Saturday, 21 May 2011

Pengaruh TV


Ini terjadi masa aku praktikal di Sekolah A. Pagi itu aku mengajar Prasekolah “B” dan sedang dinilai oleh pensyarah. Aku mengajar tunjang Sains dan Teknologi (Awal Sains) dengan tajuk PENYERAPAN. Kira nak buat eksperimen la.. Aku ni pesen tak suka warning budak. Budak aku ni jenis ok, dengar cakap dan tidak ku ketahui pagi itu suasana bakal berubah..

“Siapa tahu ini apa?” kataku sambil menunjukkan bahan yang bakal dieksperimentasikan.
“Plastik.....” anak-anak aku menjawab beramai-ramai.
“Ini...” tanyaku lagi sambil memegang sesuatu.
“Tisu.....” mereka jawab lagi.
“Ini pula..”
“Korek telinga,” terdengar suara halus menjawab.
“Erm........,” yang lain-lain menjawab itu sahaja.
“Ini namanya bukan korek telinga. Ini namanya Putik Kapas,” aku menjelaskan supaya mereka tidak tersalah konsep. Budak-budak ni suci lagi, kena luruskan mana yang bengkok.
“Cuba sebut sama-sama.. Putik kapas..”
“Putik kapas.....” mereka sebut beramai-ramai.
“Bagus.. Pandai..” pujiku. Mereka ni kena puji, baru ada peneguhan positif.
“Siapa tahu, ini apa?”
“Sepan.......” mereka menjawab. Alahai bebudak ni..
“Bukan Sepan.. Span!Span! Cuba sebut sama-sama, Span!”
“Span”
“Bagus...”

Tiba-tiba ada suara yang halus yang mulus mencelah.....

“Cikgu, kalau yang warna kuning tu nama dia bukan span, tapi SpongeBob. SpongeBob Square Pant” suara halus itu mencelah. Erk?? SpongeBob?? Aku terkedu betol.

Budak ni budak yang yang tak banyak cakap sangat. Tapi, pagi ni dia... Aku tengok pensyarah kat belakang. Tu dia.... Dah sengih lebar... Cikgu pembimbing pun dah senyum-senyum.. Aku lagi la.. tak tau la ekspressi apa. Sengih terkejut atas jawapan yang tak terduga.

“SpongeBob?” tanyaku ingin kan kepastian.
“Iya la.. SpongeBob.. kan warna kuning”
“Awak suka tengok cerita tu ye?”
“Ha’ah..”
 ‘Budak ni dah terpengaruh dengan TV ni’ kataku dalam hati lalu meneruskan pengajaran. Sabar ajelah..
“Baiklah. Tapi ini bukan SpongeBob ye Z(bukan nama penuh). Ini span”
“Ok, span”

Sekurang-kurangnya dia tau benda tu Span walaupun SpongeBob. Haiya...
*******
Ni nak berterima kasih ke nak apa kat SpongeBob ni??
P/S: Dah lama tak tengok SpongeBob.

No comments: