Thursday, 26 May 2011

Katak Tersepit

Hahaha..Apakah ini??
Aku suka guna terma katak tersepit ni dengan Cik Rumet. Apa katak tersepit ni??

Bukan katak ini yang tersepit

Situasi 1

Ketika sedang mengambil peperiksaan, suasana sangat sunyi dan hening hingga ketenangan itu dicabuli dengan sesuatu bunyi yang sayup, perlahan, halus, dan menggelikan jiwa.

"Ttttuuuutttttttt......" (halus je bunyi)

Sungguh aku tak dapat menahan diri dari tersenyum dan hampir terburai ketawa aku. Siapalah yang membuat onar ni. Tapi takpelah, tak heran sangat pun .Mungkin beliau tak tahan. Siapa yang tak pernah kan?? Tapi yang tak menahan takde sapa yang nak mengaku bila dah buat ni. Siapa nak mengaku kan. Malu la.. Kalau aku yang menjadi "pengebom" pun aku tak nak ngaku.."It will drop my water face" la konon..heheh..

Situasi 2

Sedang santai-santai. Tak tahan dan "ter" keluar.. Tak sengaja
"Prroooottt...."

Okeh? Apa tu? Aku dan Cik Rumet selalu panggil Katak Tersepit sebab bunyi tu kadang-kadang macam bunyi katak yang sedang tersepit pada sesuatu (dalam imaginasi dan bayangan aku la). Punca tercetus ialah apabila suka berangan tahap kronik.

Cik Rumet: Kentut??
Aku: Bukan..
Cik Rumet: Habis apa?
Aku: Tu Katak Tersepit namanya..

Katak tersepit tu ialah, ya.. K.E.N.T.U.T... hehe

Moral: Jangan kentut merata-rata..Dan, jika anda berhadapan dengan situasi ini tak kisahlah anda yang kentut atau ada orang di sekeliling anda yang "terlepas", jangan cakap kentut. Nanti individu terbabit akan malu.. cubalah sebut..
"Oh, Katak Tersepit rupanya"
Kan lagi sopan dan molek bunyinya..dengan bahasa yang berlapik la kononnya. Padahal, orang tau je kot..
*****
p/s:sama ke bunyi katak yang tersepit dengan "Katak Tersepit" ni?? hehehe..

6 comments:

Syazwan said...

hehehe..penah jugak experience katak tersepit nie..dalam kelas..nasib baik kata tu bisu..keluar angin je..hahahha

Marcella said...

syazwan:angin je??erm..bunyi xde..tapi adakah bau tu ada???musykil2..hehe..kalau takde,memang nasib baik sangat2..

Azroy Kassim said...

Baa~ CAK!!

Ouh. Sgt kelakar. Hahaha

roy seorang penggemar katak. Haha. Proott~ proott~

Marcella said...

Roy:pengemar katak yang tersepit??ei..busyuk2..

mykhalis said...

ada nama comel rupanya.. camne la leh kaitkan katak tersepit ngan bunyi cute kentut ek?

Marcella said...

khalis:ini adalah hasil terlebih imaginasi..tapi cuba bayangkan macam mana bunyi katak tersepit.macam lebih kurang je..hehehe