Saturday, 21 May 2011

Ceritera Pasar Malam


Al-kisah sebuah cerita ketika sedang berjalan-jalan di pasar malam dengan Cik Rumet beberapa tahun dulu. Kebiasaannya kami memang suka berdating berdua. Paling ramai pun berjalan 4 orang. Buat apa ramai-ramai, takde privacy.... Jadi, ketika melihat-lihat juadah yang ingin dijadikan santapan malam, kami pun berpecah. Bukan jauh pun. Selang 2 buah gerai je. Cik Rumet dilihat sedang memilih nasi. Takpe la.. Jadi aku pun gerak la pergi ke gerai yang menjual keropok lekor. Timing baik punya, aku dah habis shopping, Cik Rumet datang berdiri sebelah kanan aku. Lalu, aku pun terus tarik tangan Cik Rumet dan cakap:

“Jomlah kita balik”

Tapi Cik Rumet tak bagi respon pun. Ok, mungkin Cik Rumet nak shopping lagi. Jadi aku pun tengok lah Cik Rumet.. O’Oooo...

“Maaf.......”
*******
Tangan yang aku pegang tu, bukan Cik Rumet. Tapi orang lain. Perempuan. Senior aku. Selamat! Kalau tak?? Rupanya Cik Rumet dah blah tempat lain, berdiri belakang aku. Hampeh!!

No comments: