Saturday, 21 May 2011

Memetik Durian

Assalamualikum..

Kenapa memetik durian? Ni sume ada nostalgia dan kenangan yang klasik serta menusuk kalbu. Cewah!! Memetik Durian diabadikan kerana masa aku darjah 2, aku kena buat karangan tentang pengalaman saya semasa cuti sekolah (lebih kurang gitu la, tak ingat sangat). Jadi, aku buatlah karangan pergi ke dusun datuk aku. Aku ceritalah mula cuti sekolah, aku balik kampung, jumpa datuk aku, datuk aku ada dusun. Masa tu aku riak macam atuk aku sorang je yang ada dusun. Naif lagi.. Cerita punya cerita, aku cakap aku tolong datuk aku pungut buah kat dusun buahnya itu sampailah cuti sekolah tamat. Tapi aku memang tak ingat part ni hinggalah mak aku cakap:

"Ingat tak ko buat karangan tulis saya membantu datuk saya di dusun. Kadang-kadang saya menolong datuk saya memetik buah durian. Apa-apalah ko ni. Nak menipu pun beragak la. Durian tu gugur sendiri, mana boleh petik. Bukan macam buah kelapa"

Sadis sungguh kenyataan mak aku tu. Time tula tiba-tiba "PAP" aku teringat. Ada ke aku tulis cenggitu? Ya, ada. Maka aku sengih sahaja mendengar kritikan itu sambil berkata:

"Mak, orang darjah 2, masih lemah pemikiran. Mana tahu. Ingat semua buah sama je pakai petik"

Lalu kami pun ketawa. Nasib baik buku tu dah takde. Kalau tak mau jadi bahan bukti time aku menafikan kenyataan yang dikeluarkan. Hakikatnya, sampai hari ni aku kena bahan. Ya, ayat saya menolong datuk saya memetik buah durian itu sangat lali aku dengar. Betapa dahsyatnya aku dolu-dolu.
*****
p/s: datuk aku sudah pun kembali ke rahmatullah bulan mac yang lalu. Beliau sangat best. aku sungguh rindu dan terasa kehilangannya. Al-Fatehah~~

No comments: