemaskan barangku. Kelas sudah kosong.

            Dengan langkah yang longlai, aku meneruskan langkahku. ‘Alahai, malasnya! Penatnya!’ Kalau orang tengok dari jauh gaya jalan begitu, kelihatan seperti orang tak makan seminggu. Tak senonoh sungguh. Tiba- tiba, sedang seronok berjalan begitu melintasi makmal fizik....

            “Sya!!” terdengar satu suara menegur dibelakangku. Macam aku kenal suara tu. Dengan perlahan-lahan seperti filem yang ala-ala slow-motion aku menoleh.

            ‘Cet!! Mamat ni ke yang panggil. Mamat fungus algae ni rupanya’ Siapa lagi kalau bukan si..

            “Erm, Lutfi..Ada apa?” tanyaku bena tak bena. Cam lirik lagu Cik Mek Molek pula rasanya.

            “Tak ada apa. Sengaja panggil kau. Nak balik ke? Jom, jalan sama-sama,” pelawanya.

            Aku dah buat muka berapa posen pun tak tau lah. Nak jalan sama-sama? Lomah eden. Bukan apa, tak sudi je nak jalan dengan buaya tembaga bersalut lumpur ni. Bahaya!!

            Tak tahulah macam mana budak perempuan sekolah ni buleh suka kat “super croc perasan tahap infiniti” ni. Diorang ni rabun ke apa? Pening mak cik memikirkannya. ‘Tak payah fikirlah Sya oii, semak je’

            Bukan apa, Am tu pun boleh tahan juga crocnya. Tapi tak sedahsyat mamat fungus algae ni. Harap muka je macam baik, perangai..Masya-Allah, banyak dosa aku mengutuk mamat ni dalam hati..

            “Fi, aku bukan tak nak jalan dengan kau. Tapi, takut “koleksi” kau marah pula,” sedas tembakan bercili dari mulutku yang takda claim apa-apa insurans berkata. Bukan sahaja memberi alasan mengelak, malah memerli pula. Hahaha..jahat sunguh budak bernama Sya ini.

            “Wah, makan dalam nampak. Alah, dorang tu tak kan cakap apa-apa. Kau jangan risau. Berani nak buat macam tu kat aku?” angkuh sungguh kata-katanya. Aku hanya mampu tersenyum sumbing, sinis.

            ‘Yelah, kalau dah perasan tahap infiniti memang begitu’. Aku hanya mampu mengangguk. Malas nak layan. Nanti bertambah pula perasaan perasannya. Aku terus melangkah mendahuluinya.

            Apabila tiba di tangga sebelah makmal fizik tu, tiba-tiba aku merasakan tanganku seperti dipegang. ‘Wah, melampau fungus algae ni. Main pegang-pegang pula’

            “Kau ni apa hal?” kataku sambil merentap tanganku.

            “Tak ada apa-apa. Saja nak pegang. Tak boleh?” katanya. Amboi, terlebih sudah.

            “Aku bagi pelempang, baru kau tau. Ingat aku ni macam koleksi kau ke? Saja nak pegang? Apa ingat aku bini kau? Perangai jangan macam bangkai!” amarahku terhambur.

            “Wo, relax lah. Tu pun nak marah,” balasnya dengan nada yang boleh meloyakan sesiapa saja yang dengar.

            “Kepala hotak kau nak pegang tangan dia!!” kedengaran satu suara dingin yang membara marahnya.

            “Am,” hanya itu yang terpacul dari mulutku saat aku menoleh ke anak tangga teratas. Leganya aku.

            “Apa kau sibuk?” jawab Lutfi bengang.

            “Memanglah aku sibuk. Sebabnya, tangan yang kau sibuk nak pegang tu tangan girlfriend aku. Faham?” balas Am sambil menuruni anak tangga dan menuju ke sisi ku. Matanya memandang tepat ke muka Lutfi yang merah menahan marah.

