Sunday, 22 May 2011

Go Green Guys

Wajib letak nih

Entri ini dibikin kerana aku join contest. Ini adalah first time aku masuk contest. Sangat teruja. Kebetulan ada yang buat contest, maka aku pun join. Aku takde harap nak menang (tipu). Yang penting aku dapat pengalaman dan aku enjoy!!

Baiklah, peserta harus menepek 1 gambar yang berkaitan dengan alam selepas follow dan buat entri seperti di atas. Aku ni bukanlah suka posing dengan pokok. Setelah menggodek2, aku jumpa la gambar yang macam menepati syarat-syarat penyertaan.

Aku dan someone special
Lokasi: Muzium Negara
Tarikh: Tahun lepas
Al-kisah

Ini bukan sebarang patung tau. Aku bergambar dengan boyfriend aku. Sebelum ni, dia normal. Tapi dia telah disumpah sebab dia ni satu spesis dengan tanggang. Pada suatu hari, mak dia minta tolong dia. Tapi, disebabkan keengganan dia menolong mak dia, maka dia telah disumpah. Bukan minta apa pun, mak dia minta dia tolong tanam serai je, tapi dia tak nak. Heboh sangat nak main guli dengan anak-anak Mak Nani.

Lalu, mak dia pun geram sebab dah berbuih suruh, namun ditolak. Mak dia pun cakap dengan nada yang tinggi dan efek ribut masa tu:

“Anak derhaka serupa tanggang!! Dengan kuasa bulan, mak hukum kau dan sumpah kau jadi patung”

Jadilah dia ghope itu. Aku melawat dia kat muzium pun sebab mak dia sedekahkan dia kat sana buat tatapan umum dan sebagai pengajaran.

“Tak sanggup mak cik tengok dia hari-hari. Buat sakit hati je. Biarlah dia kat sana. Ada pekdah juga”

Masa aku melawat dia, macam tu la dia. Tegak je dia berpanas, berhujan, beribut. Sampai terkupak-kupak warna asal dia.

“Awak, tenanglah awak di sini. Sape suruh awak degil. Padan muka”

Tulah yang aku cakap kat dia. Aku pegang tangan dia sebab aku simpati dengan nasib dia.

Apa jasa aku kat bumi dengan hidupan hijau ni?
1. Aku tak suka bunga. Jadi, dah tentu aku tak beli bunga segar/ hidup sebab aku tak suka tengok bunga tu layu dan mati. Maka, selamatlah bunga-bunga dari dipetik oleh aku.
2. Aku tolong korek tanah dengan cangkul untuk mak aku tanam serai. Tolong korek je sebab aku tak suka bercucuk tanam.
3. Aku pernah beli handphone sony dengan kempen “Green Heart” yang menjimatkan tenaga eletrik untuk menyelamatkan bumi.

 Sekarang aku nak tag kawan aku:

Maka, selamatlah aku ber-contest!! huhuhu~~

9 comments:

IZYAN KAHER said...

thanks for join dear :)

the story and the contribution u had done very interesting !!

GUDLUCK !! :DD

Cik Mai Yang Comel said...

nmpk benor nipunyer.....sungguh x caya citer tuuuuuuuu...!!!!...huhuhu

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

welcome to blogger!! good luck!!

mykhalis said...

ini mesti banyak tengok DVD nie...

Marcella said...

Izyan: terima kasih..kalau xdpt sagu hati, no.1 pun boleh..(meraih undi, minta simpati) hehehe

Cik Mai: ye..tak percaya xpe..tp betul, cerita tu sume bo'ong belaka

Azroy: Cak!! juga..terima kasih..

Khalis: sy memang ratu cd cetak rompak suatu ms dahulu..hahaha

Maizan Yunus a.k.a cheNon said...

well...mmg ikut tema btol la entri ni....kuat berangan!!..huhu

Marcella said...

Cik Mai:Che non?heheh..ye..itu pekerjaan tetap selain daripada belajar..

muhamad hanif said...

ahahah..

join kontest ? cool tau.

Marcella said...

anip:ni first time masuk kontest..br belajar dunia blogging..=)