Tuesday, 7 June 2011

Cerpen: Cinta Fantasi 1

A
pa itu cinta? Benarkah cinta itu buta? Pepatah ada mengatakan cinta itu seperti kupu-kupu. Tambah dikejar, tambah lari. Namun, andai dibiarkan terbang, ia akan datang di saat kita tidak mengharapkannya. Benarkah begitu? Sungguh tidak aku mengerti.

            “Muka budak putus cinta,” suara itu menyentak lamunanku. Am, rakan sekelasku mengganggu.

            “Aku punya sukalah. Apahal nak menyibuk? None of your bussiness,

            “Oh, iya ke Sya? Ala, kau ni sikit-sikit nak touching. Kata jiwa stone. Tapi aku tengok leleh semacam je. Stone konon. Tak sesuailah. Minah jiwang sesuailah,” katanya sambil galak mentertawakan aku.

            “Suka hati kau je. Nak kutuk pun berpada-padalah. Kecil hati aku nanti,” balasku berlelucon sambil membuat muka merajuk.

            “Buruk betul rupa macam tu,”

            Itulah Amirul, sahabat baik Nur Aisya. Dia rakan karibku. Aku senang bersahabat dengannya. Sifatnya yang sentiasa selamba, cool, tulus dan berterus terang itu membuatkan aku selesa. Aku sudah pastilah seorang gadis yang sentiasa ambil mudah sesuatu perkara walaupun rakan-rakan yang lain merasakan aku ini seorang yang serius dan complicated. Aku juga tidak fahami itu.

            Sejujurnya, aku punyai dua sisi, sisi luaran yang lasak dan kasar tapi punyai sisi dalaman yang halus dan mudah tersentuh. Aku mudah menangis. Sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak kantoi, aku akan berpura seolah-olah akulah insan paling tidak berjiwa. Berjiwa batu. Stone, aku gelarkan hatiku ini.
*****
            “Sya, kau ni bercinta dengan Am ke?” tanya Imah padaku.

            What? Aku bercinta dengan Am? Wei, are you crazy or something? Aku tak bercinta dengan dia. Memang kami rapat, tapi as a friend je. Macam aku dengan kau,”

            “Yelah, jiwa stone mana nak layan cintan-cintun ni,”

            “Tau tak apa. Sekali lagi kau tanya solan cepumas ni kat aku, tak kahwin kau sampai tua sebab aku dah belasah kau sampai R.I.P,”  meledak ketawaku melihat muka marah Imah. Sudah pasti dia tidak menyenangi gurauanku.

            “Aku gurau je. Tu pun nak marah,”

            Bagaimana mereka bisa membuat telahan kami bercinta. Jauh panggang dari api. Tidak dapat aku membayangkan aku dan dia bercinta. Pasti kami bergaduh saban waktu. Aku dan dia sering berbalah. Seperti biasa, dia akan mengalah. Malas melayan kerenahku barangkali. Tapi, dia begitu prihatin padaku.

            Kadangkala aku memang merasakan dia mencintaiku. Dari lirikan matanya dan layanannya. Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata, tapi bukankah perlakuan juga membawa seribu makna. Sungguhpun dia mengakui dia mencintaiku, aku tidak akan tertipu lagi. Tak mungkin aku melupakan gurauannya malam itu.

            “Sya, aku cintakan kau. Sudi tak kau terima cinta aku?” suatu lafaz yang sememangnya mencemaskan aku.

            “Apa kau merepek malam-malam buta ni hah? Dah pukul 11, aku tak berminat,” balasku berpura-pura tenang. Hanya tuhan saja yang tahu betapa gugupnya aku. Stone, harus dijaga title itu.

            “Aku serius ni,” ucapnya. Talian lama menyepi. Aku dapat mendengar suasana agak sunyi dikawasannya.

            “Kau kat mana ni?” tanyaku inginkan kepastian.

            “Tepi sungai. Sya, jawablah. Kau cintakan aku tak?”

            ‘Tepi sungai?? Budak ni dah gila ke apa. Kalau dia terjatuh, mati lemas, teraniaya aku. Buatnya handphone dia tercicir tepi sungai tu, orang tengok last called nama aku, mati aku kena soal. Buatnya mak dia tuduh aku punca kematian Am, macam mana’ akalku ligat berfikir kemungkinan yang berlaku.

            “Apa kau buat tepi sungai tu? Kalau kau terjatuh macam mana? Wei, apakata kau pergi tempat lain dulu. Esok kita bincang elok-elok,” pujukku kalut.

            “Tak nak. Aku nak dengar malam ni juga. Kalau kau tolak, aku terjun sungai,”

            ‘Apa?? Terjun sungai. Memang dah kena sampuk mamat ni. Main ugut-ugut terjun sungai. Gila!!”

            “Jangan!! Jangan buat gila. Am, ingat dosa. Takkan kau nak bunuh diri sebab cinta. Am, aku minta maaf. Kita kawan je Am. Aku tak cintakan kau. Am, duduk jauh sikit dari tebing tu, nanti kau tergelincir macam mana? Am, kau balik rumah, tenang dulu okay. Esok kita bincang ye,” makin bertambah kalutku apabila dia senyap di talian.

            ‘Dah terjun ke?’

            “Am!! Am!! Kau dengar tak ni?”

            “Ye, aku tak terjun lagi. Tengoklah dulu. Aku nak lepak sini dulu. Tenangkan fikiran,”

            “Am, kau balik, mandi, tenangkan fikiran kat rumah. Am, janganlah macam ni,” ucapku hampir menangis.

            “Wei, kau cuak ke? Aku gurau jelah. Gila apa aku nak terjun sungai sebab kau,” ucapnya sambil ketawa terbahak-bahak.

            ‘Kurang ajar punya budak!! Siaplah kau esok’

            “Kenapa kau buat macam ni?”
 
            “Saja nak kenakan kau. Boring siot. Aku gurau je tadi. Jangan marah tau,”

            ‘Jangan marah? Erm, mau aku tak marah. Memang kena kau esok’

            Tapi malangnya, dia tidak hadir ke sekolah keesokan harinya. Memang hatiku panas membara. ‘Dah mati jatuh sungailah tu’. Sungguh aku marah dengan gurauannya yang keterlaluan.

            Apa yang menyebabkan aku bertambah sakit hati, dia tidak berada di tepi sungai pun. Malah, berada di tepi jalan. Aku mengetahuinya melalui sahabat baiknya. Silap aku juga yang mempercayai kata-katanya. Aku yang bersalah atas kebodohanku dan kenakalannya.

Bersambung...
*****
p/s:cerpen ini panjang kisahnya..hehehe

2 comments:

Azroy Kassim said...

Nanti kumpul2 buat novel. :D

Marcella said...

Roy:Novel??haha..idea kena banyak.tak sanggup nak pikir..hehehe..