            Muka Am masih bersahaja sedangkan muka aku dah terkejut separuh nyawa. Mahu aku tak terkejut. Pertama, sebab fungus algae pegang tangan aku. Kedua sebab Am kata aku kekasih dia. Dah tu, berdiri sebelah aku bukan main rapat lagi. Nak yakinkan Lutfi kot yang aku ni betul awek dia.

            “Korang ingat aku percaya?” ucap Lutfi.

            “Kau tak perlu percaya. Aku hanya beritahu. Jangan kacau awek aku,” balas Am seraya menggenggam erat tanganku. Aku yang terkejut lantas memandang muka Am. Mencari kebenaran diseraut wajah itu. Helah apakah yang sedang dimainkan olehnya.

            Aku cuba menarik tanganku perlahan supaya Lutfi tidak nampak. Namun pegangan itu cukup kemas. Malah, sewaktu aku menarik tanganku itu semakin kuat genggaman Am.

            “Nampak ni?” tanya Am sambil menunjukkan genggaman tangan kami ke muka Lutfi. Erm, bertambah-tambah geram si Lutfi tu tengok.

            “Kau nak aku cium Sya ni depan kau ke baru kau nak percaya and blah dari sini?” sambung Am lagi. Wah, makin melampau lakonan si Am ni. Buatnya dia cium aku betul-betul macam mana? Mujur Lutfi mengalah dan terus berlalu dengan muka yang saaangat sebal!

            “Fuh, selamat,” terpacul kata-kata itu dri mulut mungilku.

            “Apa yang selamat?” tanya Am.

            “Tak ada apa-apa,” jawabku kalut. Tak mungkin aku nak jawab yang aku cuak kalau dia cium. Nanti dia fikir aku ni minah perasan pula.
 
            “Erm, yelah. Tapi Sya, kau ni memang suka kat aku ye?”

            “Eh, kenapa pula?”

            “Yelah, dari tadi kau pegang tangan aku tak nak lepas,” katanya sambil membuat muka yang comel konon. Aku yang kaget terus menarik tanganku. Lantas, bergema tawa Am di tepi tangga itu.

            ‘Cis, kurang asam masin punya budak. Kau gelakkan aku ye. Aku ni pun satu macam mana boleh lupa nak tarik tangan tadi. Tak memasal dah kena dengan Am’ gerutuku dalam hati sambil berlalu meninggalkan Am yang sedang ketawa macam orang baru dapat mulut.

            “Aik, tak kan blah macam tu je? Penat aku selamatkan kau dari buaya tembaga tu. Lepas tu, kau menodai kesucian aku, pegang tangan aku lama-lama. Ambil kesempatan,”

            ‘Apa? Menodai kesucian dia. Ish, melampau dah ni. Tak guna betul. Tak apa, tunggulah pembalasannya. Wahai hati, banyakkan bersabar’

            Thanks,” balasku pendek ketika menoleh ke arahnya sambil menahan geram.

            It’s okay. At least aku dapat bonus hari ni. Tak adalah, aku gurau je. Sorry pegang tangan kau tadi. Kalau tak, mesti Lutfi dah baham kau,”

            “Erm, aku tau. Terima kasih. Tapi lain kali, cakaplah awal-awal,”

            “Kau ni bengong ke apa? Dapat nombor 1 masa exam, tapi benak juga. Kalau aku cakap awal-awal, sah-sah Lutfi tau kita berlakon. Sengal!” marahnya lembut.

            “A’ah kan. Ya tak ya juga,” kataku dengan muka kepeningan. Apasal aku slow sangat hari ni. Bodoh betul.

            “Dah, tak payah fikir lagi. Jangan lupa petang nanti kita ada program,”

            Okay. Thanks. Bubye,” kataku sambil membuat muka bajet comel dengan senyuman begitu. Nampak sangat tak ikhlas.

Bersambung...
*****
p/s:rekaan yang ditambah perasa monoatrium glutamat bagi lemak.
adegan diatas tidak benar..sila ikuti yang seterusnya untuk konklusi..hehehe..peace =)

No comments: