Friday, 17 June 2011

Bermain dengan Abang

Aku ada abang yang jarak usia 6 tahun. Abang aku derjah 6, aku baru 6 tahun dan adik aku baby lagi.. 6-6-6.. Comeii kan nombor??? Walaupun aku perempuan, aku selalu join abang aku main yang rata-rata permainan lelaki.. Perempuan mesti main anak patung, masak-masak.. Tapi aku.., main:

1. Bola tepuk
  - Diperbuat daripada kotak dan kebiasaannya kotak ubat nyamuk. Kotak dipotong kecil dan dilipat. Susun kotak seperti strategi pemain bola. Bola terdiri daripada pembalut coklat. Letakkan bola dihadapan 'orang' (kotak yang dilipat) dan tepuk kotak untuk menggerak bola.. Pernah main?? Tak?? G cuba.. Tak best.. Pengaruh bola sepak ni!!

2.  Gusti-gusti (WWE)
  - Lelaki mesti suka bergumpal atau gaduh-gaduh, lawan-lawan, fighting-fighting. Kan?? Sebab dalam rumah tu, abang aku ada aku je, aku jadi mangsa penggustian beliau. Kalau nak gusti dengan rakan sebaya dan sejantina, kena keluar rumah. Jadi, bagi melepaskan gian nak wrestling dalam rumah, aku jadi opponent beliau. Macam-macam stail gusti beliau dajalkan aku.. Sebab tu aku berazam nak jadi lebih gemuk daripada beliau sebab aku nak kalahkan beliau.. Bodoh punya azam.. Cett!! (dah besar mana ada gusti-gusti lagi). Pengaruh WWE

3. Abugin!!
  - Beliau suka lempar kusyen atau bantal sebagai provok supaya aku nak bergusti.. Cett!! Setiap kali beliau lalu di bahagian sofa, aku dah get ready sebab kusyen melayang yang disertai bunyi "Abugin!!" akan melayang dan landing baik punya kat kepala aku. Beliau memang suka aim kat kepala. Selalunya, aku berjaya elak. Suatu hari, nasib aku malang sebab terkena abugin beliau. Tak sempat elak. Elok kusyen melayang hinggap ke dahi, kepala aku melantun terhantuk dinding kat belakang. Pening tak usah cerita.. Bergegar otak aku!! Efeknya, aku bengap sampai hari ni..(kadang-kadang). Pengaruh Dragon Ball dan (aku tak ingat game apa yang ada nama Ryu dan Ken dll)

4. Rebut Basikal
  - Basikal tua kesayangan aku selalu kena rembat dengan beliau.. Nama pun share.. Yela, derjah 6, budak-budak lagi. Tapi, beliau suka ngelat. Cakap 2 round, tapi konker sampai 2 jam. Aku ni lurus, tunggu je. Tapi yang begoknya aku, aku pernah kejar beliau dan tarik beskal tu supaya beliau berhenti main dan bagi can kat aku pulak. Kebiasaannya, teknik ni berjaya!! Tapi, kalau tak kuat, beskal tak berhenti, korang pulak yang tersungkur.. Erm, ni pengaruh dan bakat nak jadi 'jiwa kelajuan' kot..

Tapi, itulah. Dah nama budak laki, main pun mesti lasak dan ganas. 1 je yang aku tak pernah ikut beliau masa main ialah panjat bumbung kuarters. Aku takut masa tu. Gayat. Takut mati kalau jatuh.. 4 tingkat tu.. So, time tu, bermaharajalela lah aku men beskal.. hahaha..
*****
p/s: entah kenapa tiba-tiba teringat zaman pemerintahan beliau yang kejam.

16 comments:

muhamad hanif said...

wakakakaka..

nsib aku takda abang..

Marcella said...

anip:Takde abang???bestnya..tapi cam tak best juga jadi yang sulong..huhuhu..ke kamu ada kakak??hehehe..

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

hahaha..kelakar, zaman bebudak..nice one ! suka lah tgk katun-katun comel awak tuh :D

Marcella said...

Fee:tq2..memang la kelaka..tp semasa melalui zaman tu,siksa woo..huhu

sergeant keroro said...

haha, masa budak2 leh la buat. bila dah esar masing2 mengadap lappy jek :P

K O R I E said...

HAHAH~ SAMA R DENGAN KORIE
tERINGAT BALIK ZAMAN BUDAKX2 DLU

Marcella said...

sarjan:da besar ajak wrestling??men luku2 je..haha..beliau sudah berkeluarga,harus dewasa..hehehe..

korie:sama??wah!!tak sangka ada juga yang sama..hehehe..

K O R I E said...

hehe~ kita ada abg rmai. sllu men dgn diorang jea

Marcella said...

korie:abang ramai??huh..mesti pening..hehehe..

Bella Bell said...

hahhahaa... ok.. comel sangat awak dengan abang awak.. gelak2 saya baca.. hehehh~~

errr.. kim salam kat abang awak :P

Far8 budak baik said...

haha..manje ek kau ngan
abag...nk jugak jugak..
hahaha..yg main kertas bola tu..
aku suka..dulu penah main..grrrr

Marcella said...

bella:krm salam??wahaha...insyaAllah..tu tak comei ok.saya telah dibuli dgn sadisnya..

Far8:tak manja..beliau sgt suka buli dan dera..ntah kenapa buat n3 nmpk mcm rapat..padahal,kena seksa..hahaha..

Maizan Yunus a.k.a cheNon said...

eleh..sbnarnye dia rindu ngn abg dia tuuuu....ekekekeke

Marcella said...

Mai:takde makna rindu kat beliau tuh..huh!!!bencik2!!

Bella said...

Waaaa... sme...
Saya pun ade adik yg jarak 6 dgn 12 tahun...
Kiranya saya form 2, adik perempuan tahun 2, adik bongsu 2 tahun... SAya yg selalu bergusti dgn mereka2 ini... Hahaha

Marcella said...

Bella:wa,ni mesti kaki wrestling ni..kesian adik2 kena buli..