Sunday, 22 May 2011

Exercise

Eksesaiz ataupun senaman merupakan musuh aku sejak dolu-dolu lagi. Sekarang ni sume kawan-kawan aku yang cute menjadi semakin cantik dan cute. Aku je yang makin chomel dan boolat. bukan tak nak exercise, tapi exercise dengan aku tak boleh jadi kawan baik. Ada je yang tak betul, tak puas hati. Macam minyak dengan air, kalau atas kuali panas. Macam mana? ha.. malatop-latop!!

Tapi sayang, ikatan aku dengan lemak dah macam mencapai tahap isotop gamaknya. Tension, tension.. Aku buat exercise, tapi lemak tak nak pergi. Sejak aku jadi penternak lemak yang berjaya, lemak makin sukar nak lepaskan aku. Sayang sangat. mungkin lemak akan cakap:

"Tak mungkin aku tinggalkan kau. Kita dah lama bersatu"

Ketahuilah lemak, aku bukan tak nak kawan dengan kau. Tapi, dah tiba masanya aku berbaik-baik dengan eksesaiz, buleh juga kurangkan saiz aku nih..

Cett!!
*****
Pas aku baca blog ni, aku macam bersemangat. tapi tak tahan 5 minit pun. Akhirnya, aku tersungkur juga di pelukan lemak..adoiii...

No comments: